Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Tidak perlu risau

Posted: 14 Jun 2011 03:40 PM PDT

JURULATIH skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee belum mahu menekan butang panik walaupun menyaksikan anak buahnya mengalami dua kekalahan dalam tempoh seminggu termasuk dibelasah skuad Olimpik Qatar 4-0 dalam aksi persahabatan, semalam.

Menurutnya, kekalahan itu tidak boleh dijadikan ukuran kemampuan skuad muda negara kerana misi sebenar adalah berdepan Lubnan pada perlawanan pusingan kedua kelayakan Sukan Olimpik 2012 di Beirut Ahad ini.


"Saya tak panik, kalau mahu nilai pemain biarlah berdasarkan keputusan dengan Lubnan dan bukannya mengambil kira keputusan dalam perlawanan persahabatan. Saya akan bertanggung jawab sepenuhnya apabila kita layak atau tidak selepas pertemuan dengan Lubnan. "Bagi peminat, kekalahan ini pastinya akan memberi gambaran buruk kepada mereka, tapi bagi saya, ini pengajaran cukup baik untuk mengenal pasti kelemahan dan kekuatan pemain," katanya yang dihubungi di Doha semalam.

Kekalahan terbaru itu memberi tamparan hebat buat skuad Olimpik negara selepas kalah 1-0 kepada skuad kebangsaan Kemboja di Phnom Penh, Selasa lalu. Dalam aksi menentang Qatar di Stadium Jassim bin Hamad, Kim Swee tidak menurunkan penjaga gol utama yang juga kapten pasukan, Khairul Fahmi Che Mat dan pertahanan Mohd Zubir Azmi yang baru tiba di Doha kelmarin selepas mengharungi final Piala FA.


Ketiadaan dua tonggak itu nyata dirasai selepas gawang negara dibolosi seawal minit pertama dan minit kelapan menerusi jaringan penyerang, Hassan Al Haidous.


Qatar yang baru pulang menjalani latihan selama tiga bulan di Real Madrid menambah gol ketiga menerusi Murad Naji di minit ke-33 sebelum Abdulaziz Al Ansari melengkapkan bencana skuad negara pada babak pertama dengan gol keempat di minit ke-37.

Ketinggalan dengan jaringan besar pada separuh masa pertama menyukarkan anak buahnya untuk mencipta kebangkitan apatah lagi mereka mensia-siakan banyak peluang termasuk kegagalan pemain sayap, Fandi Othman menyempurnakan sepakan penalti.


"Kita cuba bangkit pada separuh masa kedua tapi Qatar bertahan dengan baik. Qatar sememangnya berada dalam kelas berlainan berbanding kita tapi itu bukan satu alasan. "Strategi kita terjejas selepas Qatar menjaringkan gol awal. Pemain sepatutnya fokus sebaik permainan bermula," kata Kim Swee.

Skuad negara akan meneruskan latihan di Doha sebelum berangkat ke Beirut, esok bagi perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Olimpik menentang Lubnan di Stadium Sport City.


Kedua-dua pasukan akan bertemu sekali lagi pada aksi kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 23 Jun ini. Malaysia layak beraksi ke pusingan kedua selepas melepasi halangan awal, menewaskan Pakistan menerusi agregat 2-0, Mac lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Empat senior gugur

Posted: 14 Jun 2011 11:14 AM PDT

PENGGUGURAN empat muka lama daripada senarai pelumba kebangsaan bagaikan satu amaran awal Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) terhadap pelumba sedia ada agar memberi aksi terbaik sebelum senarai akhir enam pelumba ke Sukan Sea, Palembang diumumkan.

Empat pelumba, Zamri Mohd Salleh, Nor Ridzuan Zainal, Fallanie Ali dan Wan Mohd Najmee Wan Mohamad antara muka lama digugurkan dari skuad kebangsaan atas alasan prestasi dan pengguguran itu sekali gus menutup peluang empat pelumba itu untuk beraksi di Sukan Sea, Disember ini.


Presiden PKBM, Abu Samah Wahab berkata, keputusan itu diambil selepas menilai beberapa aspek termasuk pandangan daripada ketua jurulatih lebuh raya negara, Graham Seers.

Katanya, seramai 10 pelumba disenarai pendek dalam skuad Sukan Sea, sebelum senarai akhir enam pelumba diumum Oktober ini.


"Keputusan dilakukan berdasarkan pandangan Seers namun pelumba digugurkan itu mungkin diserapkan semula andai menunjukkan keputusan baik dalam Grand Prix Kebangsaan," katanya.


Pelumba disenaraikan membabitkan Suhardi Hassan, Muhammad Rauf Nur Misbah, Ahmad Fakrullah Alias, Faris Razak, Mohd Nazri Muhammad, Sarham Miswan, Nik Mohd Azwan Zulkifli, Mohd Aim Mohd Fauzi, Mohd Al-Ghazali Abdul Hamid dan Mohd Zulhilmi Hafiz.

Bagaimanapun pemilihan terakhir akan membabitkan tambahan beberapa pelumba terdiri daripada Amir Mustafa, Mohd Adiq Hussainie yang kini bersama pasukan Drapac Porsche di Australia, Saufi Mat Senan, Shahrul Mat Amin bersama TSG dan Ng Yong Li (Le Tua).


Dengan barisan sedia ada dan beberapa pelumba berpengalaman, Abu Samah melahirkan keyakinan terhadap keupayaan skuad lebuh raya untuk kembali membawa pulang emas selepas kali terakhir melakukannya di Sukan Sea, Manila pada 2005 menerusi Suhardi Hassan dan sekadar merangkul perak di Korat dan gangsa di Laos.

Katanya, kehadiran Amir dan Adiq yang berkeupayaan beraksi di laluan landai dan berbukit mampu membantu menguatkan barisan pelumba negara apabila beraksi di Palembang.


"Semua pelumba ini akan dipanggil semula untuk berada dalam kem negara. Kemampuan mereka akan dinilai bagi memastikan pasukan terkuat dapat dibentuk," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan