Harian Metro: Arena |
Posted: 22 Aug 2011 08:47 AM PDT DILEMA yang dihadapi jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee apabila anak buahnya terpaksa menempuh jadual padat November depan tidak seharusnya berlaku jika Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyediakan dua pasukan berbeza bagi Sukan Sea Indonesia dan pusingan ketiga kelayakan Sukan Olimpik London 2012. Pengkritik sukan, Serbegeth Singh berpendapat, tindakan FAM menyerahkan tanggung jawab kepada skuad Olimpik untuk mengharungi kedua-dua kejohanan itu dalam masa terdekat adalah tidak logik.
Nasib skuad Olimpik negara ketika ini masih belum menentu berikutan jadual padat membabitkan kejohanan bola sepak bawah 23 tahun di Sukan Sea Indonesia dan pusingan kelayakan Olimpik London.
Mungkin perlawanan itu boleh ditangguhkan sehari ataupun selepas perlawanan ketiga dengan Bahrain pada 27 November jika permohonan FAM mendapat persetujuan pasukan lawan namun faktor kecergasan pemain juga perlu diambil kira.
"Seharusnya Sukan Sea biarlah pasukan baru dan kita sediakan pasukan khusus untuk Sukan Sea dan Olimpik. Biarlah Sukan Sea untuk pemain lebih muda seperti bawah 19 tahun kerana kita perlu sedar Sukan Sea kejohanan pembangunan, jangan kita raikan kemenangan di Sukan Sea seperti kita menang Piala Dunia.
|
Posted: 22 Aug 2011 08:38 AM PDT SATU lagi pingat dituai penerjun negara di Pusat Renang dan Terjun Shenzhen semalam, meskipun kem negara pulang dengan tangan kosong dalam acara terakhir 3m papan anjal terjun seirama wanita. Pingat gangsa itu diperoleh menerusi gandingan Leong Mun Yee, Pandelela Rinong, Ng Yan Yee dan Cheong Jun Hoong selepas kiraan mata keseluruhan dalam lima acara yang menyaksikan Malaysia berada di tempat ketiga di belakang China dan Amerika Syarikat (AS).
Kecemerlangan penerjun wanita negara yang mengumpul 2,336.23 mata itu menyaksikan mereka hanya ketinggalan 36.8 mata di belakang AS yang meraih perak. China pula menang emas dengan 2,674.18 mata.
Acara itu dimenangi penerjun China, He Zi-Wang Han yang mengatasi penerjun Russia, Olena Fedorova-Anna Pysmenska (perak) dan Bianca Alvarez-Carrie Dragland (gangsa).
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan