Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Masih jadi taruhan terbaik: MSN

Posted: 17 Aug 2011 04:07 PM PDT

Sukan

LEE Chong Wei

LEE Chong Wei

'Kami tak pernah sangsi Chong Wei mampu raih emas Olimpik'

LEE Chong Wei masih menjadi pertaruhan terbaik memenangi pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik 2012, sekalipun tumbang kepada Lin Dan yang memusnahkan impiannya menjulang Kejohanan Dunia di Arena Wembley, minggu lalu.

Yang penting, pemain nombor satu dunia berusia 29 tahun itu harus melihat kekalahannya daripada sudut positif dan bangkit dengan keazaman lebih tinggi untuk menebusnya di London 2012, kata Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong. "Kekalahan itu harus diambil dengan positif. Saya harap dia tidak patah semangat, sebaliknya bangkit segera dan berusaha lebih keras bagi meningkatkan corak permainan dan memperbaiki segala kelemahan menjelang temasya berprestij itu.

"Ingin saya tegaskan di sebalik kekalahannya itu, MSN tidak pernah sangsi terhadap keupayaan Chong Wei," katanya semalam.

Zolkples berkata, andai berpandu kepada aksi final Ahad lalu, tidak banyak perbezaan ketara di antara Chong Wei dan Lin Dan, cuma jaguh negara itu tidak mempunyai tuah untuk menundukkan seterunya walaupun memegang mata akhir dua kali.

"Perkembangan ini memberikan harapan positif kerana sebelum ini jurang permainan dengan Lin Dan agak besar, tetapi dia kini sudah mampu bersaing. Apa yang perlu kami bantu ialah meningkatkan lagi keyakinan dan kekuatan mentalnya.
"Lin Dan lebih berani mengambil risiko di saat situasi genting manakala Chong Wei pula terlalu berhati-hati. MSN akan bekerjasama dengan Institut Sukan Negara (ISN) dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menangani masalah ini.

"Kita juga berharap orang ramai terus memberi sokongan padu kepada Chong Wei, bukannya menyalahkannya," katanya.

Impian besar pemain nombor satu dunia itu untuk memahat nama sebagai pemain pertama Malaysia menjuarai Kejohanan Dunia musnah selepas tewas dalam pertarungan sengit 86 minit, 22-20, 14-21, 21-23.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

ahmad firdaus

majulah sukan utk negara..sokonglah para atlet kita..

mohd yusoff

DLCW pemain badminton yg serba lengkap dan setanding LD, x ada beza,DLCW kalau main dengan pemain lain keyakinan tinggi w/p ketinggalan masih boleh menang.Tapi main ngan LD w/p mendahului dan peluang utk menang dah thidang masih tidak menang,...puncanya keyakinan masih di bawah bayangan LD. Inilah perlu dikikis,..DLCW kan berjaya!!!!!

zaki

1.Kaji kelemahan & kekuatan Lin Dan
2. Kaji kelemahan & kekuatan sendiri
3. Perbaiki
4. Persiapkan mental & fizikal
5. Panggil MISBUN

osman

persembahan yg baik tapi nasib x mnyebelahi LCong wei

shahreza falamy

d. lcw perlulah yakin sikit bila masuk gelanggang n pastikan semangat diri trus berterusan apbila mndpat mata, punca utama kekalahan ialah psiko dr lin dan, lcw sekadar menahan sahaja, perlu saiko lin dan juga.. baru kalah bermaruah... wlbgaimanpun lcw tiada pengganti lagi buat masa skrang......

acik

peluang masih banyak,
dan jgn pernah putus asa,
SEMANGAT MASIH MEMBARA,
MALAYSIA BOLEH...DATUK CHONG WEI BOLEH

Kamarul

Datuk Lee Chong Wei - memang terbaik...

marisun

klu mo bjaya kembalilh kpd Dt Misbun. Dia yg telah bertungkus lumus membimbing LCW.Anda berjaya pn krna sumbangannya. Kenalh ingat jasanya. x boleh trus membisu. ketulahan.guru tetap guru

annacomel

bukan senang nak jadi no satu dunia dan menang semua kejohanan besar. cakap memang mudah..diri sendiri nak kalahkan rakan sekelab pun terkial-kial. semua orang boleh cadangkan idea yang baik mencurah-curah..nak realisasikan bukannya mudah. walau bagaimana pun saya amat kagum dengan DLCW ...teruskan perjuangan selagi kudrat masih ada..sekali anda bersara maka tiada lagi peluang anda..tidak semua orang ada peluang itu..berusahalah lagi..kami akan mendoakan anda.. selamat berjaya.

vic

sya berpendapat malah yakin, Datuk misbun sidek adalah orang paling sesuai untuk mengembalikan kekuatan mentalnya..pendekatan jurulatihnya sekarang tidak begitu bagus..dia sendiri tidak ada keyakinan

mee abang

dtk LCW adalah yg terbaik..teruskan usaha utk memenangi semua gelaran..

Narun Gohan

saya berpuas hati dgn permainan Dato Lee Chong Wei melawan Lin dan dikejohanan dunia baru2 ini.apa yg saya mahu kongsi disini,kita perlu kaji kelemahan Lin Dan utk memenangi perlawanan seterusnya dikejohanan Olimpik.Go Lee Chong Wei.Pasti boleh....

rudy

teruskan d lee chong wei.sekarang didalam dunia ini dah no 1.hidup kamu kaya ngan duit sukan yang kamu menang selama ini.kamu dilahirkan tuah sukan.

ginger

tukar player mlayu lh plak..mana tahu ada rezki.. bg lin dan tkejut cket..


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Arsenal pincang tanpa Fabregas

Posted: 17 Aug 2011 04:04 PM PDT

Sukan

WALCOTT (kiri) bersaing dengan pemain Udinese, Giovanni Pasquale dalam perlawanan play-off Liga Juara-Juara di Stadium Emirates, kelmarin.

WALCOTT (kiri) bersaing dengan pemain Udinese, Giovanni Pasquale dalam perlawanan play-off Liga Juara-Juara di Stadium Emirates, kelmarin.

SELEPAS 24 jam kehilangan Cesc Fabregas, Arsenal turut dilihat hilang punca walaupun mencatat kemenangan 1-0 ke atas Udinese dalam saingan play-off Liga Juara-Juara di Emirates.

Kejayaan bersaing buat musim ke-14 di pentas tertinggi Eropah itu diakui, tampak kurang meyakinkan walaupun Arsenal mendahului menerusi jaringan Theo Walcott seawal minit keempat, malah skuad Arsene Wenger dianggap bernasib baik.

Hakikatnya, ketiadaan Fabregas di jentera tengah untuk melancarkan serangan terhadap kubu lawan, kini menyukarkan peluang Gunners dan selepas enam musim tanpa trofi, deretan bangku penonton yang kosong ketika perlawanan menentang Udinese, menggambarkan suasana muram di Emirates. Artikel lain:
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan