Berita Harian: Sukan |
Posted: 03 Jun 2011 04:59 PM PDT Sukan LONDON: Penjaga gol England, Joe Hart memberi amaran kepada rakan sepasukannya supaya tidak memperkecilkan Switzerland yang bergelut mencari prestasi terbaik apabila kedua-dua pasukan berentap dalam kelayakan Euro 2012 di Wembley, malam ini. Barisan bimbingan Fabio Capello menjadi pilihan untuk menewaskan tuan rumah bersama Euro 2008 itu di Wembley selepas menang 3-1 di Basel tahun lalu, tetapi Hart percaya lawan bukan pilihan itu bermotivasi untuk membuat kejutan besar. Sungguhpun England kekal di tangga teratas Kumpulan G selepas mengharungi separuh jadual kelayakan, tiada ruang untuk Hart dan rakan-rakan melakukan sebarang kesilapan tatkala mereka bersedia untuk bercuti musim panas.Bintang Manchester City itu sedar England tidak boleh tercicir mata kerana pasukan tangga kedua yang hanya dipisahkan dengan perbezaan gol, Montenegro juga berpeluang menang kerana bertemu Bulgaria di tempat sendiri. "England dijangka menang semua perlawanan. Jika menentang pasukan yang menurunkan 500 pemain pun, kami tetap diharapkan menang di Wembley. Tiada yang berubah kali ini." Laungan amaran Hart itu tepat kerana pada perlawanan terakhir, England sekadar seri 1-1 dengan Ghana dalam perlawanan persahabatan - yang membuktikan masih banyak perlu dilakukan Capello.
Trio tengah Capello pastinya Scott Parker, Frank lampard dan Jack Wilshere yang menewaskan Wales sebelum ini manakala benteng diterajui kapten John Terry dan bekas kapten, Rio Ferdinand. – AFP Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Hadi muncul penyelamat di Hong Kong Posted: 03 Jun 2011 04:58 PM PDT Sukan Abdul Hadi Yahaya Penyerang 26 tahun dan menduduki tangga kedua carta senarai penjaring terbanyak Liga Super di belakang Norshahrul Idlan Talaha itu, menunjukkan bisanya apabila menyamakan kedudukan selepas enam minit masuk menggantikan Safee Sali pada minit ke-66. Begitupun, anak buah K Rajagobal tersentak apabila lawan yang tewas 0-2 dalam perlawanan persahabatan di Shah Alam Februari lalu, merobek gawang lawan yang dikawal Mohd Sharbinee Allawee pada minit ke-60 menerusi Chan Siu Ki. Rajagobal yang menjadikan perlawanan itu sebagai medan menilai pemain untuk menghadapi kelayakan Piala Dunia, membuat lima lagi pertukaran dengan S Chanthuru digantikan Mohd Amirulhadi Zainal (m-60), Mohd Sharbinee (Syed Adney Syed Hussein/66), Mohd Azmi Muslim (Mohd Asraruddin Putra/68), Mohd Nasriq Baharom (Mohd Hisyamudin Shaari/80) dan Mohd Shahrom Abdul Kalam (Helmi Remeli/80).Hong Kong yang dibimbing Tsang Wai Chung pula membuat lima pertukaran dalam perlawanan yang hanya disaksikan 586 penonton itu. Pada perlawanan di Shah Alam, jaringan Safiq Rahim pada minit ke-44 dan Amirulhadi (m-90) serta aksi tangkas Khairul Fahmi Che Mat yang tidak menyertai pasukan kali ini kerana dilepaskan untuk persiapan skuad Olimpik, membantu kemenangan Harimau Malaya yang masih segar menjuarai Piala AFF Suzuki, sebelum itu. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan