Berita Harian: Sukan |
Posted: 02 Jul 2011 01:49 PM PDT BAYANGAN kesebelasan utama yang bakal diturunkan ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal bagi perlawanan kedua kelayakan Piala Dunia zon Asia menentang Taiwan, semakin jelas selepas sesi latihan terakhir di Stadium Taipei, semalam. Skuad kebangsaan yang berkunjung ke Taiwan dengan bekalan 2-1, memerlukan sekurang-kurangnya seri di sini tetapi Rajagobal tampak tidak mahu mengambil risiko dan tetap mahu melebarkan jurang defisit. Penyerang prolifik, Norshahrul Idlan Talaha yang tidak diturunkan di Bukit Jalil Rabu lalu, kelihatan sudah mula mencapai tahap kecergasan dan Rajagobal dilihat menggandingkan Norshahrul dengan Abdul Hadi Yahaya dalam latihan semalam, selepas gandingannya di Piala AFF Suzuki, Safee Sali sekadar memerhati dari luar padang akibat kecederaan. Kemudian, Rajagobal mencuba pula Ahmad Fakri Saarani bersama Norshahrul manakala di benteng pertahanan, kelibat Mahali Jasuli turut berada dalam kesebelasan Rajagobal, yang memberi isyarat serangan balas bakal dari sebelah sayap mungkin menjadi senjata untuk mencari kemenangan malam ini. "Bayangan ke pusingan kedua sudah ada, cuma sekarang saya perlu cari gandingan terbaik yang akan diturunkan esok (hari ini)," kata Rajagobal selepas sesi latihan itu. "Saya sudah cuba beberapa gandingan hari ini (semalam), dan saya lihat kesungguhan pemain untuk menurut arahan. Kita tunggu dan lihat corak permainan mereka nanti. Sementara itu, penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat yang tidak beraksi Rabu lalu, turut kembali berlatih walaupun belum mencapai tahap kecergasan sepenuhnya. "Saya sedia beraksi, tetapi terpulang kepada jurulatih sama ada menurunkan saya atau tidak," kata Fahmi. "Siapapun pilihan jurulatih, ia adalah untuk kebaikan pasukan dan saya yakin misi utama untuk menang mampu dilaksanakan." Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenMohd Murshidi bin Zohari malaysia akan menang pada mlm ini...insyaallah...
MOHAMAD JAHIZI Saya harap tidak ada pemain Malaysia yg membuat sesuatu yang merugikan pasukan seperti membuat kesilapan pemain pasukan olimpik yg membuat takle kpd pasukan lawan sehingga dilayangkan kad merah. Sedangkan pd masa itu sepatutnya keseluruhan pasukan boleh bermain dengan tenang. Lagi pun pd ketika itu kedudukan bola bukanlah berada dlm kawasan yg begitu bahaya. Sy berharap sangat kesemua pemain memberikan fokus yang paling maksima terhadap permainan tanpa dipengaruhi provokasi pihak lawan, para penonton dan pengadil. Semoga Malaysia berjaya. Anda tidak akan dicemuh jika kalah bermaruah. dzul mental kena kuat, sentiasa pastikan bola dalam kawalan, kami di tanah air mendoakan kejayaan kalian di taipei.... rasyid7 plyer malaysia klau ikut style barca gentle mng.. malysia boleh!!
dominique brett parquette come on malaysia..u can do it.all the best for malaysia player.. sanis bin ali bagi saya safe sali tidak payah diturunkan itulah yg ditunjukkan cara ia bermain pada hari itu tidak ada satu tendangan yg mecemaskan penjaga gol lawan sepatutnya ia menjadi contoh kepada pemain lain dengan kedudukan kita sebagai pemain pro.lagi satu beri tahu pada badrul bahtiar itu jangan asyik hdk buat tendangan fisttimer aja kita kena fikir dulu kalau tidak hari itu menang 4-1 saya ucapkan semugga berjaya pada pasukan kita. Aniq Superfly has just collected rents faster than ever with the Rent Collector Guy! MALAYSIA BOLEH izu Pemain jgn mudah hilang tumpuan..kita gempur Taiwan habis-habisan azahari bin ahmad saya bersama rakyat seluruh malaysia mendoakan akan kemenangan kelak rasidah ismail semuga berjaya membawa nama malaysia kemata dunia...gd luck malaysai.malaysia boleh.... Fadzli go..tiger...go...go get your goal... solihin gna formasi 4-3-3,,,badrul,,,hadi,,dgn norsyarul,,,,d tgah safiq rahim,,amar rohidan,,kunalan,,,pertahanan,,,assharudin,,aidil,,fadli shas,,dgn mahali,,,cnfrm meng,,hahaha,,malaysia blh hafeez abdullah Pemain Jessy No 17 (tak ingat nama) yg masuk 2nd half, tak payah lagi masukkan...nampak "pemalas"...tak tahu apa nak buat...jadi penumpang aja... hafidz Berikan sepenuh kudrat utk berjuang malam ni....jangan layan perang saraf Taiwan.. cocoon teruskan menyerang n pastikan kita tidak kehilangan bola..malaysia boleh
cikgu5183 Selamat berjuang...tunjukkan Malaysia Boleh.
hadif Malaysia pasti boleh! Mohd Dasuki Mohamed Di Doakan agar skuad Malaysia akan dapat mengulangi kejayaan yg sama ketika beraksi di tempat lawan pada malam nanti Go Mas Go... nus Yakin.. Malaysia Pasti Berjaya kalakan Taiwan. ala pe susah..masukan je KFCM tue..
penonton setia Hantar mesej ke datuk raja. Jadikan Mohd Amirulhadi Zainal menyerang di sebelah kanan serta Mat Yo dan Mohd Ashaari penyerang utama, insyaAllah. morra kami rakyat malaysia pasti pasukan pendekar bola sepak harimau malaya.kami harap menbawa kemenangan terus kapada kami.kami terus menyokong anda dimana jua sekalipun.pendekarku impianku.pendekarku semagatku.kami yakin menang seterusnya. ashrafluffy 1MALAYSIA doakan kemenangan HARIMAU MALAYA |
PM suntik semangat The Red Warriors Posted: 02 Jul 2011 01:32 PM PDT Sukan NAJIB menerima jersi skuad Kelantan yang tertulis namanya daripada Annuar pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan The Red Warriors di Kota Bharu, semalam. THE Red Warriors mendapat suntikan semangat apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembinaan stadium bola sepak baru di negeri itu andai Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kembali Kelantan daripada PAS pada pilihan raya umum ke-13 nanti. "Saya berjanji, jika BN berjaya rampas Kelantan daripada PAS pada sebelah malam, esok paginya akan diumumkan mengenai pembinaan stadium baru di negeri ini," katanya ketika merasmikan Akademi Al-Hamra (ARMY) di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan The Red Warriors di Sekolah Kebangsaan (SK) Machang I, di Kota Bharu, semalam. Najib juga dinobat sebagai peminat nombor satu The Red Warriors atas sumbangan yang dilakukan dalam membantu pasukan itu sehingga menjadi antara gergasi bola sepak digeruni dalam persada Liga Malaysia.Perdana Menteri turut menyumbangkan kira-kira RM2 juta kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bagi membangunkan bola sepak di negeri ini. Hadir sama, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapha Mohamed dan timbalannya, Datuk Dr Awang Adek Hussin serta Pengerusi MCA Kelantan, Datuk Dr Ng Yen Yen. Sementara itu, Annuar berkata, ARMY yang ditubuhkan awal tahun ini mengumpul lebih 300 bakat baru berusia bawah 16 selepas menapis kira-kira 6,000 permohonan.
"Seperti sedia maklum, Perdana Menteri mula menyokong KAFA sejak empat tahun lalu di mana beliau menyumbangkan kira-kira RM2 juta setahun secara senyap-senyap kepada persatuan ini selepas gagal mendapat tajaan daripada kerajaan negeri. "Kami berbangga pemimpin nombor satu negara sudi hadir dan merasmikan ARMY hari ini serta berjanji setiap peruntukan yang diberi akan digunakan sebaik-baiknya," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan