Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Biarlah mereka pergi: Zolkples

Posted: 04 Jan 2011 02:43 PM PST

Sukan

Datuk Zolkples Embong

Datuk Zolkples Embong

'BAM tidak akan terjejas kerana Misbun hanya latih Chong Wei seorang'

"JIKA kedua-duanya (Datuk Misbun Sidek dan Lee Chong Wei) menerima tawaran lebih baik di luar, biarlah mereka pergi."

Itulah penegasan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong mengulas kemelut peletakan Misbun secara mengejut selaku jurulatih perseorangan negara, Jumaat lalu. Susulan peletakan jawatan jurulatih berusia 51 tahun itu, anak emasnya, Chong Wei yang menghimpun sembilan kejuaraan musim lalu turut mengesahkan akan mengikuti jejak jurulatih yang membimbingnya sejak lebih enam tahun lalu.

Zolkples yakin tindakan Misbun dan Chong Wei keluar dari BAM tidak akan menjejaskan misi memburu pingat emas di Sukan Olimpik London 2012 mahu pun badan induk itu sendiri.

"Saya tidak fikir ia akan menjejaskan BAM kerana di BAM, Misbun hanya melatih Chong Wei seorang. Jadi, jika kedua-duanya berfikir mendapat kemudahan lebih baik di luar yang mampu meningkatkan prestasi, BAM tidak patut menghalang," katanya.

Zolkples berkata, BAM harus berfikir positif kerana secara tidak langsung keputusan Misbun dan Chong Wei itu akan mengurangkan beban kewangan badan induk berkenaan kerana tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan.
"Sebaliknya, BAM boleh menggunakan kewangan yang ada untuk membimbing dan melahirkan lebih ramai Chong Wei baru.

"Jika kita lihat di Indonesia, Persatuan Bulu Tangkis Indonesia (PBSI) tidak mempunyai pemain, sebaliknya mereka hanya bertindak selaku penyelaras dengan lebih ramai pemain berlatih di kelab-kelab," katanya.

Zolkples bagaimanapun menegaskan apa yang paling penting kedua-duanya perlu bersedia untuk mewakili negara dalam kejohanan utama apabila dipilih tanpa mengenakan sebarang syarat.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Chong Wei, jangan mudah lupa daratan

Posted: 04 Jan 2011 02:42 PM PST

JANGAN lupa daratan! Itulah ingatan tegas yang dinyatakan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh kepada jaguh perseorangan, Lee Chong Wei yang tampak lantang mengkritik badan induk itu.

"Dia perlu ingat jasa BAM. Kita memberi banyak sokongan termasuk kewangan dan moral kepadanya hingga dia berjaya hari ini. Dia tidak perlu mengugut dan mengkritik seperti itu," katanya.

Beliau yang baru pulang dari London diminta mengulas kenyataan Chong Wei berhubung keputusan jurulatih perseorangan, Datuk Misbun Sidek meletak jawatan yang seolah-olah mengugut untuk keluar daripada BAM dan mengkritik badan induk itu yang tidak pandai menjaganya selaku pemain nombor satu dunia.

"Jika dia mahu keluar dengan menjadi usahawan dan membuka akademinya sendiri, kita menghormati keputusannya," katanya.

Mohd Nadzmi bagaimanapun mengingatkan pemain nombor satu dunia itu bukan mudah untuk berdikari di luar kerana banyak contoh pemain yang keluar daripada badan induk itu gagal menyerlah dan tenggelam.

"Kita memperkenalkan syarat baru supaya penaja yang mahu menaja pemain perlu menerusi BAM kerana tidak mahu timbul konflik dengan penaja sedia ada, selain memastikan setiap tajaan itu tidak dibolot oleh seorang pemain," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

amin taib

BAM juga kena ingat jasa Datuk Chong Wei.

smashpower

siapa yg berusaha gigih dia la dapat habuan lebih.....mana boleh bg sama rata jer....

iq

BAM juga perlu ingat jasa pemain!!

Peugeot A

Saya tak rasa Lee CW yang lupa daratan, tapi ada beberapa pegawai BAM yang tidak berpijak di bumi nyata

syahrol nizar

PANDANGAN SAYA PIHAK ATASAN PERLU TURUN PADANG DAN MENCARI SERTA SELIDIKI DARI AKAR UMBI MENGAPA HAL SEPERTI INI BOLEH BERLAKU BAWA BINCANG SATU MEJA JANGAN BUAT SPIKULASI YANG BUKAN-BUKAN KITA PUNYA PEMAIN BUKAN RAMAI BERTARAF DUNIA HANYA SATU SAHAJA JADI CUBALAH CHECK PEGAWAI ATASAN DULU DARI BAHAGIAN BAM KEMUDIAN BUAT FIRST MORTEM BALIK CARI JALAN PENYELESAIAN BARULAH DEMOKRASI NAMANYA...MAJULAH SUKAN UNTUK SEMUA...

su

1. sokongan kewangan dan moral? itu adalah tanggungjawab BAM bukan empati..maka, xada persoalan "Dia perlu ingat jasa BAM. Kita memberi banyak sokongan termasuk kewangan dan moral kepadanya hingga dia berjaya hari ini".
2.adakah jika kritikan diberi tanda kita lupa daratan? cetek nya pemikiran datuk
3. BAM terma kasih kerana berjaya menaikkan prestasi badminton negara, namun prestasi yg dicapai BUKAN atas JASA & KERINGAT anda sahaja.
4. Jgn fikir rakyat xada akal untuk mentafsir situasi yg berlaku

elrick adam

excellent chong wei..coz kmu realize something about BAM early!!!we support u!!!

solvency

kepada nadzmi salleh... cakap tu janganlah berlagak sangat... jangan rasakan bam tu kamu yang punya... bercakap tu biarlah berlapik... kalau macam nilah ketua bam... patutlah masalah tak selesai2...

Biah87

Mohd Nadzmi.... jgn fikir juga bila jadi ketua suma benda ikutkan k'mhuan korang aje, Datuk Lee Chong Wei juga dah t'llu banyak b'jsa dgn Negara, sdh t'bukti bahawa dia mampu mengharumi nama negara d seluruh dunia... tpi Mohd, Nadzmi dah ada ke bukti bahawa dia mampu mengharungi nama negara ke seluruh dunia, jgn main cakap aje, boleh bagi peluang utk orang lain selepas menewaskan Chong Wei, bukan bagi peluang kpada orang lain, pas tu orang lama dktepikan... mesti la rsa tak sedap hati, dlm pasukan... fikir la sendiri brpa bnyk dah kejohanan chong wei dpt... Gi 1 jgn dia cakap dah bnyak jasa BAM thdap Datuk Chong Wei, suma duit yng diguna tu bukan duit nya duit kerajaan, gi pun b'baloi juga dorang bagi duit kat Datuk Chong Wei, sbb setiap permainan nya nama negara yng tertera diatas... Dia fikir sendiri la (Mohd Nadzmi) skrng dia dah tua kalo ditukarkan dgn orang mudah yng belum tentu apa klyakan nya, dia senang hati ke???....

amri

ini bukan soal lupa daratan,tapi ini soal pendirian pemain.kalau pemain duduk bawah BAM tapi tak selesa dgn situasi yg ada, pemain berhak memilih yg terbaik untuk diri sendiri.pemain juga sudah byk berkorban utk negara.kalau nak kenang jasa tp korbankan diri pemain,tak guna juga.

JEBAT SANGGORA

kalau layanan org baik xkan lah org nak bagi tinggal kan,rasanya dia x lupa daratan tpi kdang2 daratn tu yg pndai tersalah jg kan bkn semua yg d buat adalah betul.kesalahan sndiri x nmpak d mati tpi d hati heheheh

mat cikaro

dia memang tak akan lupa daratan..tapi mesti ader yang tak kena dalam persatuan ini...mungkin banyak diskriminasi dalam pengurusan...jangan cepat menuduh pemain dan jurulatih... lupa apa yang telah persatuan bantu dan sokong... kena selidik dulu... apa punca sebenarnya... sebab di malaysia ni... bila pemain kalah... pemain dan jurulatih yang disalahkan... tapi bila menang yang tersengiha dan dapat nama adalah persatuan dan kementerian yang lebih... cuba kita tengok di negara maju... kalau pasukan kalah... bukan pemain yang dipersalahkan tapi pihak pengurusan dan presiden kelab yang bertanggungjawab.. jadilah orang yang bertanggungjawab...

Mirsa

Siapa Juara! Kalau pihak atasan tak boleh di tegur pastinya akan membawa kecelakaan besar

hambran

Nampak nya dr bam yg ada masalahnya kena kaji

KUDIEN

Peminat tak faham kemelut Misbun/Chong Wei/BAM. Menteri BS kata semua masaalah boleh diselesaikan, asalkan semua pihak bertolak-ansur. Misbun sebagai bekas jaguh/ waris keluarga Sidek dan Chong Wei sebagai wira badminton negara kini, perlu didengar keluhan mereka.Kepimpinan BAM pun jgn lupa daratan. Pemimpin, jurulatih dan pemain adalah BAM secara keseluruhannya. Pengaruh Misbun/Chong Wei sebagai legasi badminton negara tolong ambil kira. Nadzmi perlu adil dan tidak memihak kpd sesiapa dlm kes ini.

ahmad Jimmy

Always to be like Thatt..
tak boleh kah wat meja rundingan pastue baru nak kuarkan kenyataann..
Tak matang langsung..kita seharusnya lebih memikirkan tentang bagaimana nak kekalkan momentum kemenangan negara bukannya saling salah menyalahi antara satu sama lain..
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

sofyan

sungguh sedih perkara ini berlaku lagi dalam BAM, tentunya ada cara yang baik untuk selamatkan sukan ini daripada kekusutan sebegini rupa.media masih belum jelaskan isu sebenarnya dalam kekelutan BAM.jika isu tajaan tentunya pihak penaja yang tahu siapa yang mereka hendak beri tajaan.bagi yang tiada penaja tu cipta lah nama di Arena antarabangsa tentu dan lihat apa yang anda dapat hasilnya.

aku budak hitam

udah la tu.... kite punya Malaysia pun bukan besar mana..sama2 lah kita bergandingan dan b'kerjasama untuk negara tercinta..p/s- aku rase terer Lin Dan lagi..

PaKCU

Mahu atau tidak terpaksalah BAM mempertahankan tindakkannya.. tidak mungkin BAM mengaku silap..jika direnung siapakah punca konflik ini.. mengapa individu individu yang telah terbukti berjaya ini diganggu? mengapa perubahan tidak fokus kepada pemain lain yang belum berjaya sahaja?

nazzmie

inilah malaysia... sikit2 ugut dengan "jangan lupa daratan", "tak berterima kasih" dll...

ten-10

apapun saya sokong Datuk Misbun Hj. Sidek dan DatuK Lee Chong Wei..peminat sukan badminton harus sedar dan buka mata ttg kritikan mereka..tak kan kedua-dua mereka ini kaki putar beli?

KARTIENY SLAMAT

apa pn jika bole.. selesaikan masalah secara berhemah, fikirkan impak yg bakal berlaku.

suleiman 786

Salam Semua, Bermulalah satu lagi episod dalam BAM...Dah Sampai masanya Dato' Nadzmi letak jawatan..tak payah nak cakap tentang pengorbanan BAM terhadap Pemain...Pemain Juga telah banyak berkorban Untuk BAM...Selagi ada orang politik dalam sukan ...sukan kita akan jadi seperti politik juga ..kekadang ok..kekadang ko...

Pada pendapat saya,kita tidak perlu cepat melatah dengan tindakan Datuk Misbun kerana beliau berhak membuat sebarang keputusan.Tidak perlulah kita mengeluarkan sebarang kenyataan seperti Kacang Lupakan Kulit mahupun JANGAN lupa daratan. Bagi saya inilah masa untuk BAM buktikan bahawa badan induk itu boleh melahirkan bakat baru serta jurulatih setaraf Datuk Misbun. Sekiranya BAM tidak dapat menerima keputusan Datuk Misbun dan Datuk Lee Chong Wei dengan hati yang terbuka, ini akan menunjukkan kelemahan badan induk tersebut kerana terlalu mengharapkan dua insan stimewa ini dan tidak dapat melahirkan pelapis yang setaraf dengan kehebatan Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Misbun. Ramai lagi rakyat Malaysia yang bersedia untuk dilahirkan sebagai jaguh dunia. BAM perlu berfikiran TERBUKA dalam semua perkara.
terima kasih

org sabah

saya tetap meyokong pendirian datuk misbun dan datuk lee chong wei,BAM pun jgn lupa JASA mereka berdua, tanpa mereka, BAM pun tak akan ke mana..

CR7

Mungkin betul, mungkin tidak, masakan siapa saja yg akan tahu.. tapi perlu diingat jika Jika Tiada Angin Masakan Pokok Bergoyang..

ddin

entahlah apa nak jadi..tak boleh kena kritik sekit dah nak melenting..macam mana nak maju..

mann

pada aku beliau tak lah hebat sangat dan tiada tandingan seperti DATUK NICOL...
tahniah datuk

MARGARET RILEY

apa pun yg penting Chong Wei dapat mengekalkan prestasinya sebagai pemain NO 1. dunia

kye

da agak..BAM akan jg periuk ns sendri..skrang nie..sape yg xpentingkan negara..tanpa pengorbanan c.wei dan misbun, BAM are nothing..sape yg turun gelanggang utk berlatih dan berlawan? diorg ker??? diorg tue tukang sign je..pastue mintak report

Arm9402

Kenyataan pemimpin yang angkuh.

marikan md yusof

BAM juga perlu ingat jangan selalu cakap orang tak kenang budi,setiap kali ada permain yang nak keluar dari BAM,BAM perlu fikirkan bagaimana nak selasaikan jangan kita ingat,kita BOS, kita boleh cakap macam-macan.

Mat Siam

Bersihkan/sucikan hati untuk kesejahteraan 1 Malaysia.

sahrial

BERSATU DEMI KEMAJUAN BADMINTON NEGARA..kemelut yg melanda badminton negara harus diselesaikan...biarlah kedua mereka pergi...kita jgn berharap sgt pada serong individu kerana chong wei bukan selamanya boleh juara..kita perlu cari pelapis muda...misi merampas thomas cup itu mesti diusahakan...pemain perlu keyakinan diri bila bermain dgn kuasa besar seperti china..ini tidak pemain hanya hebat bila bermain tanpa berpasukan....semangat berpasukan tidak berapa utuk ini punca kita kalah dgn china.....

slippers

rsnyer chong wei tak kan lupa diri..sy sentiasa sokong chong wei!

KAMARUZAMAN

MEMBANGKITKAN PERKARA YANG LEPAS TIDAK PERLU, YANG PASTI SETIAP MASAALAH PERLU ADA CARA MENGATASINYA DENGAN BERSEMUKA, MEDENGAR CADANGAN ATAU CARA TAMBAHBAIK YANG LEBIH MENGUNGTONGKAN NEGARA , BANGSA DAN NEGARA BUKAN PERIBADI

zack

punca punca kejatuhan sedang berputik....sayang sokong Misbun dan Chong Wei,kemerosotan sukan Badminton kerana persatuan tu sendiri

SAPARI BIN YAHAYA

Salam,, ini lah dia antara sebab kejatuhan sukan negara kita,, konflik sana konflik sini, ugut sana ugut sini. Cuba la berbincang baik-baik dan jangan ego dan ugut mengugut. Pada saya tindakan Misbun dan Chong Wei mungkin ada sebab tersendiri dan mungkin ada baiknya. Dato Nadzmi macam mengugut dan mengungkit. Mereka pun telah banyak mengharumkan nama negara dan pihak BAM dan kerajaan juga patut mengenang jasa mereka. Apakah mereka mesti ikut telunjuk macam kerbau kena cucuk tali di hidung, ikut semua arahan dan cara BAM walaupun ada yang tak kena. Mereka pun manusia biasa ada perasaan. Selagi saya tegaskan jika begini lah sampai bila-bila sukan di Malaysia tak akan maju,,, Wallahu alam

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan