Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Owen sambung setahun lagi

Posted: 01 Jun 2011 08:28 PM PDT

Sukan

pix_gal0
Ferguson janji beri lebih kesempatan beraksi musim depan untuk United

PENYERANG Manchester United, Michael Owen setuju menyambung setahun lagi kontrak dengan kelab juara Liga Perdana Inggeris itu di ambang persaraan Paul Scholes yang yakin kelab itu mempunyai peluang cerah untuk terus menambah koleksi trofi.

Kontrak bekas penyerang Liverpool dan kebangsaan England yang mencecah usia 31 tahun itu tetapi jarang dapat disaksikan kelibatnya di Old Trafford, tamat bulan lalu. "Saya gembira mendapat kontrak lanjutan setahun ini," katanya dalam laman web kelab itu. "Bermain bersama-sama ramai bintang hebat, di bawah pengurus yang luar biasa, dan di depan begitu ramai penyokong adalah satu inspirasi sebenar. Saya tidak sabar musim baru bermula."

Dalam pada itu, Ferguson yang mengakui bakat besar Owen, berjanji akan memberi lebih peluang buat penyerang itu.

"Michael sudah membuktikan dirinya sebagai pemain handalan. Memang malang Michael tidak mendapat banyak peluang tetapi prestasi Chicharito (Javier Hernandez) membayangi semua dan gandingannya dengan (Wayne) Rooney terbukti berjaya," kata pengurus Alex Ferguson dalam laman web kelab itu.

"Saya gembira Michael akan kekal setahun lagi dan kami akan menimbang untuk memberinya lebih peluang musim baru nanti."
Owen menyertai United dua musim lalu dalam perpindahan percuma yang mengejutkan dari Newcastle United tetapi bergelut dengan kecederaan. Dia membuat 48 kemunculan buat United tetapi sebahagian besarnya dari bangku simpanan dan menjaringkan 14 gol.

Namanya diletakkan dalam senarai pemain gantian ketika kekalahan 1-3 di final Liga Juara-Juara menentang Barcelona sedangkan nama penyerang terbanyak Dimitar Berbatov tidak disenaraikan, tetapi Owen tidak dipanggil ke dalam padang. – Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

'Melarikan diri' satu kesalahan serius: Shabery

Posted: 01 Jun 2011 08:26 PM PDT

Sukan

SAMBIL menyifatkan tindakan atlit 'melarikan diri' daripada ujian doping sebagai satu kesalahan serius, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu mereka sentiasa bersedia menjalani ujian itu walaupun di luar musim pertandingan.

"Walaupun atlit yang enggan menjalani ujian itu belum boleh dikatakan bersalah (positif), tetapi tindakan mereka 'melarikan diri' itu sudah menjadi satu kesalahan. Jadi, mereka mesti sentiasa sedia untuk diuji pada bila-bila masa.

"Kita tidak mahu ada unsur lain yang membantu kekuatan atlit, sebaliknya mereka perlu lebih telus dan berdisiplin," katanya selepas menerima tajaan Sukan Malaysia (SUKMA) XIV Kuala Lumpur 2011 di Majlis Sukan Negara (MSN), semalam. Shabery mengulas isu enam atlit olahraga yang 'melarikan diri' daripada ujian doping Isnin lalu dan mahu persatuan sukan bertanggungjawab dalam memastikan setiap atlit mereka bebas daripada sebarang bahan larangan dan perangsang.

"Semua pihak perlu sedar ujian yang dijalankan bukan untuk menyusahkan atlit, sebaliknya langkah membasmi penggunaan bahan perangsang. Kita juga tidak mahu atlit didapati positif dalam pertandingan antarabangsa hingga menjejaskan imej negara," katanya.

Ketika ditanya sama ada MSN dan Institut Sukan Negara (ISN) yang mengendalikan ujian doping itu patut memanggil pulang tiga atlit olahraga terbabit yang kini berada di Bulgaria, Shabery bagaimanapun berkata ia tidak perlu.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan