Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Liga M bersih

Posted: 19 May 2011 11:54 AM PDT

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menarik nafas lega apabila saingan Liga Malaysia dikatakan bersih kerana belum terbukti wujudnya sindiket perjudian haram walaupun terdapat khabar angin yang mengatakan gejala itu sudah kembali melanda bola sepak negara.

Malah badan induk bola sepak negara itu juga didapati tidak bersalah sepenuhnya berhubung dua perlawanan berstatus A menentang Zimbabwe pada 2009 yang kemudiannya dilucutkan status itu apabila lawan dari Afrika itu sebenarnya berstatus kelab.


Dua khabar gembira itu hadir selepas perbincangan sehari antara FAM bersama Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) dan sekumpulan pegawai Polis Diraja Malaysia dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Menurut Ketua Keselamatan Fifa, Chris Eaton kehadirannya di negara ini adalah bagi berkongsi maklumat dan data berhubung sindiket kerana ia bukanlah masalah membabitkan sesetengah negara saja, malah ia adalah isu global yang perlu ditangani bersama dan dilaksanakan secepat mungkin.


"Sukar mengenali mereka yang terbabit namun penting untuk pemain terutamanya pemain muda bertindak andai didekati individu tertentu yang kononnya menawarkan diri membantu mereka seperti mengembangkan karier di peringkat antarabangsa, sehinggalah membawa kepada gejala itu," katanya.


Beliau yang hadir bersama-sama Ketua Penyiasat, Teny Steans, Ketua Pegawai Informasi, Javier Mena dan Pegawai Pembangunan, Domeka Garamendi turut mengesahkan mereka kini menyiasat skandal mengatur keputusan perlawanan di Jerman, Finland dan Singapura sehingga membawa mereka ke Malaysia.

Namun Eaton turut menegaskan walaupun skandal itu membabitkan beberapa warga Malaysia, tiada maklumat perkara seumpama itu berlaku di Malaysia dan FAM selaku badan induk bola sepak negara juga tidak terbabit.


"Malah dua perlawanan menentang Zimbabwe pada 2009, FAM tak bersalah sepenuhnya kerana sudah mengambil semua langkah dengan betul namun kami masih siasat secara mendalam perkara itu terutama di pihak Zimbabwe," katanya.

Kehadiran delegasi Fifa itu bagaimanapun dilihat lebih terarah kepada usaha mewujudkan satu saluran komunikasi yang sama antara badan induk bola sepak dunia itu bersama-sama ahli gabungannya dalam membasmi kegiatan itu yang wujud dalam pelbagai bentuk selain memerlukan kerjasama utuh dari semua pihak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rexy optimis

Posted: 19 May 2011 11:52 AM PDT

BIARPUN persatuan enggan meletak sasaran besar di kejohanan berpasukan campuran Piala Sudirman minggu depan, jurulatih beregu negara Rexy Mainaky tetap optimis terhadap kemampuan pasukan negara mengulangi pencapaian dua tahun lalu.

Kejohanan di Stadium Conson, Qingdao, China bermula Ahad ini bagai sudah melakar nama pemilik trofi dan tuan rumah, China menjadi pilihan utama memenanginya kerana memiliki kelompok pemain terbaik lelaki dan wanita.


Pasukan negara yang diundi dalam Kumpulan B bersama Indonesia dan Russia hanya perlu muncul naib juara untuk ke suku akhir, sasaran yang dianggap Persatuan Badminton Malaysia (BAM) amat realistik tanpa perlu mengambil risiko kegagalan mencapai sasaran lebih tinggi jika pemain gagal melakukannya.

Namun Rexy yang ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum bertolak ke China, semalam yakin terhadap kemampuan barisan pemain negara yang diketuai Datuk Lee Chong Wei.


"Kita perlu bergelar juara jika mahu pergi jauh dari suku akhir dalam kejohanan ini. Untuk itu pasukan negara perlu mengatasi Indonesia pada perlawanan terakhir kerana kita sudah pasti menewaskan Russia," kata Rexy.


"Saya rasa Chong Wei sudah pasti mendapatkan satu mata ketika berdepan Indonesia. Mata kedua pula boleh diraih menerusi gandingan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang mempunyai peluang lebih besar ketika berdepan Alvent Yulianto-Hendra Aprida ataupun Muhammad Ahsan-Bona Septano selepas Markis Kido-Hendra Setiawan tidak disenarai.

"Beregu campuran juga boleh diharap untuk mencuri satu lagi mata. Tapi jangan dilupa beregu wanita Wong Pei Tty-Chin Eei Hui juga mampu menyumbang mata berharga buat negara. "Jika menjuarai kumpulan, kita mampu mengelak daripada diundi berdepan pasukan pilihan seperti China, Korea dan Denmark di suku akhir kerana setiap juara kumpulan akan diberi status pilihan." Rexy mengaku Pei Tty belum cergas 100 peratus untuk bermain di peringkat tertinggi, namun beliau yakin Eei Hui boleh bergandingan dengan baik jika dipasangkan dengan Goh Liu Ying yang akan diturunkan dalam beregu campuran bersama Chan Peng Soon.


Meskipun Indonesia diberi status pilihan ke-3/4 kejohanan, skuad itu tempang di saat akhir apabila Taufik Hidayat dan Liliyana Natsir (beregu campuran) disahkan Persatuan Bulu Tangkis Seluruh Indonesia (PBSI) Rabu lalu, menarik diri.

Taufik menarik diri bagi memberi peluang kepada pemain muda, manakala Liliyana pula gagal pulih dari kecederaan siku sejak Siri Super Terbuka Malaysia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen