Harian Metro: Arena |
Posted: 13 Jul 2011 10:09 AM PDT SEMANGAT wira 1975 gagal meresap dalam skuad Harimau Malaya kendalian Datuk K Rajagobal apabila tumpas 4-0 pada aksi persahabatan menentang kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Arsenal semalam. Dua gol pada setiap babak The Gunners itu menceritakan betapa masih banyak kelemahan yang perlu dilakukan Rajagobal bagi menghadapi Singapura pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 pada 23 Julai ini.
"Saya kecewa dengan permainan yang ditunjukkan kerana mereka tidak menunjukkan permainan sebenar. Ini menyukarkan saya untuk menilai kemampuan pemain sebelum perlawanan dengan Singapura," katanya pada sidang media selepas perlawanan berakhir.
"Saya mahu pemain bermain dengan agresif pada babak pertama untuk memberi tekanan kepada pihak lawan, tapi gol awal Arsenal membunuh permainan ini.
Walaupun cuba mengancam menerusi larian deras di sebelah kiri S Kunanlan namun satu-satunya percubaan bahaya yang dihasilkan Malaysia menerusi sepakan percuma kapten Mohd Safiq Rahim di minit ke-38 berjaya ditepis keluar penjaga gol Wojcieh Szczesny.
|
Posted: 13 Jul 2011 10:02 AM PDT SELEPAS melakar kejayaan di Sukan Sekolah-Sekolah Asia (ASG) di Singapura dan Kejohanan Remaja Asean di Astana, Kazakhstan, Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) semakin yakin meraih lebih banyak pingat di Kejohanan Gimrama Dunia di Montpellier, Perancis, 19-26 September ini. Justeru, Setiausaha Kehormat MGF, N Shanmugarajah berkata, persiapan rapi sudah dimulakan untuk menghantar Lee Wan Nin dan Amy Kwan Dict Weng bagi menggalas tanggungjawab itu di Perancis.
"Wan Nin dan Amy Kwan giat menjalani latihan intensif di bawah pimpinan jurulatih yang semakin terbukti kewibawaannya walaupun dihimpit isu mendera gimnas sehingga sukar untuk berlatih, Elena Kholodova.
Wan Nin pernah mencipta kejayaan dengan menduduki tempat keempat keseluruhan individu Sukan Olimpik Remaja (YOG), Singapura 2010 selepas dipisahkan hanya 0.675 mata dengan Berezko Marggrander dari Jerman yang meraih gangsa. Lantaran kejayaan konsisten itu, Wan Nin bersama rakan karibnya, Amy Kwan yang diibarat pengganti Hidayah dan Elaine berjaya menempah tiket ke Sukan Sea, Palembang Disember ini.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan