Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Tonik baru'

Posted: 17 Jul 2011 01:42 PM PDT

Sukan

pix_gal0
Safee tak sabar rentap Singapura selepas bolos gawang Liverpool 2 kali

"SAYA sudah dapat tonik baru." Itulah kata-kata semangat yang terbit daripada mulut penyerang sensasi, Safee Sali selepas meledakkan dua gol membocori gawang Liverpool tempoh hari.

Penyerang kelab Pelita Jaya itu kini mahu menyambung rentetan sama apabila Harimau Malaya menentang Singapura dalam perlawanan pusingan kedua, kelayakan Piala Dunia 2014 pada 23 dan 28 Julai ini. Namun, Safee yang menyumbat dua gol pantas yang menggegar Liverpool seketika di Stadium Nasional, Bukit Jalil, kelmarin tetap tidak mahu pujian dihambur ke atas dirinya kerana dia anggap hasil daripada bantuan rakan sepasukan.

"Dua gol ini cukup istimewa buat saya, buat penyokong Malaysia," katanya.

Kapten pasukan, Safiq Rahim turut menerima pujian, khususnya gol penyamaan hasil sepakan percuma pada babak yang berjaya memukau lebih 80,000 penonton. Ia juga gol ketiga baginya daripada percubaan sama bulan ini.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Safiq, Safee temu sentuhan

Posted: 17 Jul 2011 01:37 PM PDT

Sukan

Kuyt (kiri) berentap dengan Safiq pada perlawanan persahabatan Malaysia dengan Liverpool sempena Jelajah Asia 2011 di Stadium Nasional.

Kuyt (kiri) berentap dengan Safiq pada perlawanan persahabatan Malaysia dengan Liverpool sempena Jelajah Asia 2011 di Stadium Nasional.

Dua tonggak sedia galas cabaranatasi Singapura pada 23 Julai

DUA tonggak skuad Harimau Malaya - Safiq Rahim dan Safee Sali harus berlegar dalam minda pasukan Liverpool buat seketika gara-gara kelibat mereka membuat gawang gergasi Inggeris itu bocor tiga kali, kelmarin.

Jelas sekali lautan merah penyokong The Reds yang membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil, nyata tidak mengganggu Safiq dan jelas dari wajah kapten kebangsaan itu, terpancar seribu kepuasan ketika berjaya meledakkan gol di gawang Liver­pool. Begitu juga Safee yang menyambar pantas peluang bak helang dengan dua gol dalam tempoh tiga minit - senario terbaru yang harus membuat Singapura gelisah menjelang perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia pada 23 Julai ini.

Safiq yang mahu menebus hampa gagal mencipta gol ketika menentang Arsenal tempoh hari berkata: "Saya tidak sangka dapat menjaringkan gol secantik itu namun bersyukur semuanya menjadi. Bagi saya, keyakinan mengambil sepakan percuma itu hadir selepas berjaya meledakkan jaringan ketika bertemu Taiwan. Tapi apa yang penting, corak permainan kami meningkat.

"Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan corak permainan yang kita tampilkan. Namun, apa yang penting, kali ini kami bermain dengan lebih tersusun, bermain sebagai satu pasukan, menyerang sebagai satu pasukan dan bertahan sebagai satu pasukan".

Sementara itu, dua gol Safee memberi harapan baru kepada penyokong tempatan untuk menyambung rentetan sama di Singapura apabila menentang negara republik itu dalam perlawanan pertama pusingan kedua Piala Dunia.
"Saya kini mendapat semangat baru," kata Safee yang juga peminat Manchester United.

"Tapi, dua gol ini juga hasil bantuan rakan sepasukan. Dua gol ini memang istimewa buat saya, buat penyokong Malaysia."


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan