Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Chong Wei ke suku akhir

Posted:

Chong Wei ke suku akhir

Chong Wei ke suku akhir


CHONG WEI menempah tiket suku akhir Seluruh England selepas menewaskan Bao Chunlai dari China pada pusingan kedua semalam.


JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei tidak berdepan masalah untuk mara ke peringkat suku akhir Kejohanan Badminton Seluruh England 2011.

Tampil dengan status selaku juara bertahan, pemain berusia 29 tahun itu mudah mengetepikan cabaran pemain China, Boa Chunlai 21-16, 21-16 pada aksi pusingan kedua di Birmingham, England semalam.

Keputusan itu sekali gus melebarkan rekod kemenangan Chong Wei ke atas Chunlai dengan memenangi 10 perlawanan daripada 14 pertemuan sebelum ini.

Terdahulu, Chong Wei yang merupakan pemain ranking No. 1 dunia mara ke pusingan kedua selepas mencatatkan kemenangan ke atas Brice Leverdez dari Perancis 21-9, 21-11 pada aksi pusingan pertama kelmarin.

Bagaimanapun, laluan buat Chong Wei mempertahankan gelaran juara yang dimenanginya tahun lalu kini semakin sukar bermula daripada peringkat suku akhir yang berlangsung hari ini.

Pada aksi suku akhir hari ini, Chong Wei bakal berdepan pemenang perlawanan di antara Boonsak Ponsana dari Thailand dengan perseorangan Korea Selatan, Lee Hyun Il.

Sementara itu, dua beregu lelaki negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong serta Mohd. Zakry Abdul Latif-Hoon Thien How turut melayakkan diri ke peringkat suku akhir selepas menewaskan lawan masing-masing.

Kien Keat-Boon Heong mara selepas menang 21-10, 22-20 ke atas beregu Taiwan, Chen Hung Ling-Lin Yu Lang manakala Zakry-Thien How membenam cabaran gandingan Jepun, Hiroyuki Endo-Kenichi Hayakawa 12-21, 21-14, 21-19.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Spurs pertahan rekod cemerlang

Posted:

Spurs pertahan rekod cemerlang

Spurs pertahan rekod cemerlang


KAPTEN Spurs, Michael
Dawson (kanan) bersama rakan sepasukannya, William Gallas meraikan kejayaan mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara di White Hart Lane awal pagi semalam.


LONDON - Tottenham Hotspur (Spurs) meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Liga Juara-Juara apabila mara ke peringkat suku akhir.

Keputusan seri tanpa jaringan dengan AC Milan pada aksi kedua pusingan kedua di White Hart Lane awal pagi semalam sudah cukup buat skuad kendalian Harry Redknapp itu mara dengan agregat 1-0.

Pada 16 Februari lalu, anak-anak buah Redknapp mencipta kejutan apabila mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Milan pada aksi pertama pusingan kedua di San Siro.

"Ia merupakan suatu pencapaian yang hebat buat kami kerana berjaya mara ke peringkat suku akhir.

"Pemain-pemain telah mempamerkan persembahan yang menakjubkan sejak saingan ini bermula dan mereka wajar diberi- kan pujian," jelas Redknapp.

Kini, Spurs ada satu lagi misi penting yang mahu mereka laksanakan dalam saingan musim ini.

Sekiranya berjaya melepasi halangan pada peringkat suku akhir, Spurs akan mencipta sejarahnya yang tersendiri dengan mara ke peringkat separuh akhir.

Ia bakal menjadi pencapaian terbaik buat Spurs sepanjang beraksi dalam kempen berprestij di pentas Eropah itu selepas kali terakhir mereka melakukannya pada tahun 1961 dan 1962.

Sementara itu, Milan yang muncul juara pada 2007 sekali lagi terpaksa akur dengan kehebatan kelab England selepas mengalami nasib yang sama sejak tiga musim lalu.

"Tahun ini ada beberapa peru- bahan yang ketara dapat dilihat kerana kami telah beraksi dengan baik terutama pada aksi peringkat kumpulan.

"Memang saya kecewa di atas kegagalan mara ke peringkat suku akhir dan saya menyesal dengan diri sendiri.

"Bukan saya seorang tetapi kelab dan pemain-pemain juga merasai perkara yang sama," kata jurulatih Milan, Massimiliano Allegri. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dzeko tekad bayangi rekod Shevchenko

Posted:

Dzeko tekad bayangi rekod Shevchenko

Dzeko tekad bayangi rekod Shevchenko


DZEKO berazam menjulang Manchester City mencipta kejayaan dalam kempen Liga Perdana England.


MANCHESTER - Edin Dzeko memberi jaminan bahawa dia tidak akan menjadi seperti idolanya, Andriy Shev- chenko yang gagal menyerlah dalam saingan Liga Perdana England.

Pada aksi Liga Europa awal pagi tadi, penyerang Manchester City itu diturunkan ketika menentang Dinamo Kiev - kelab yang diwakili bekas bintang Chelsea, Shevchenko.

Pada pertemuan sebelum ini, Dzeko berasa bangga apabila telah menerima jersi AC Milan yang ditandatangani Shevchenko di Sarajevo, Bosnia.

Pemain Bosnia berusia 24 tahun itu mengakui, dia membesar dengan menjadikan legenda dari Ukraine itu seba- gai idolanya tetapi berharap mampu melakukan yang lebih baik berbanding Shevchenko sepanjang bersama Chelsea dari 2006 hingga 2009.

Shevchenko hanya berjaya menjaringkan sembilan gol dalam saingan Liga Perdana England bersama Chelsea, sekali gus memberi motivasi kepada Dzeko untuk melakukan lebih daripada itu bersama City.

"Dia (Shevchenko) kekal menjadi pemain terhebat buat diri saya. Dia idola saya. Saya bertemunya di Milan ketika mewakili Wolfsburg dan kami telah bertukar jersi.

"Memang dia telah menghadapi masa yang sukar di England tetapi itulah bola sepak. Saya juga berdepan kemungkinan itu.

"Jadi saya berharap akan mendapat kejayaan sepanjang beraksi di England," kata Dzeko.

Setakat ini, Dzeko baru menjaringkan gol ketika bertemu Notts County dan Aris Salonika tetapi pengurus City, Roberto Mancini tetap yakin pembeliannya pada Januari lalu itu akan berbaloi.

"Dzeko salah seorang penyerang terbaik di Eropah. Memang sukar untuk bermula dengan pasukan baru dan liga baru pada pertengahan musim.

"Tetapi saya tetap gembira kerana yakin dia mampu menjadi salah seorang penyerang terbaik di England dalam beberapa bulan ini," kata Mancini. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan