Harian Metro: Arena |
Posted: 04 Jan 2011 08:47 AM PST KEMELUT menimpa Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akibat peletakan jawatan jurulatih perseorangan, Datuk Misbun Sidek terus mencipta spekulasi mengenai kemungkinan kelab badminton profesional Nusa Mahsuri akan kembali melatih pemain elit, malah dikatakan mampu membentuk pasukan lebih kuat. Hal itu tidak dinafikan Penasihat Nusa Mahsuri, Jalani Sidek (gambar) yang menggambarkan Misbun akan kembali ke kelab itu selepas meletak jawatan di BAM.
Jalani ternyata tidak senang dengan apa berlaku di BAM bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai apa sebenarnya yang berlaku kerana sebagai "orang luar" dia tidak mahu campur tangan.
"Saya nak ingatkan BAM bahawa Misbun dan Rashid (Sidek) adalah jurulatih Nusa Mahsuri, mereka dipinjamkan ke badan induk atas nama negara. Kalau BAM tidak perlukan lagi, kita sedia ambil semula," kata Jalani.
"Kalau Chong Wei keluar, saya pasti ramai lagi pemain akan keluar dari BAM." |
Posted: 04 Jan 2011 08:46 AM PST PRESIDEN Persatuan Badminton Malaysia Datuk Mohd Nadzmi Salleh akan mengadakan perjumpaan dengan semua pihak bagi menyelesaikan isu peletakan jawatan jurulatih perseorangan, Datuk Misbun Sidek hari ini. Pertemuan membabitkan pegawai BAM dan Misbun itu akan berlangsung di pejabat persatuan itu di Bukit Kiara.
Nadzmi ketika dihubungi berkata jika majoriti bersetuju dengan keputusan Misbun, beliau akan mengikut kehendak majoriti. "Saya akan berjumpa dengan semua pegawai BAM esok (hari ini) untuk mendapatkan maklum balas sama ada mereka terima atau tidak dan saya akan akur dengan keputusan majoriti," kata Nadzmi yang terkejut dengan keputusan Misbun.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan