Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Jangan hukum atlit!

Posted: 31 May 2011 04:34 PM PDT

Sukan

Datuk Seri Shahidan Kassim

Datuk Seri Shahidan Kassim

Shahidan minta MSN tidak perbesar kesalahan atlit hanya kerana gagal jalani ujian doping

PRESIDEN Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Datuk Seri Shahidan Kassim merayu semua pihak supaya jangan menghukum enam atlit yang 'melarikan diri' daripada ujian doping Isnin lalu selagi mereka belum dibuktikan bersalah.

"Saya sangat kecewa kerana semua pihak termasuk Majlis Sukan Negara (MSN) seolah-olah sudah menjatuhkan hukuman ke atas atlit terbabit sedangkan mereka belum dibuktikan bersalah. Tindakan ini tidak baik dan akan melunturkan semangat atlit yang banyak berkorban untuk negara.

"Malah, atlit lain yang tidak terbabit terjejas dengan publisiti buruk mengenai isu ini hingga ramai yang tidak hadir menjalani latihan. Adakah ini yang MSN mahu lihat?," soalnya selepas meninjau latihan atlit di Kompleks Sukan MSN, Bukit Jalil, petang semalam. Shahidan juga mengesahkan tiga atlit - Norjannah Hafiszah Kamaruddin, Nurul Sarah Kadir dan Noor Imran Hadi - yang dicari MSN selepas 'menghilangkan diri' sejak Isnin lalu, kini berada di Bulgaria untuk menjalani latihan.

"Mereka ke Bulgaria atas pembiayaan KOAM, bukannya MSN. Jadi, kita akan menghantar tiga lagi atlit (Yee Yi Leng, Siti Fatimah Mohamad dan Siti Zubaidah Adabi) ke sana secepat mungkin selepas keputusan ujian doping mereka diterima.

"Saya hairan mengapa MSN membuat laporan polis, sepatutnya ibu bapa mereka yang berbuat demikian. Jadi, kalau polis nak siasat, mereka boleh pergi mencari mereka (atlit) di Bulgaria," katanya.

Shahidan turut meluahkan kekecewaannya dengan tindakan MSN yang lebih suka mengheret media bersama apabila timbul sesuatu isu mengenai KOAM sedangkan ia boleh dibincangkan secara dalaman dan profesional.
"Saya minta Menteri Belia dan Sukan (Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek) hentikan tindakan MSN ini. Jika MSN tidak suka Karim Ibrahim (Timbalan Presiden KOAM), mengapa mereka mahu hukum KOAM," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pengurusan perlu banteras gejala rasuah dari awal

Posted: 31 May 2011 04:31 PM PDT

Sukan

KEGAGALAN persatuan negeri bertindak tegas dari awal terhadap pemain yang disyaki terbabit dalam skandal 'mengatur keputusan perlawanan' menjadi punca gejala itu sukar dibendung dalam kancah Liga Malaysia, termasuk di Terengganu.

Bekas pengurus pasukan Piala Presiden T-Team, Mohd Sabri Abas mendakwa, pengurusan tertinggi persatuan kebiasaannya enggan membabitkan pihak berkuasa dalam menangani masalah pemain yang disyaki.

Katanya, perkara sama pernah berlaku dalam skuad Piala Presiden Terengganu dan T-Team tahun lalu yang berakhir dengan penyingkiran sekurang-kurangnya lapan pemain selepas disyaki terbabit mengatur perlawanan. "Kontrak pemain terbabit ditamatkan atas pelbagai alasan tetapi tidak dikaitkan dengan mengatur perlawanan menyebabkan mereka meneruskan kegiatan itu apabila bermain untuk pasukan lain," katanya sambil tidak menolak pengurusan kekurangan bukti kukuh untuk mensabitkan kesalahan berkenaan.

"Tetapi sepatutnya pengurusan membuat laporan kepada pihak berkuasa supaya perkara itu dapat disiasat secara terperinci," katanya.

Mohd Sabri memuji sikap berani Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBSNS) yang membuat laporan polis terhadap pemain yang disyaki terbabit kerana berpendapat, itulah cara terbaik menyelesaikan gejala berkenaan daripada berleluasa dalam Liga-M.

Mengulas lanjut dakwaannya ada pemain Piala Presiden Terengganu dan T-Team mengatur perlawanan tahun lalu, katanya, tidak semua pemain berhubung terus dengan wakil 'bookie' tetapi memang ada pemain menjadi dalang dan mewakili rakan sepasukan hingga sanggup menggadaikan maruah pasukan demi wang.
Berdasarkan maklumat diterimanya, setiap pemain terbabit menerima RM5,000 dan RM10,000 bagi setiap perlawanan dan jumlah bayaran bergantung kepada kepentingan pemain dalam pasukan.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan