Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


MSN tidak akan bayar - Zolkples

Posted:

MSN tidak akan bayar - Zolkples

MSN tidak akan bayar - Zolkples

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my



KUALA LUMPUR - Majlis Sukan Negara (MSN) menolak untuk menanggung kos menghantar tiga atlet olahraga yang disahkan negatif dadah ke Bulgaria seperti yang diminta oleh Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Datuk Seri Shahidan Kassim kelmarin.

Tegas Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong, ia tidak memenuhi syarat untuk MSN menanggung kos tiga atlet tersebut Siti Zubaidah Adabi, Siti Fatimah Mohamad dan Yi Yee Leng walaupun ia perlu mengikut jadual yang telah ditetapkan dan berada sekurang-kurangnya seminggu sebelum pertandingan di sana.

"Atas dasar apa MSN hendak bayar. Ia bukan duit kami, malah ia juga bukan duit saya, kalau kita hendak guna lima sen sekalipun kena ada peraturan," katanya pada sidang media di Pusat Media Sukan Malaysia 2011 Kuala Lumpur di MSN Bukit Jalil, semalam.

Jelasnya, alasan bahawa perkara ini perlu dibincang bersama antara MSN dan KOAM bagi menyelesaikan masalah ini bersama juga tidak dapat dilakukan kerana gagal untuk menghubungi KOAM pada hari yang sama atlet menghilangkan diri.

"Mereka kata suruh berbincang perkara ini terlebih dahulu sebelum diberitahu kepada media tetapi kami cuba menghubungi wakil KOAM tidak dapat, adakah kami perlu mencari Presiden KOAM sampai ke negeri Perlis?

"Kita sudah berbincang perkara ini pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja, mereka sudah jelas syarat yang ditetapkan, semua setuju atlet yang ke luar negara perlu menjalani ujian perubatan dan doping, adakah mereka sudah lupa? Ini yang dikatakan Melayu mudah lupa," katanya.

Kelmarin, Shahidan pada sidang akhbar meminta MSN menanggung kos menghantar tiga atlet olahraga yang telah disahkan negatif dadah ke Bulgaria bagi menjalani latihan bersama rakan mereka yang lain.

Shahidan berkata, atlet-atlet terbabit perlu mengikut jadual yang telah ditetapkan dan berada sekurang-kurangnya seminggu sebelum pertandingan di sana.

Tiga atlet Norjannah Hafiszah Kamaruddin, Nurul Sarah Kadir dan Noor Imran Hadi yang telah ke luar negara ditanggung oleh KOAM.

Dalam pada itu, Zolkples berkata, MSN tidak pasti kejohanan apa yang akan disertai atlet olahraga di Bulgaria walaupun telah meminta segala butiran lanjut kepada KOAM.

"Sekarang ini kami ingin menjelaskan hukuman yang sepatutnya dikenakan oleh atlet adalah tanggungjawab persatuan, Institut Sukan Negara (ISN) telah memberitahu atlet yang tidak melakukan doping akan dikenakan tindakan oleh persatuan mereka sendiri.

"Sekarang ini terpulang kepada KOAM kerana ISN sudah 'menghantar bola kepada mereka', sama ada 'mereka akan menjaringkan gol sendiri atau sebaliknya ia terpulang kepada mereka', kami juga tidak mendapat sebarang maklumat mengenai atlet yang berada di Bulgaria," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Adamas perlukan maklumat terperinci kesan 3 atlet di Bulgaria

Posted:

Adamas perlukan maklumat terperinci kesan 3 atlet di Bulgaria

Adamas perlukan maklumat terperinci kesan 3 atlet di Bulgaria

Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) diminta memberikan maklumat terperinci lokasi tiga atlet yang belum menjalani ujian doping kepada Agensi Anti Doping Malaysia (Adamas) bagi memudahkan usaha mengesan mereka.

Ketika ini pihak KOAM hanya mengesahkan tiga atlet berkenaan iaitu Norjannah Hafiszah Kamaruddin, Nurul Sarah Kadir dan Noor Imran Hadi telah berada di Bulgaria, namun lokasi penginapan mereka masih belum diketahui.

Ketua Adamas, Nishel Kumar berkata, ketika ini masalah utama yang membelenggu pihaknya adalah untuk mendapatkan maklumat lokasi tiga atlet olahraga itu.

''Seandainya pihak KOAM dapat memberikan kerjasama dalam tempoh masa yang singkat sudah tentu masalah berkaitan atlet tersebut dapat diselesaikan dengan cepat.

''Sebaik sahaja kita mendapat maklumat terperinci lokasi tiga atlet tersebut, kita akan terus berhubung dengan pihak anti doping di Bulgaria untuk mendapatkan sampel daripada atlet berkenaan tanpa perlu menyuruh mereka pulang semula ke tanah air,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Dalam pada itu, Nishel juga memberitahu pihaknya akan menghantar surat cadangan untuk mengatasi masalah berkaitan isu ujian anti doping kepada KOAM dan juga Majlis Sukan Negara (MSN) dalam masa terdekat ini.

''Kita telah bermesyuarat pada petang tadi dan beberapa cadangan untuk menyelesaikan masalah berhubung isu tersebut telah diperoleh melalui Jawatankuasa Pengurusan Keputusan.

''Namun isi kandungan cadangan tersebut saya tidak boleh dedahkan kerana perkara tersebut adalah sulit,'' jelas Nishel.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan