Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Giliran Arfy dinobat jaguh Asia

Posted:

Giliran Arfy dinobat jaguh Asia

Giliran Arfy dinobat jaguh Asia

Daripada Sayed Hesham Idris
hesham.idris@utusan.com.my


Mohd. Arfy menayangkan pingat emas yang dimenanginya semalam.


KORAT – Mohd. Arfy Qhairant Amran menghadiahkan pingat emas kedua skuad negara apabila memenangi acara pecut remaja pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di sini, semalam.

Rizal Tisin memberikan emas pertama dalam acara 1 kilometer ujian masa elit, Sabtu lalu.

Mohd. Arfy, 18, mengesahkan pingat emas yang sememangnya dinanti-nantikan oleh skuad remaja negara sejak hari pertama ACC yang bermula Selasa lalu di Velodrom Kompleks Sukan Korat, selepas mengalahkan pelumba Jepun, Nagao Kenta dalam acara akhir pecut 200m.

Emas tersebut mengubat kehampaan dalam acara pecut lelaki elit apabila Josiah Ng dan Azizulhasni Awang masing-masing terpaksa berpuas hati dengan perak dan gangsa dalam acara keirin.

Emas acara tersebut dimenangi oleh pelumba Jepun, Asai Kota.

Sebelum itu, Azizulhasni memenangi pingat gangsa dalam acara pecut 200m.

Skuad remaja turut menambah satu lagi pingat iaitu gangsa pada hari terakhir acara trek semalam, menerusi Jupha Somnet dalam acara keirin wanita remaja.

Sementara itu, Mohd. Afry atau nama jolokan 'Maq' berkata, dia bersyukur kerana berjaya memastikan skuad remaja negara pulang dari ACC 2011 dengan kilauan pingat emas.

Katanya, strategi yang betul yang digunakan sewaktu berdepan saingan Kenta dalam acara final semalam, membantu dia memenangi acara tersebut.

"Pingat emas ini khas untuk ibu bapa dan keluarga saya di Masjid Tanah, Melaka kerana mereka memang amat mengharapkan dan sentiasa berdoa semoga saya meraih kemenangan di sini.

"Kejayaan saya dalam acara ini juga banyak dibantu atas nasihat dan tip yang diberikan oleh Azizulhasni yang sememangnya berpengalaman dalam acara ini.

"Saya dan Azizulhasni mengkaji cara tunggangan Kenta menerusi rakaman video dan dari situ saya dapat menilai kelemahan pelumba Jepun itu, sehingga berjaya memenangi kedua-dua saringan acara final," katanya.

Pada ACC di Sharjah UAE, Mohd. Arfy sekadar memenangi pingat gangsa dalam acara keirin dan pulang tangan kosong dalam acara pecut.

Dalam pada itu, Jupha yang meriah gangsa dalam acara keirin remaja kecewa kerana gagal memenangi emas pada kejohanan di sini.

Menurutnya, kejayaan membawa pulang lima pingat iaitu empat perak dan satu gangsa di sini, tidak cukup kerana gagal menjelmakan emas.

"Memang kecewa kerana saya tetap gagal memberikan pingat emas sehingga hari terakir kejohanan ini.

"Ini disebabkan persediaan saya tidak mencukupi kerana berehat panjang untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan saya harap pada kejohanan lain, saya akan lebih bersedia," katanya. -- Utusan

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Safee sedia hadapi media Indonesia

Posted:

Safee sedia hadapi media Indonesia

Safee sedia hadapi media Indonesia

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my


Safee Sali (kanan) yang ditemani bapanya, Mohd. Sali Mi'an melambai sebaik menuju ke pintu pelepasan antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang, semalam.


SEPANG – Selain cabaran di padang, pemain import baru Pelita Jaya FC, Safee Sali perlu menghadapi satu lagi cabaran getir di luar padang iaitu berdepan dengan media Indonesia.

Bagaimana pun, bekas pemain Selangor itu mengakui dia sudah bersedia akan perkara itu sepenuhnya.

Menurut pemain kelahiran Kajang itu, dia tidak boleh mengelak daripada menjadi tumpuan hangat media negara jiran itu selepas mengambil keputusan untuk beraksi di Liga Super Indonesia (ISL), sebaliknya menganggap ia juga salah satu cabaran yang perlu dihadapai apabila berkelana di negara orang.

"Memang saya sudah bersedia untuk menghadapi segala cabaran di Indonesia nanti, ia termasuk daripada media di sana, oleh itu saya memerlukan bantuan bukan sahaja dari keluarga tetapi seseorang yang mampu menguruskannya ia adalah pengurus saya di sana nanti, Zakaria Rahim," katanya ketika ditemui media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam.

Katanya, dia akan cuba biasakan diri dengan keadaan media di sana, yang sudah tentu akan memberi perhatian lebih kerana dia adalah seorang pemain import dan berperanan menewaskan pasukan kebangsaan Indonesia dalam perlawanan akhir Piala Suzuki AFF tahun lalu.

"Bukan saya sahaja yang akan menjadi tumpuan media di sana, sudah tentu keluarga saya juga akan mendapat liputan meluas di sana dan kalau boleh saya akan cuba elak publisiti yang berlebihan.

"Seperti sedia maklum media mereka memang dahsyat dalam membuat laporan terutama sekali tentang sukan bola sepak, oleh itu saya perlu bersedia dari semua aspek dan sentiasa berusaha menyesuaikan diri dengan keadaan di sana," ujarnya.

Safee yang sebelum ini pernah beraksi bersama Telekom Melaka, Kuala Lumpur dan Sarawak, menjangkakan tumpuan akan diberikan secara meluas daripada media Indonesia sebelum aksi pertamanya dengan Pelita Jaya FC.

"Tumpuan akan terarah kepada aksi pertama saya di sana, itu yang membuatkan saya bersemangat untuk menjaringkan gol pertama pada penampilan pertama saya dengan pasukan baru ini.

"Saya harus yakin dan menetapkan sasaran untuk menjaringkan gol sekurang-kurangnya satu gol untuk satu perlawanan, jika ia tidak berlaku saya tidak boleh hanya duduk diam sahaja, saya perlu terus berusaha dengan lebih keras dan dalam masa yang sama bersedia menghadapi kemarau gol," katanya.

Tambahnya, dia akan menjadi tidak selesa jika tidak dapat menjaringkan gol untuk pasukannya, ibarat satu tugas yang belum selesai.

"Saya juga akan membantu pasukan Pelita Jaya FC untuk berada pada kedudukan yang lebih baik dalam saingan liga, walaupun kelab tersebut dibarisi ramai pemain muda," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan