Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


'Tak logik ke Ranau'

Posted: 30 Jan 2011 10:58 AM PST

"BERLATIH di Pusat Latihan Ranau satu tindakan yang tidak logik," itulah yang ditegaskan oleh atlet 400 meter lari berpagar wanita negara, Noraseela Khalid.

Bagi atlet senior yang juga pemegang rekod kebangsaan acara itu menegaskan, tiada gunanya dia ke Ranau kerana kemudahan di Kompleks Sukan Bukit Jalil sudah mencukupi terutama dengan adanya trek baru yang dinaikkan taraf.


"Mengapa saya perlu ke sana. Ia tetap sama kerana saya masih juga tidak mempunyai jurulatih.

"Jika keluar, lebih baik saya ke Afrika Selatan. Di sana lebih banyak pertandingan dan saya juga mempunyai jurulatih. Bagi saya latihan di Bukit Jalil sudah mencukupi kerana semuanya ada di sana.


"Namun, apa yang cuba dirangka oleh KOAM (Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia) dengan membawa keluar atlet ke luar bertujuan membolehkan atlet lebih fokus dan mengelak berlakunya masalah disiplin.


"Itu masalah atlet. Bagaimana mahu bertaraf dunia jika mempunyai perangai seperti itu. Atlet sendiri kena fikir," katanya.

Trek baru di Bukit Jalil sudah cukup menjadikan Bukit Jalil lokasi latihan terbaik buat atlet dalam persediaan memastikan tahun 2011 lebih cemerlang ketika dilaporkan pusat latihan Ranau belum siap sepenuhnya terutama kemudahan gimnasium.


Seela mencatatkan 56.02 saat untuk rekod kebangsaan, serta pingat gangsa Sukan Asia 2006 di Doha, dan dua gelaran Sukan Sea 1999 dan 2003. Seela, 31, semakin mendapati dirinya berdepan pelbagai rintangan dalam usaha kembali menapak dalam acara 400m berpagar wanita.

Dia bagaimanapun masih bergelar atlet terbaik negara ketika ini kerana belum ada atlet yang mampu memberikan cabaran.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

>Program bakal berdepan masalah

Posted: 30 Jan 2011 10:57 AM PST

BIARPUN memberi lampu hijau, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong mengingatkan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) bahawa program latihan atlet di Ranau Sabah bakal berdepan masalah.

Beliau yang sebelum ini berat hati untuk memberi kebenaran atas alasan lokasi dan kemudahan di Ranau belum lengkap berkata, ada atlet dilapor tidak bersedia mengikuti program itu.


"Saya tidak cakap tidak mahu meluluskan program itu, cuma apa yang saya persoal sebelum ini, adakah lokasi itu betul-betul memberi manafaat kepada atlet? "Keputusan ini bukan kerana MSN menyerah kalah, tapi 15 atlet yang terpilih dalam program itu benar-benar layak di bawah program MSN berbanding 60 hingga 70 atlet dalam cadangan awal mereka sebelum ini. Kami tidak mahu di kemudian hari akan dipersalahkan kerana tidak mahu membantu atlet.

"Tapi harus diingat, adakah semua atlet ini mahu menyertai program di Ranau? "Jika ada atlet yang tidak mahu pergi, KOAM tidak boleh menggantikan dengan atlet lain. Kami juga membenarkan lima jurulatih mengiringi atlet ke sana tapi KOAM kena fikir, setiap jurulatih mempunyai ramai atlet di bawah jagaan mereka, jika mereka ke sana, siapa yang mahu melatih atlet di MSN Bukit Jalil? "Masalah ini perlu diselesaikan KOAM, MSN hanya menyalurkan bantuan dari segi makan-minum atlet, penginapan dan pengangkutan," katanya.


Mengikut perancangan KOAM, kesemua atlet terbabit akan memulakan latihan fasa pertama bermula bulan depan dan KOAM mengesahkan hampir 99 peratus atlet menyatakan persetujuan untuk menyertai latihan persiapan menghadapi Sukan Sea, Palembang, November ini.Bagaimanapun, sehingga kini, KOAM belum menyatakan tarikh sebenar permulaan program itu.


"Buat permulaan, MSN hanya meluluskan program ini selama sebulan dan jika atlet mempamerkan peningkatan, kami akan menyambung tempoh program. "Tapi sehingga kini, KOAM belum memberitahu tarikh program itu akan dimulakan. Kami mahu menguruskan tiket penerbangan atlet dan jurulatih, jika mereka benar-benar mahukan program ini, lakukanlah dengan segera, jangan tunggu saat akhir," kata Zolkples.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan