Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Malang Koo - Tan berterusan

Posted:

Malang Koo - Tan berterusan

Malang Koo - Tan berterusan


KOO (kiri) dan Tan gagal menyekat kehandalan gandingan Denmark pada final Seluruh England semalam.


APALAH nasib yang menimpa beregu utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong apabila gelaran juara Kejohanan Badminton Seluruh England yang hampir berjaya ditawan terlepas lagi daripada genggaman mereka.

Biarpun pada satu ketika selesa mendahului dengan kelebihan lima mata dalam set ketiga pada aksi final semalam, Koo-Tan mensia-siakannya dengan membiarkan lawan mereka, Mathias Boe-Carsten Mogensen mengejar dari belakang untuk menang 15-21, 21-18, 21-18.

Mereka berjaya mendahului 16-11 di set penentuan dan hanya memerlukan lima mata sahaja lagi untuk muncul juara tetapi tiba-tiba hilang tumpuan dengan membiarkan beregu No. 1 dunia dari Denmark itu memungut enam mata berturut-turut untuk mendahului 17-16.

Pada saat genting itulah, pelbagai kesilapan mula dilakukan Koo-Tan, sama ada menghantar bola keluar atau memberi bola tanggung kepada lawan mereka.

Ini membolehkan Boe-Mogensen tidak menoleh ke belakang lagi untuk menang, sekali gus merangkul kejuaraan Seluruh England buat kali pertama.

Dengan kemenangan itu, Boe-Mogensen berjaya menewaskan Koo-Tan buat kali kedua daripada sembilan pertemuan mereka setakat ini.

Kejayaan mereka juga berjaya menebus kekecewaan di pentas final kejohanan yang sama tahun lalu selepas tumpas pada rakan senegara, Lars Paaske-Jonas Rasmussen 23-21, 19-21, 24-26.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

United bikin Arsenal kempunan buru kejuaraan

Posted:

United bikin Arsenal kempunan buru kejuaraan

United bikin Arsenal kempunan buru kejuaraan


ROONEY dan Fabio masing-masing meledak satu gol buat United ketika menentang Arsenal pada aksi suku akhir Piala FA di Old Trafford awal pagi semalam. United menang 2-0.


LONDON - Hajat di hati mahu merangkul empat piala musim ini, namun malangnya satu demi satu hasrat menggunung Arsenal itu semakin jauh daripada jangkauan.

Selepas terlepas Piala Liga dua minggu lalu diikuti tersingkir di pusingan kedua Liga Juara Juara, minggu lalu, skuad bimbingan Arsene Wenger itu terus menggigit jari apabila tersingkir pula daripada kempen Piala FA, kelmarin.

Kekalahan 0-2 kepada Manchester United di peringkat suku akhir itu menyebabkan Arsenal kini tinggal satu trofi untuk diburu iaitu kejuaraan Liga Perdana England.

Paling kecewa dengan kekalahan itu sudah pastinya Wenger yang menyifatkan, segala-galanya seperti tidak menjadi buat Arsenal sejak kebelakangan ini.

"Saya tidak salahkan pemain yang telah menunjukkan keupayaan terbaik tetapi apa yang dilakukan serba tidak kena sahaja.

"Mungkin mereka terbawa-bawa kekalahan kami kepada Barcelona (pada pusingan kedua Liga Juara-Juara) yang banyak mempengaruhi keyakinan pemain.

"Namun, saya percaya ini adalah ujian terbaik buat pemain untuk memburu kejuaraan liga," tegasnya.

Ternyata tiga kekecewaan dalam tempoh dua minggu sukar untuk diterima pemain Arsenal yang sentiasa mengasak sepanjang perlawanan tetapi mendapati tujuh pemain pertahanan yang diturunkan United sukar ditembusi.

Dengan Fabio da Silva terpaksa diletakkan sebagai pemain tengah, United hanya melancarkan serangan balas pantas untuk memperoleh dua gol menerusi Fabio dan Wayne Rooney.

"Kami dapat gol yang diperlukan dan bernasib baik dapat bertahan dengan baik," kata penjaga gol United, Edwin van der Sar yang beberapa kali berjaya menyelamatkan percubaan bahaya Arsenal.

Mengulas tindakan menurunkan tujuh pemain pertahanan, pengurus United, Alex Ferguson berkata, ia terpaksa dilakukan untuk mengurangkan risiko ke atas pemain utamanya bagi menghadapi Marseille dalam aksi kedua pusingan kedua Liga Juara Juara di Old Trafford awal pagi Rabu ini.

"Saya tidak mahu merisikokan (Paul) Scholes dan (Ryan) Giggs untuk perlawanan dengan Marseille. Tengok sahaja senarai pemain tengah kami yang cedera.

"Jadi saya terpaksa menggunakan pelan pelik ini untuk memanfaatkan tenaga setiap pemain yang kami ada," katanya. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mehdi ungguli JM2011

Posted:

Mehdi ungguli JM2011

Mehdi ungguli JM2011

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril@kosmo.com.my


DARI kiri, Amir, Adiq, Mehdi dan Hariff menyarung jersi masing-masing selepas tamat peringkat terakhir JM2011 di Nilai semalam.


PELUMBA Tabriz Petrochemical Team, Mehdi Sohrabi muncul juara keseluruhan Kejohanan Lumba Basikal Jelajah Malaysia (JM) 2011 selepas berjaya menguasai peringkat terakhir dari Batu Caves ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai semalam.

Sohrabi yang menjuarai saingan pembukaan dari Kota Iskandar ke Bandar Penawar Selasa lalu, mengetuai peloton pertama melintasi garisan penamat dengan catatan masa 3 jam 59 minit 44 saat.

Hasil kejayaannya, pelumba kelahiran Iran itu berjaya merampas Jersi Kuning daripada pendahulu peringkat kelima - Vidal Celis Zabala dari pasukan LeTua Cyling Team dengan catatan masa keseluruhan 23'07:31s.

Penyandang juara, David Mc Cann dari pasukan Giant Kenda yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua semalam terpaksa berpuas hati di tangga kedua keseluruhan dengan catatan masa 23'08:00s.

Pelumba pasukan SP Tableware Pro, Ioannis Tamouridis pula berada di tempat ketiga dengan catatan masa 23'09:11s.

"Ramai pelumba yang mengidam Jersi Kuning ini dan semuanya mempunyai peluang untuk memenanginya.

"Begitupun, mujurlah rakan-rakan sepasukan saya banyak membantu sepanjang perlumbaan terakhir ini.

"Jarak yang agak panjang dalam saingan ini juga amat memenatkan, namun strategi saya untuk melakukan breakaway pada 25 kilometer terakhir nampaknya menjadi.

"Kejayaan ini sudah pasti amat manis bagi saya," kata Mehdi yang turut menyarung Jersi Biru selaku pelumba terbaik Asia.

Sementara itu, seperti dijangka pelumba negara, Mohd. Hariff Salleh dari Terengganu Pro Asia Cycling Team (TSG) berjaya memenangi Jersi Hijau sebagai Raja Pecut JM2011.

Meskipun gagal mengutip sebarang mata di tiga zon pecutan semalam, Hariff kekal mengumpul 66 mata, hanya satu mata mengatasi Tamouridis.

Pelumba sensasi negara yang juga rakan sepasukan Harrif, Anuar Manan sekadar berpuas hati di tempat ketiga dengan 62 mata.

Paling mencuri tumpuan apabila pelumba muda negara, Muhd. Adiq Husainie Othman berjaya merampas Jersi Merah selaku Raja Bukit JM2011.

Adiq mengumpul 12 mata pada peringkat terakhir semalam setelah mendominasi dua zon pendakian iaitu di Look Out Point Ampang dan Semenyih.

Amir Mustafa Rusli dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula muncul pelumba terbaik Malaysia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen