Harian Metro: Arena |
Posted: 03 Jun 2011 12:54 PM PDT KETIKA isu antidoping masih belum menemui titik noktah, Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) sekali lagi mendapat tamparan apabila salah seorang atlet elit badan induk olahraga negara itu, Yee Yi Ling menyuarakan hasratnya untuk meninggalkan terus sukan itu. Atlet berusia 27 tahun dari Perak itu menjelaskan dia kini sedang menimbang secara serius untuk bersara selepas kontroversi antidoping yang membabitkan dirinya serta lima lagi atlet olahraga baru-baru ini.
Yi Ling bersama-sama lima rakannya sebelum ini menggemparkan negara pada Selasa lalu apabila enggan memberikan memberikan sampel air kencing selepas diminta berbuat demikian di Institut Sukan Negara sebagai salah satu prosedur sebelum terbang ke Bulgaria untuk menyertai latihan dan kejohanan di sana.
Yi Ling juga salah seorang kuartet 4x100 wanita yang memecahkan rekod kebangsaan berusia 21 tahun ketika beraksi pada satu kejohanan di Poland tahun lalu bergandingan bersama-sama Norjannah Hafiszah, Nurul Sarah dan Siti Zubaidah.
Mengenai keputusan antidoping itu, Yi Ling yang kini menjalani latihan secara bersendirian tanpa pengawasan daripada mana-mana jurulatih berkata ia memang melegakan dirinya sekali gus menunjukkan dia tidak bersalah menggunakan sebarang bahan larangan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 03 Jun 2011 12:51 PM PDT RAHSIA kekuatan skuad Olimpik Lubnan yang dianggap misteri akhirnya terbongkar apabila jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee berjaya mengintip aksi pemain lawan itu di Istanbul, Turki baru-baru ini. Maklumat yang diperoleh pengendali negara itu sudah cukup untuk memberi peringatan kepada anak buahnya bahawa Lubnan bukan calang-calang pasukan yang bakal mereka temui pada aksi pertama pusingan kedua kelayakan Olimpik London 2012 di Beirut 19 Jun ini.
"Kita tak boleh bandingkan Lubnan dengan Turki yang sememangnya pasukan cukup terkenal di Eropah. Pada saya, walaupun Lubnan tewas, mereka pasukan lebih baik berbanding Pakistan yang kita temui sebelum ini. "Saya cukup kagum dengan aksi tiga pemain penyerang Lubnan dan juga pemain tengah. Dari segi fizikal tidak banyak bezanya, tapi mereka menunjukkan persefahaman, teknik dan corak hantaran pendek yang menarik," katanya.
"Saya akui pertemuan dengan Lubnan bukan mudah tapi tidak mustahil untuk kami mencipta sesuatu," katanya yang memulakan persiapan skuad negara dengan mengadakan perlawanan dengan skuad Olimpik Kemboja di Phnom Penh Selasa depan.
Skuad Olimpik negara mara ke pusingan kedua kelayakan Olimpik selepas melepasi halangan awal ke atas Pakistan Mac lalu menerusi agregat 2-0. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan