Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Tony, Kamarudin beli QPR

Posted:

Tony, Kamarudin beli QPR

Tony, Kamarudin beli QPR

Oleh Khairuddin Mohd. Amin
sukan@utusan.com.my


Tony Fernandes


KUALA LUMPUR – Tune Sport Sdn. Bhd. yang diterajui oleh Tan Sri Tony Fernandes dan Datuk Kamarudin Meranun, semalam membeli kelab bola sepak Inggeris, Queens Park Rangers (QPR).

Syarikat Malaysia itu membeli 66 peratus kepentingan Bernie Ecclestone dalam kelab bola sepak itu pada harga yang tidak didedahkan.

Pembelian tersebut menyaksikan Tune Sports menjadi syarikat Malaysia pertama memiliki pasukan Liga Perdana Inggeris.

Pembelian itu juga menyaksikan Tony kini adalah pengerusi baru dan Kamarudin ahli lembaga pengarahnya manakala keluarga Mittal mengekalkan 33 peratus kepentingan kelab itu.

Kamarudin berkata, antara faktor QPR dipilih ialah kelab itu baru sahaja dinaikkan ke Liga Perdana dan berpangkalan di London.

"Kami akan membina pasukan ini. Kami mahu melibatkan diri dengan kelab ini.

"QPR menawarkan potensi yang baik kerana ia mempunyai pemain dan pengurus yang baik. Beri mereka peluang," katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Tony dan Kamarudin menguasai 75 peratus dalam Tune Sports manakala baki 25 peratus dimiliki oleh Ruben Gnanalingam.

Hasrat Tony dan Kamarudin untuk memiliki kelab Liga Perdana bukan baru dan pada tahun lalu beliau terlepas peluang untuk memiliki West Ham, yang merupakan pasukan kegemarannya kepada David Sullivan dan David Gold.

Menurut Kamarudin, selain mengetengahkan syarikat Malaysia di arena antarabangsa, sukan bola sepak tempatan juga boleh meraih manfaat daripada pembelian QPR itu.

"Pelbagai cara boleh dilakukan pada masa depan yang antaranya ialah dalam bentuk kerjasama dan juga mungkin mewujudkan akademi bola sepak," jelas beliau.

Sementara itu, Tony, yang menganggapnya seorang peminat West Ham dalam laman sosial Twitter seperti dipetik AFP berkata, beliau sejak sekian lama memegang satu 'tempat lembut' bagi QPR yang digelarnya sebagai sebuah 'berlian mentah'.

"Rangers merupakan salah sebuah pasukan pertama yang saya tonton ketika kecil di Loftus Road. Saya sentiasa mahu terlibat dalam bola sepak dan tarikan kelab London seperti QPR ialah peluang yang terlalu bagus untuk ditolak. QPR ialah sebuah berlian mentah dan semoga saya mampu menyumbangkannya menjadi berlian," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pandelela tamatkan kemarau pingat Universiade

Posted:

Pandelela tamatkan kemarau pingat Universiade

Pandelela tamatkan kemarau pingat Universiade

Oleh Dayne Azmin


Pandelela Rinong menghadiahkan pingat perak buat kontinjen negara pada Universiade 2011, semalam. Gambar kecil, Pandelela bersama pingat perak yang dimenanginya dalam acara terjun 10 meter papan anjal.


SHENZHEN – Selepas tujuh hari menanti pingat pertama, ratu terjun negara, Pandelela Rinong semalam menghadirkan kegembiraan buat kontinjen negara apabila meraih pingat perak pada Sukan Universiti Dunia (Universiade 2011).

Melalui catatan 381.75 mata, Pandelela berjaya menepati ramalan yang disandarkan kepada dirinya untuk muncul sebagai atlet pertama menjadi penyumbang pingat dalam acara terjun 10 meter papan anjal.

Tempat pertama menjadi milik penerjun Mexico yang juga bekas juara dunia, Paolo Espinoza, yang mengatasi Pandelela dengan kelebihan 3.50 mata, sementara penerjun tuan rumah serta pemenang pingat emas Olimpik 2008, Wang Xin tempat ketiga dengan mengutip 370.55 mata.

Jika tidak sedikit kesilapan pada terjunan kedua dengan pungutan 65.25 mata, mungkin pingat perak yang dimiliki oleh Pandelela adalah emas.

Tanpa kelibat juara dunia 2011, Chen Ruolin dan naib juara dunia, Hu Yadan dari China, saingan sebenar atlet dari Sarawak itu datangnya daripada Espinoza.

Selain Wang Xin, tuan rumah yang menurunkan Chen Ni ternyata gagal mempamerkan terjunan sempurna untuk menyaingi Pandelela dan Espinoza.

Bagaimanapun, prospek Pandelela untuk menggapai pingat cemas seketika apabila berada di tempat kelima selepas dua terjunan, namun kembali mendapat rentak pada aksi ketiga dengan kutipan 78.40 mata.

Dia akhirnya dapat menampilkan terjunan terbaik pada percubaan keempat dengan mengutip 84.80 mata untuk berada tangga kedua menghampiri kedudukan Espinoza.

''Ini adalah catatan mata terbaik saya dalam mana-mana kejohanan dan markah saya dapat pada lompatan kelima, 84.80 adalah tertinggi yang saya pernah dapat.

''Saya cukup berpuas hati kerana persembahan di Universiade jauh lebih baik daripada Shanghai (kejohanan dunia) baru-baru ini," katanya. – Utusan

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan