Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Hendrawan belum puas

Posted: 25 Feb 2011 10:26 AM PST

HENDRAWAN belum puas berada di Malaysia selagi tidak dapat melahirkan pemain bertaraf dunia.

Jurulatih pelapis kebangsaan itu berkata, beliau belum bersedia memikirkan untuk bernaung di bawah persatuan lain biarpun selepas melihat jurulatih perseorangan wanita negara, Wong Tat Meng berhijrah ke negara asalnya, Indonesia.


"Saya selesa di sini dan tidak akan ke mana-mana selagi misi yang ditugaskan belum selesai," kata Hendrawan.

Pemenang pingat perak Olimpik Sydney itu melihat tindakan Tat Meng untuk bersama Li Mao sebagai tindakan bijak, tetapi buat dirinya, beliau sebati dengan misi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang mahukannya melahirkan pemain yang akan membawa pulang pingat emas Sukan Asia 2014 dan Olimpik 2016.


"Saya tidak mahu fikirkan perkara lain selain badminton Malaysia," katanya yang tidak menafikan menerima tawaran dari pihak luar namun enggan mendedahkannya.


"Kontrak bersama BAM berakhir Jun tahun ini dan saya harap kerjasama ini akan berterusan kerana mahu lahirkan produk sendiri.

"Tugasan ke atas pemain pelapis masih baru dan saya gembira mengendalikan pemain. Sebelum ini saya bersama skuad elit melatih Hafiz Hashim." Hendrawan mengaku banyak perubahan dialami pemain pelapis terutama Mohd Arif Latif yang muncul naib juara GP Kebangsaan hujung minggu lalu.


"Sejak berada di bawah bimbingan saya, Arif sudah banyak kemajuan. Dia sudah rajin berlatih dan akhirnya muncul naib juara.

"Tapi GP Kebangsaan tidak boleh menjadi kayu pengukur kerana saya perlu lihat prestasi semua pemain dalam tempoh dua tahun ini, adakah mereka mampu capai sasaran pingat Sukan Asia dan Olimpik, sama-sama kita saksikan." Sementara itu, beliau memandang berat isu kecederaan yang sering dialami pemain negara.


"Saya sudah meminta kebenaran jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) supaya sediakan skuad pelapis seorang tukang urut.


"Saya pasti faktor tukang urut memainkan peranan besar bagi mengelak pemain mengalami kecederaan. Ketika ini segala keperluan bertumpu kepada elit, saya hanya minta satu untuk masa depan. Saya rasa masalah ini akan diterima baik C&T dan Institut Sukan Negara (ISN)," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Perlis tekad curi mata

Posted: 25 Feb 2011 08:29 AM PST

PERLIS yang bertandang ke Kuala Terengganu untuk berdepan T-Team pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini mensasarkan untuk melihat keputusan positif dicatat selepas aksi kurang memberangsangkan sebelum ini.

Ketua jurulatih, Mosthakeen Omar berkata, rekod pencapaian Liga Super dan Piala FA sememangnya kurang memberangsangkan.


Justeru, katanya, apa yang boleh dilakukannya adalah memastikan pasukannya memberi cabaran terhadap skuad kendalian Yunus Alif yang juga bekas pengendali Perlis, musim lalu.

"Kami sedar T-Team bukan calang-calang pasukan. Kita letak sasaran agar mereka tidak mudah mengalah.


"Jika mengambil kira prestasi pasukan sebelum ini, dapat bawa pulang satu mata, sudah boleh dianggap pencapaian baik," katanya.


Selepas mengharungi empat saingan Liga Super, kedua-dua pasukan sekadar mengutip satu mata hasil satu keputusan seri, tapi T-Team berada di atas Perlis yang menghuni tangga tercorot Liga Super.

Mosthakeen berkata, sebagai tuan rumah, T-Team pasti ingin menang.


"Lawan pasti turun dengan semangat dan keyakinan berganda selain memanafaatkan kelebihan untuk memastikan mata penuh.

"Kami sudah membuat penilaian dan memperbaiki kelemahan. Kami harap pemain berupaya mempamerkan persembahan terbaik hingga ke wisel penamat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen