Harian Metro: Arena |
Posted: 31 May 2011 11:46 AM PDT JURULATIH skuad bola sepak kebangsaan, K Rajagobal mengingatkan anak buahnya supaya tidak memperlekehkan kemampuan Hong Kong kerana aksi persahabatan antarabangsa Jumaat ini pasti akan digunakan sebaik-baiknya lawannya itu untuk membalas dendam terhadap kekalahan Februari lalu. Beliau berkata, Hong Kong pasti akan memberikan tentangan apabila bermain di gelanggang sendiri dan kemenangan diraih Malaysia sebelum ini tidak boleh dijadikan ukuran.
Pada perlawanan persahabatan pertama di Stadium Shah Alam 9 Februari lalu, skuad Harimau Malaya yang masih segar dengan kejayaan merangkul kejuaraan Piala Suzuki AFF ketika itu mudah mengalahkan Hong Kong 2-0.
"Tempoh dua hari latihan pusat ini digunakan untuk pemain embali cergas dan saya hanya sempat untuk mengendalikan sesi latihan penuh hari ini (semalam). "Walaupun pemain sudah nampak cergas tapi saya tidak mahu terlalu memaksa mereka dalam latihan kerana mahu mengelakkan pemain daripada ditimpa kecederaan," kata Rajagobal.
Keputusan menyisihkan Mohd Nasril itu memberikan ruang kepada Mohd Sharbinee Allawe (Terengganu) dan Syed Adney Syed Hussein (Sabah) merebut posisi utama selepas Khairul Fahmi Che Mat tidak dipanggil kerana bersama skuad Olimpik manakala nasib malang menimpa Farisham kerana kecederaan pangkal paha. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 31 May 2011 11:44 AM PDT KEGAGALAN persatuan bola sepak negeri bertindak tegas ke atas pemain yang disyaki terbabit dengan mengatur keputusan perlawanan bola sepak sebenarnya menjadi punca gejala itu gagal dibanteras. Bekas pengurus pasukan Piala Presiden T-Team, Mohd Sabri Abas (gambar), berkata pengurusan tertinggi persatuan kebiasaannya enggan membabitkan pihak berkuasa dalam menangani masalah pemain yang disyaki terbabit.
"Kebanyakan persatuan mengambil pendekatan menamatkan kontrak pemain terbabit dengan memberi alasan tidak berdisiplin. Mereka enggan memasukkan 'pasir ke dalam periuk nasi' pemain atas dasar kasihan," katanya.
"Mungkin pihak pengurusan persatuan tidak mempunyai cukup bukti mendakwa pemain berkenaan, tapi malangnya mereka juga enggan membuat laporan polis supaya perkara itu dapat disiasat," katanya.
"Mungkin tidak semua pemain terbabit berhubung terus dengan wakil 'bookie', namun memang ada yang menjadi dalang dan mewakili rakan sepasukan untuk sanggup menggadaikan maruah pasukan demi wang.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan