Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Magis Messi

Posted: 09 Mar 2011 03:46 PM PST

Sukan

pix_gal0
Nafi impian Arsenal buat kali kedua

BARCELONA: Lionel Messi - seperti diramal - menjadi dalang kepada impian besar Arsenal buat musim kedua berturut-turut apabila 'jaringan bijak' dan sepakan penalti mengemudi Barcelona layak ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah dengan kemenangan agregat 4-3, awal pagi semalam.

Saingan kelompok 16 terakhir itu di Nou Camp juga mencuri tumpuan peminat apabila bintang Arsenal, Robin van Persie dibuang padang gara-gara kad kuning kedua selepas menyepak bola keluar. Pemain Belanda itu mempertahankan kesalahan itu dengan berhujah: "Macam mana saya mahu dengar bunyi wisel pengadil dengan sorakan 95,000 penonton." Dalam perlawanan lain, Shakhtar Donetsk turut layak ke kelompok lapan terakhir mengatasi AS Roma 3-0 bagi agregat kemenangan 6-2.

Messi musnah impian Arsenal


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

'Safee perlu lebih menonjol'

Posted: 09 Mar 2011 03:42 PM PST

Sukan

SAFEE   (kanan)  beraksi dalam perlawanan sulung bersama Pelita Jaya FC menentang Sriwijaya FC di Stadium Singaperbangsa, Karawang,  Sabtu lalu.

SAFEE (kanan) beraksi dalam perlawanan sulung bersama Pelita Jaya FC menentang Sriwijaya FC di Stadium Singaperbangsa, Karawang, Sabtu lalu.

Tengku Abdullah tegur jika mahu sertai kelab antarabangsa lebih terkenal

SAFEE Sali harus lebih menonjol mewakili kelab Pelita Jaya FC untuk membuktikan nilainya selaku penyerang berbisa andai berhajat beraksi untuk kelab antarabangsa yang lebih terkenal.

Firasat itu diluahkan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. "Saya berharap permulaan baik dilakar Safee bersama pasukan baru dapat diteruskan untuk melonjakkan namanya sebagai seorang penyerang bertaraf antarabangsa," kata Tengku Abdullah mengenai kejayaan bekas pemain Selangor itu menghasilkan gol sulung bersama ketika menewaskan Sriwijaya FC 1-0 Sabtu lalu.

Baginda turut menyeru lebih ramai pemain tempatan berpindah ke luar negara bagi menambah pengalaman serta meningkatkan kualiti permainan yang akhirnya akan memberi kelebihan kepada pasukan kebangsaan.

"Saya ingin melihat lebih ramai lagi pemain negara mengikut jejak Safee, malah kalau boleh lebih baik beraksi dengan kelab yang lebih ternama dan berkualiti," katanya. "Saya berbangga dengan pencapaian Safee, semoga ia akan menjadi pembakar semangat pemain lain untuk mengikuti jejaknya.

"Lebih ramai pemain beraksi dengan kelab di luar negara, ia memberi kelebihan kepada pasukan negara. Pengalaman yang dimiliki mereka mampu menghasilkan kejayaan." Baginda ditemui selepas merasmikan Ekspedisi Berakit Sungai Pahang sempena Hari Air Sedunia di Chenor, Maran, semalam.
Tengku Abdullah turut mengingatkan pemain negara yang bercita-cita untuk beraksi dengan kelab di luar negara supaya tidak meletakkan imbuhan lumayan sebagai matlamat utama, sebaliknya memberi tumpuan kepada usaha untuk memenuhi harapan pengurusan kelab disertai.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan