Berita Harian: Sukan |
Posted: 07 Jul 2011 03:50 PM PDT Sukan DIUNDI bersama Jepun, Syria dan Bahrain dalam Kumpulan C pusingan ketiga kelayakan zon Asia 21 September ini, jurulatih Ong Kim Swee akui skuad Olimpik negara berdepan tugas sukar. Namun tumpuannya lebih menjurus untuk memperkemas dan memperbaiki kesilapan barisan Harimau Muda tanpa terlalu mahu memikirkan lawan yang bakal menentukan nasib negara pada pusingan berkenaan. "Kumpulan mana sekalipun, cabarannya tetap sama," kata Kim Swee selepas majlis undian di ibu pejabat Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Bukit Jalil semalam. "Jepun adalah juara Sukan Asia. Itu bukan satu tugas mudah untuk kita. "Bahrain dan Syria pula pasukan Timur Tengah yang semakin meningkat, terutama Syria yang sentiasa bermain dalam kejohanan besar, baik AFC mahupun FIFA. Yang perlu saya lakukan kini ialah memperkemas dan membaiki kelemahan, daripada memikirkan pasukan lawan."Saya akan cuba dapatkan maklumat tiga pasukan ini, dan strategi yang kita lakukan sama seperti ketika menghadapi Lubnan - bermain mengikut kekuatan pasukan lawan." Untuk pusingan penentuan kelayakan ini, Kim Swee turut menyenaraikan beberapa nama baru bagi memperkuat skuadnya yang akan memulakan latihan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Isnin ini. "Ini peluang terbaik untuk pemain yang dipanggil membuktikan kemampuan dan jika prestasi memuaskan hati, saya akan membawa mereka ke Slovakia untuk sesi latihan dan pemilihan terakhir," kata Kim Swee.
Skuad Olimpik pimpinan Kim Swee melakar sejarah baru apabila melepasi dua pusingan awal kelayakan hasil kemenangan ke atas Pakistan dan Lubnan. Kali terakhir Malaysia layak ke pusingan ketiga adalah pada 1984. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Hadi gembira menang Kasut Emas Posted: 07 Jul 2011 03:48 PM PDT Sukan PENYERANG berbisa Terengganu, Abdul Hadi Yahya gembira impiannya memiliki Kasut Emas Liga Super musim ini terlaksana selepas menghasilkan 20 gol tatkala jurulatih Irfan Bakti Abu Salim turut menumpang bangga selepas melahirkan tiga penjaring terbanyak Liga Super berturut-turut sejak 2009. Abdul Hadi, penyerang muda skuad Harimau Malaya berkata, pencapaiannya itu menjadi sandaran buatnya untuk membantu skuad negara mengharungi kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia bersama gandingan senior seperti Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha. "Sebenarnya saya tidak sangka dapat jaringkan empat gol (bertemu FELDA United) dan ini semua adalah berkat usaha rakan sepasukan. "Saya berbangga dapat membantu pasukan dengan menjadi penjaring terbanyak," katanya yang menghasilkan 20 gol, sekali gus mengenepikan Norshahrul yang menghasilkan 19 gol untuk dinobatkan pemenang Kasut Emas musim ini."Saya akan jadikan pencapaian ini sebagai motivasi untuk membantu skuad kebangsaan apabila menentang Singapura nanti," katanya selepas perlawanan terakhir menentang FELDA United yang kesudahan Terengganu menang 6-2 di Stadium MBPJ, kelmarin. Bagi Irfan, dia berbangga dengan pencapaian Terengganu apabila mampu membenam FELDA United dengan jumlah jaringan besar tetapi lebih menggembirakannya adalah sekali lagi melahirkan penjaring berbisa. "Malam ini (kelmarin) melepasi apa yang kami jangkakan iaitu menjaringkan banyak gol bagi mengejar Kelantan tetapi tidak berhasil. Saya ucapkan tahniah kepada Kelantan kerana menjuarai Liga Super musim ini.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan