Utusan Online - Sukan |
Posted: Piala FA milik siapa?Oleh FERZALFIE FAUZI
KUALA LUMPUR – Ketika Kelantan berkeras bahawa kemenangan 3-0 dalam saingan Liga Super, Isnin lalu bukan sekadar nasib, Terengganu pula menegaskan, perlawanan akhir Piala FA malam ini adalah cerita baru dan kekalahan enam hari lalu sama sekali tidak akan berulang. Kapten Terengganu, Marzuki Yusof menegaskan, keputusan di Kuala Terengganu itu tidak boleh diambil kira apabila pasukannya melayani skuad Kijang sekali lagi, kali ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Malah tegasnya lagi, skuad Penyu telah memperbaiki segala kelemahan yang membawa kepada kekalahan tempoh hari, malah beliau percaya, situasi Piala FA dan Liga Super jauh berbeza. Namun bagi ketua pasukan Kelantan, Badhri Radzi, kemenangan Isnin lalu bukan kerana nasib, disebabkan lawan tidak dapat menurunkan tonggak utama, sebaliknya mereka terbukti pasukan yang lebih baik. Pertembungan akhir klasik antara dua negeri berjiran itu amat dinantikan penyokong fanatik mereka kerana ini merupakan kali pertama Kelantan dan Terengganu bertemu dalam mana-mana perlawanan akhir. "Saya tidak menganggap kemenangan ke atas Terengganu sebelum ini sekadar nasib kerana mereka tidak dapat menurunkan Ashaari (Shamsuddin). Kami akan membuktikan Kelantan adalah yang terbaik pada perlawanan akhir . "Saya berpesan kepada rakan-rakan agar mengekang asakan rangkaian serangan Terengganu, terutama dengan kepulangan semula Ashaari," kata Badhri. Menurut Badhri, yang turut dikenali sebagai Piya, dia mahu membantu pasukannya menjulang piala yang diperkenalkan pada 1990 buat pertama kali sekali gus memadam kekecewaan final 2009 tewas kepada Selangor. Sementara Marzuki pula optimis Terengganu mampu membawa kejuaraan, meskipun sedar pasukannya tidak memiliki kelebihan psikologi ekoran kekalahan buruk, Isnin lalu. "Kami banyak buat kesilapan pada perlawanan itu tetapi esok (hari ini) kami tidak boleh mengulanginya dan harus memperbaiki segala kelemahan. "Ini adalah penampilan kedua saya dalam final Piala FA, kali pertama ketika bertemu Perak pada 2004 tetapi ketika itu kami tewas 0-3, saya tidak mahu sejarah berulang lagi," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Terengganu, Kelantan mahu bukti kehebatan Posted: Terengganu, Kelantan mahu bukti kehebatanOleh FERZALFIE FAUZI KUALA LUMPUR - Pertembungan dua pasukan pantai timur antara Kelantan dan Terengganu pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini berjaya mengundang debaran peminat bola sepak tanahair setelah mereka membuktikan kehebatan masing-masing di pentas Liga Super. Malah, kedua-dua pasukan nampaknya cukup optimis untuk menghitung pertemuan di pentas akhir itu, lebih-lebih lagi Terengganu yang mahu menebus maruah setelah dihampakan Kelantan dalam aksi Liga Super, Isnin lalu. Bagaimanapun, Pengurus Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh tidak beranggapan perlawanan akhir menentang Kelantan, hari ini sebagai medan untuk membalas dendam dan ia juga tidak sama seperti pertembungan Liga Super. "Kami sudah bersedia kali ini. Pertemuan menentang Kelantan memang amat menarik dan harapan kami adalah untuk menamatkan kemarau 10 tahun selepas kali terakhir memenangi Piala FA mengalahkan Pulau Pinang," katanya dalam sidang akhbar di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini semalam. Beliau berkata, segala kelemahan selepas mereka tewas 0-3 sebelum ini dijangka dapat diatasi sebaiknya pada perlawanan akhir, seterusnya dapat menjulang piala pertama musim ini dan membawa pulang Piala FA ke Terengganu. Sementara itu, pengurus Kelantan, Azman Ibrahim berkata, kemenangan perlawanan akhir Piala FA menentang Terengganu di Stadium Nasional Bukit Jalil akan menjadi pengubat kekecewaan dua tahun lalu. Pada 2009 mereka beraksi di perlawanan akhir menentang Selangor, namun gagal untuk menjulang piala buat pertama kali selepas tewas menerusi penentuan sepakan penalti. "Saya berharap tahun ini tuah menjadi milik Kelantan, terutama sekali dengan sokongan padu yang akan diberikan oleh penyokong kami, sejarah akan tercipta lagi jika berjaya memenangi piala ini," ujarnya. Bagaimanapun, Azman tidak mahu menjadikan keputusan perlawanan Isnin lalu ke atas Terengganu sebagai ukuran kerana perlawanan akhir sangat berbeza, apa sahaja boleh berlaku. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan