Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Manassero raih juara

Posted: 17 Apr 2011 12:08 PM PDT

Sukan

MANASSERO menerima trofi Terbuka Malaysia Maybank 2011  daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib  Razak, semalam.

MANASSERO menerima trofi Terbuka Malaysia Maybank 2011 daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, semalam.

Impian dapatkan hadiah hari lahir terbaik jadi kenyataan

IMPIAN Matteo Manassero mendapatkan hadiah hari jadi terbaik buat dirinya menjelang ulang tahun kelahiran ke-18 esok, menjadi kenyataan apabila pemain muda Itali itu muncul juara Terbuka Malaysia Maybank 2011 selepas merakam 16 bawah par 272 keseluruhan di Kelab Golf & Country Kuala Lumpur (KLGCC), semalam.

Dengan catatan 4 bawah par 68 pada pusingan terakhir hasil tiga birdie, satu eagle dan satu bogey, Manassero menang satu pukulan di depan pemain Perancis, Gregory Bourdy dan dua pukulan di depan pemain berbakat Ireland Utara, Rory McIlroy. Manassero membawa pulang AS$416,660 (RM1.27 juta) daripada keseluruhan AS$2.5 juta (RM7.65 juta) yang ditawarkan pada kejohanan kali ini.

"Memang cukup menggembirakan untuk merangkul kejuaraan profesional kedua saya sebelum mencecah usia 18," kata Manassero yang mengakui cabaran Terbuka Malaysia Maybank 2011 ini amat sengit dengan kehadiran ramai jaguh Eropah dan Asia.

"Saya harap kemenangan ini mencetus keyakinan buat saya untuk memenangi lebih banyak kejuaraan pada masa akan datang, terutama beberapa kejohanan utama yang bakal saya sertai selepas ini.

"Walaupun pada awalnya agak tertekan selepas mengharungi perjalanan jauh untuk datang ke sini serta cuaca yang agak panas, saya berjaya mengatasinya dan mengawal permainan untuk mengharungi hujung minggu yang menyeronokkan."
Tahun lalu, Manassero merekod sejarah sebagai pemain paling muda melepasi had kelayakan Masters pada usia 16 tahun 11 bulan 22 hari - hampir dua tahun lebih muda daripada pemegang rekod sebelumnya, Bobby Cole.

Sebaik bergelar pemain profesional Mei tahun lalu, dia muncul pula sebagai pemenang termuda dalam siri Jelajah Eropah apabila menjuarai Castello Masters Costa Azahar di Sepanyol pada Oktober.

Sementara itu, Bourdy ketinggalan satu pukulan di belakang Manassero selepas merakam lapan birdie tetapi satu double bogey pada pusingan terakhir semalam, merencatkan usahanya untuk mengheret permainan ke playoff.

McIlroy yang mencatat 14 bawah par, turut berpeluang mengajak permainan ke penentuan playoff sekiranya melakukan birdie pada lubang 18, tetapi pukulan putt dilakukannya terlalu laju dan sekadar menamatkan permainan dengan bogey di lubang berkenaan.

Kejohanan edisi ke-50 yang menampilkan lima juara kejohanan utama kali ini turut menyaksikan wakil tunggal Bangladesh, Mohd Siddikur Rahman melakukan kejutan dengan menduduki tangga kelapan selepas merakam 9 bawah par 278 keseluruhan.

Siddikur, pemain profesional pertama Bangladesh yang menjuarai siri Jelajah Asia, mengatasi nama-nama besar seperti pemain nombor satu dunia, Martin Kaymer yang ketinggalan satu pukulan di belakangnya untuk sekadar berada di tangga kesembilan.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Stoke temu City final Piala FA Piala FA

Posted: 17 Apr 2011 12:07 PM PDT

Sukan

PEMAIN Stoke,  Matthew Etherington maraikan jaringannya di Stadium Wembley, malam tadi.

PEMAIN Stoke, Matthew Etherington maraikan jaringannya di Stadium Wembley, malam tadi.

TIGA gol dalam tempoh 19 minit pada babak pertama memastikan Stoke City membelasah Bolton Wanderers 5-0 dan menempah tempat di final Piala FA untuk bertemu Manchester City di Wembley, 14 Mei depan.

Selepas City meranapkan impian trebel seteru tetangga Manchester United 1-0 kelmarin, Stoke bimbingan Tony Pulis yang dalam sejarahnya tidak pernah menjejak kaki ke final selepas tiga kali ke separuh akhir, memusnahkan impian barisan Owen Coyle seawal babak pertama.

Gol Matthew Etherington pada minit ke-10, diikuti Robert Huth (16) dan Kenwynes Jones (29) membunuh sisa cabaran Bolton, juara empat kali yang kali terakhir menjulang trofi tertua saingan bola sepak Inggeris itu pada 1958, sebelum Jonathan Walters menambah dua gol lagi pada minit ke-68 dan 81. Sementara itu, pengurus City, Roberto Mancini percaya kejayaan ke final FA Cup mampu menyemarakkan lagi prestasi kelab itu dalam saingan liga tetapi dia pantas mengingatkan, mereka masih belum bergelar juara dan menamatkan kemarau trofi selama 35 tahun.

"Bagi kami penting untuk menjulang trofi pertama. Jika menang Piala FA, mungkin tahun depan kami boleh bersaing untuk kejuaraan liga.

"Benar, kami perlu bermain satu lagi perlawanan dan mungkin final lebih sukar berbanding kemenangan ini," katanya sejurus kejayaan menyingkirkan barisan 10 pemain United yang kehilangan Paul Scholes kerana kad merah, kelmarin. – Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan