Harian Metro: Arena |
Posted: 27 Jul 2011 09:53 AM PDT BERITA 85,000 tiket perlawanan Malaysia menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil yang habis dijual semalam nyata mengundang rasa kurang senang buat jurulatih kelahiran Serbia, Radojko Avramovic. Bagaimanapun beliau tetap menganggap anak buahnya sedia mengharungi sorakan penyokong Harimau Malaya di stadium yang membawa tuah kepada pasukan tuan rumah ketika menjuarai Piala AFF, Disember lalu.
"Dari aspek lain, kehadiran penyokong yang ramai ini bagus untuk kedua-dua pasukan daripada bermain tanpa penyokong," katanya dalam sidang media yang turut disertai rakan sejawat, Datuk K Rajagobal semalam.
"Siapa beritahu anda yang kami akan bermain (secara bertahan) seperti itu? Siapa yang beritahu anda yang kami akan hanya bertahan dan tidak menyerang? Saya anggap ini perlawanan ini seperti yang lain.
|
Posted: 27 Jul 2011 09:46 AM PDT PEMAIN tengah Singapura, Mustafic Fahrudin menganggap antara jalan terbaik menghalang Malaysia daripada mara adalah dengan menyekat pergerakan penyerang berbisa Mohd Safee Sali. Dia berkata, Safee adalah penyerang terbaik di rantau ini dan kehebatannya terbukti dengan menyumbat dua gol dalam pertemuan pertama yang dimenangi Singapura 5-3 pada aksi pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014, Sabtu lalu.
Pemain kelahiran Yugoslavia yang diberikan taraf kerakyatan dan mula mewakili skuad Singa pada 2006 itu berjaya meledak satu gol dalam perlawanan pertama menentang Malaysia di Stadium Jalan Besar.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan