Berita Harian: Sukan |
Posted: 14 Jun 2011 12:53 PM PDT Sukan PENJAGA gol Perak, Md Nazril Nouridin (kanan) menghalang cubaan pemain Kelantan, Mohd Badri Radzi dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Mohamad Ke IV, malam tadi. PENENTUAN juara Liga Super, musim ini kini menjadi saingan tiga penjuru antara Kelantan, Selangor dan Terengganu selepas penyudahan keputusan, malam tadi yang menyaksikan ketiga-ketiga pasukan berkenaan merakamkan kemenangan penting. Apapun, wajah ketua jurulatih The Red Warriors, Datuk M Karathu terpancar ceria melihat anak didik menang 1-0 ke atas Perak di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV apabila berkata: "Apa yang penting kami mendapat tiga mata berharga malam ini." Satu ketika mahkota kejuaraan tampak milik mutlak Kelantan ketika Selangor dan Terengganu seperti mahu seri sebelum menang. Anak didik K Devan menewaskan Felda United 2-1 manakala Terengganu mengatasi T-Team 3-2.Kelantan kini sudah mengutip 53 mata, dua mata di hadapan Selangor dan tiga mengatasi Terengganu. The Red Warriors yang bertemu Perak mengekalkan kelebihan satu gol yang dijaringkan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-53 selepas menerima hantaran cantik Daudsu Jamaluddin. Norshahrul sebelum itu berpeluang membuka jaringan pada minit ke-24 apabila Kelantan dihadiahkan sepakan penalti, tetapi tendangannya dapat dibaca Nasril Nourdin. Gol tunggal Norshahrul kekal hingga tamat permainan untuk mengekalkan Kelantan di persada liga buat menyalakan impian memburu mahkota kejuaraan buat julung kali dalam sejarah mereka. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenwwe nampak gaya kelantan akan menjuarai piala liga super, insyaAllah! syabas! Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 14 Jun 2011 12:47 PM PDT Sukan PEMAIN Malaysia Abdul Shukor Jusoh cuba dihalang pemain Qatar, Ahmed Khalfan (kiri) pada perlawanan persahabatan di Doha, awal pagi semalam. ONG Kim Swee memilih tidak menurunkan kesebelasan utama dan kesudahannya adalah skuad Olimpik negara tewas kepada Qatar 4-0 dalam siri persahabatan antarabangsa di Doha, awal pagi semalam. "Inilah hakikat yang perlu kita terima apabila berdepan pasukan handal seperti Qatar," kata ketua jurulatih itu yang memilih untuk tidak menurunkan kesebelasan utamanya. "Amat rugi jika pemain kita cedera pada perlawanan ini kerana misi utama ialah menentang Lubnan pada 19 Jun nanti." Skuad Olimpik negara dikejutkan dengan gol seawal 10 saat pertama sebaik sepak mula apabila bola yang cuba dikeluarkan pemain pertahanan dapat disambar penyerang Qatar sebelum melepaskan rembatan melepasi Izham Tarmizi Roslan.Selang tujuh minit, tuan rumah sekali lagi membolosi gawang negara sebelum menambah dua jaringan dalam babak pertama. "Berbanding Qatar yang sebelum perlawanan ini menghabiskan tempoh tiga bulan berlatih di Madrid, Sepanyol dan sempat mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan simpanan Real Madrid yang berkeputusan seri 2-2, bekalan pemain-pemain kita hanya saingan Liga Malaysia dan pertemuan dengan Kemboja. "Saya rasa jika kita lebih banyak mengadakan perlawanan dengan pasukan handalan seperti ini, keputusan lebih baik mampu dicapai. Bagaimanapun pada babak kedua, pemain kita mula mendapat rentak dan berjaya mencipta sekurang-kurangnya enam peluang dan satu sepakan penalti yang diselamatkan penjaga gol tuan rumah.
Pada perlawanan berkenaan, Kim Swee tidak menurunkan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat dan pemain pertahanan Terengganu, Zubir Azmi yang menyertai skuadnya lewat sehari selepas mengharungi final Piala FA Sabtu lalu. Sebelum ini, skuad Kim Swee tewas kepada Kemboja 1-0 dalam satu lagi perlawanan persahabatan dan dia masih menaruh harapan mereka dapat mengubah nasib di Beirut nanti. "Saya ibaratkan pemain ini seperti bom jangka, dalam sekelip mata mereka boleh meletup dan mempamerkan permainan cemerlang, tetapi pada masa sama juga mampu menjadi duri dalam daging kepada pasukan apabila melakukan kesilapan. Saya harap dua kekalahan ini akan menjadi pengajaran terbaik buat mereka."
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan