Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Tekad Mat Yo

Posted: 09 Jul 2011 03:31 PM PDT

Sukan

pix_gal0
Mahu ukir nama ledak gawang Arsenal, Liverpool

"SAYA mahu cari kepuasan gegar gawang Arsenal dan Liverpool," kata Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo menjelang perlawanan Harimau Malaya menentang kedua-dua kelab Inggeris tersohor itu, minggu depan.

Ketika detik kecewa gagal memenangi Kasut Emas masih terasa, penyerang Kelantan mahu memadamkan episod duka itu dalam perlawanan antarabangsa bermula dengan Arsenal pada 13 Julai ini disusuli Liverpool pada 16 Julai dalam siri Jelajah Asia 2011 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

"Apa yang pasti saya akan cuba memberi aksi terbaik, sekali gus menggegar jaring Arsenal dan Liverpool nanti," kata penyerang yang menghimpun 19 gol dalam Liga Super - kurang satu gol berbanding penyerang Terengganu, Abdul Hadi Yahaya dalam memenangi anugerah berkenaan. "Sebelum ini saya juga harap dapat beraksi menentang Chelsea. Tapi impian itu tidak kesampaian kerana skuad senior negara mempunyai tugas lebih penting menentang Singapura dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 nanti."

Mat Yo berkata dia sudah kembali selesa dalam permainannya, tambahan selepas menjaringkan dua gol ketika menewaskan Sabah tempoh hari.

"Saya harap dalam baki tempoh latihan menjelang kedua-dua perlawanan ini, saya dapat menjana semula persefahaman dengan Safee (Sali). Harap kami mampu menyerlah seperti ketika membantu negara menjulang Piala AFF tahun lalu," katanya.

Dua tahun lalu, Amri Yahyah mencipta gemuruh di Stadium Nasional apabila dua kali menggegar gawang Manchester United sebelum skuad negara kecundang 2-3 kepada juara Liga Perdana Inggeris itu dalam pembukaan Jelajah Asia 2009.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sambutan wira Red Warriors

Posted: 09 Jul 2011 03:30 PM PDT

Sukan

Lebih 10,000 penyokong Kelantan banjiri lapangan terbang lihat trofi

LEBIH 10,000 penyokong Kelantan - majoriti berpakaian serba merah - membanjiri Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, malam kelmarin untuk menyambut wira mereka yang membawa pulang trofi Liga Super selaku juara baru musim ini.

Jumlah hampir sama kemudian berarak bersama pasukan The Red Warriors itu sehingga ke Stadium Sultan Muhammad Ke-IV untuk memulakan sambutan menghargai keringat anak didik Datuk M Karathu.

Sementara itu, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berjanji akan memberi imbuhan menarik buat pemain Kelantan di atas kejayaan gemilang yang mengharumkan nama negeri. Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata bagaimanapun persatuan itu belum dapat memutuskan jumlah keseluruhan imbuhan itu namun akan tetap mengagihkan wang tunai berjumlah RM500,000 hasil juara Liga Super kepada setiap pemain.

"Kafa akan bermesyuarat Selasa ini membincangkan bentuk imbuhan bakal diberi," katanya.

Annuar yakin kemenangan menjadi juara liga itu akan membangkitkan lagi semangat pemain Kelantan memburu mahkota kejuaraan Piala Malaysia nanti.

"The Red Warriors berjaya mengangkat mutu bola sepak Kelantan ke tahap tertinggi dan saya bangga dengan keringat setiap pemain," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan