Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Piala Itali sah milik Inter Milan

Posted:

Piala Itali sah milik Inter Milan

Piala Itali sah milik Inter Milan


PARA pemain Inter Milan bersorak kegembiraan selepas berjaya memenangi gelaran Piala Itali musim ini dengan menewaskan Palermo 3-1 pada aksi final di Stadium Olimpico awal pagi semalam.


ROM - Samuel Eto'o muncul wira apabila meledak dua gol bagi membantu kemenangan 3-1 Inter Milan ke atas Paler- mo pada aksi final Piala Itali di Stadium Olimpico awal pagi semalam.

Kejayaan tersebut sekali gus menebus kekecewaan Inter yang gagal mempertahankan dua trofi yang dimenangi mereka musim lalu iaitu Liga Juara-Juara dan Serie A.

Eto'o yang juga penyerang antarabangsa Cameroon meledak dua gol, masing-masing pada minit ke-26 dan 76.

Ezequiel Munoz merapatkan jurang buat Palermo hasil jaringan pada minit ke-88, namun ia sudah tidak membawa apa-apa makna setelah Diego Milito meledak gol ketiga Inter dua minit kemudian.

Jurulatih Inter, Leonardo yang memenangi trofi kejuaraan pertamanya sejak bergelar jurulatih, memuji persembahan yang dipamerkan anak-anak buahnya bagi mengesahkan Piala Itali menjadi milik mereka.

"Ia merupakan satu musim yang sukar buat kami apabila beberapa tonggak utama mengalami masalah kecederaan.

"Selain itu, pemain-pemain terpaksa menyesuaikan diri dengan corak permainan yang berbeza di bawah kendalian tiga jurulatih berbeza musim ini.

"Banyak sebab untuk pemain-pemain berhenti begitu sahaja tetapi mereka tetap mahu berjuang sehingga ke akhirnya.

"Disebabkan itu, mereka berhak untuk menamatkan saingan musim ini dengan kejayaan," kata Leornado.

Leornado turut melahirkan rasa simpati ke atas Palermo yang gagal dalam usaha mereka untuk merangkul kejuaraan pertama sepanjang beraksi dalam saingan Piala Itali.

"Palermo telah bermula dengan baik. Mereka beraksi dengan penuh bertenaga dan dilihat benar-benar mahu menjaringkan gol awal.

"Ketika itu, kami pula yang berasa sukar untuk mengimbangni corak permainan Palermo tetapi mujur kami berjaya menjaringkan gol pertama tepat pada masanya dan seterusnya menguasai perlawanan," jelas Leornado. - Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Wira Barca berpesta

Posted:

Wira Barca berpesta

Wira Barca berpesta


PARA pemain Barcelona berarak di sekitar bandar Barcelona menuju ke Stadium Nou Camp bersama-sama trofi Liga Juara-Juara dan Liga Sepanyol kelmarin.


BARCELONA - Barcelona mula berpesta selepas kejayaan skuad The Catalan menjuarai gelaran Liga Juara-Juara pada awal pagi Ahad lalu.

Barisan pemain bintang kelab gergasi Sepanyol itu diraikan oleh hampir 100,000 penyokong mereka di jalan-jalan utama di Barcelona sebe- lum mereka sekali lagi berpesta di Stadium Nou Camp.

Terdahulu, Barcelona mengesahkan kejuaraann Liga Juara-Juara musim ini selepas berjaya mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas Manchester United pada aksi final yang berlangsung di Stadium Wembley.

Kejayaan merangkul trofi paling berprestij di Eropah itu adalah yang kedua buat Barcelona dalam tempoh tiga tahun dan yang keempat secara keseluruhannya selepas berjaya memenanginya pada 1992, 2006 dan 2009.

Pesta barisan pemain skuad The Catalan bermula sejak mereka berlepas pulang ke Sepanyol dari London semalam apabila kapal terbang yang dinaiki mereka dihiasi warna rasmi kelab tersebut dan gambar kesemua pemain.

Sebaik tiba di Lapangan Terbang El Prat, barisan pemain Barcelona menaiki sebuah bas dua tingkat dan dibawa berarak di sekitar bandar Barcelona menuju ke Stadium Nou Camp bersama-sama trofi Liga Juara-Juara dan Liga Sepanyol.

Tiba sahaja di Stadium Nou Camp, lebih kurang 100,000 penyokong setia skuad The Catalan telah menunggu kehadiran wira-wira mereka termasuklah tiga pemain yang menjaringkan gol pada aksi final kelmarin iaitu Lionel Messi, David Villa dan Pedro.

Diiringi dengan percikan bunga api dan muzik 'rock', barisan pemain Barcelona diperkenalkan seorang demi seorang sebelum kelibat jurulatih, Pep Guardiola dan penolongnya, Tito Vilanova dilihat membawa trofi Liga Juara-Juara ke tengah padang.

Selepas ucapan ringkas daripada kapten, Carles Puyol dan Guardiola, Messi tampil menggegarkan arena Nou Camp dengan ucapannya.

"Tidak banyak yang saya ingin perkatakan selain mengucapkan jutaan terima kasih kepada kamu semua (penyokong-penyokong Barcelona) yang selama ini telah banyak menyo- kong kami (Barcelona).

"Diharapkan, lebih banyak kejayaan akan dicapai pada masa akan datang." kata Messi dalam ucapannnya itu.

Wira-wira Barcelona akan terus meraikan kejayaan tersebut apabila dijangka hadir menyaksikan konsert penyanyi Colombia, Shakira yang juga teman wanita kepada pemain pertahanan, Gerrard Pique di Stadium Olympic, Ahad ini. - Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Brabus tebus maruah

Posted:

Brabus tebus maruah

Brabus tebus maruah


BRABUS United B muncul juara kategori Larut Malam selepas menewaskan Alle FC 1-0 pada aksi final Terbuka Lelaki Ahad lalu.


PADA edisi pertama Rentap Futsal Putrajaya tahun lalu, pasukan Brabus United yang dianggap pilihan gagal menepati ramalan apabila sekadar meraih tempat ketiga kategori Terbuka Lelaki dan terkandas pada kategori Larut Malam.

Namun segalanya berjaya ditebus pada kejohanan Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! 2011 yang berakhir kelmarin apabila Brabus United B muncul juara kategori Larut Malam selepas menewaskan Alle FC 1-0 pada aksi final petang kelmarin.

Pengurus pasukan Brabus United, Muhd. Zikrie Zakaria berkata, kejayaan itu sedikit sebanyak berjaya menutup mulut banyak pihak yang seolah-olah iri hati dengan pasukan mereka.

"Sekurang-kurangnya kejayaan menjuarai kategori Larut Malam ini membuktikan bahawa Brabus United masih sebuah pasukan handalan dan ia hasil usaha keras semua pemain.

"Kejuaraan ini dapat menebus kekecewaan selepas dua pasukan kami iaitu Brabus United A dan B kandas di pusingan ketiga kategori Superstar," katanya ketika ditemui Kosmo! selepas perlawanan petang kelmarin.

Pada saingan kategori Larut Malam kali ini, Brabus United B tampil garang mencatat kemenangan besar ketika menentang lawan di setiap peringkat sebelum akhirnya muncul juara hasil jaringan tunggal Mohd. Alif Heikal Samsul pada aksi final.

"Bagi saya, tentangan yang paling hebat dihadapi kami ialah ketika berdepan MKAJ Prima pada suku akhir.

"Tapi disebabkan para pemain pasukan ini sudah serasi selepas lima tahun beraksi bersama, kami berjaya mengatasi segala cabaran dan akhirnya muncul juara," jelas Muhd. Zikrie.

Brabus United B membawa pulang hadiah wang tunai RMRM20,000 diikuti Alle FC di tangga kedua dengan RM10,000, tempat ketiga KRT Ros Merah (RM3,000) dan tempat keempat Mineral Water (RM1,500).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen