Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Rekod lebur

Posted:

Rekod lebur

Rekod lebur

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my


KESEBELASAN utama skuad Olimpik negara yang tewas 1-4 kepada kelab Divisyen Satu Hungary, Budapest Honved pada aksi persahabatan kelmarin.


REKOD cemerlang skuad bola sepak Olimpik negara di Slovakia lebur.Meskipun diperkuatkan dengan enam 'otai' dalam aksi persahabatan keempat tersebut, ia tidak dapat membantu skuad bimbingan Ong Kim Swee itu mengekalkan rentak kemenangan.

Enam 'otai' itu baru menyertai skuad di Slovakia selepas selesai tugas dengan skuad Harimau Malaya pada kempen kelayakan Piala Dunia 2014.

Pada aksi keempat kelmarin, skuad Olimpik tewas 1-4 kepada kelab Divisyen Satu Hungary, Budapest Honved.

Kekalahan itu pastinya menjadi pengajaran berguna buat pemain muda setelah cemerlang menewaskan tiga kelab Slovakia sebelum ini, Bodva Moldava 1-0, Topvar Topolcany 2-1 dan Liptovsky Mikulas 2-1.

Bagi jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee, kekalahan sulung pada siri aksi persahabatan dan latihan selama sebulan di Slovakia itu seharusnya dijadikan pengajaran kepada pemain tertentu.

"Kecuaian di barisan pertahanan dan hilang konsentrasi menyebabkan kita dibolosi dengan mudah. Sikap ambil mudah sesetengah pemain menyebabkan kita menerima padah.

"Pada separuh masa kedua barulah permainan lebih teratur terutama dengan kemasukan Shukor Jusoh, Nazmi Faiz Mansor dan Ahmad Fakri Saarani.

"Secara keseluruhan, kita mampu bersaing jika semua pemain menunjukkan sikap yang serius, terutamanya pada babak pertama," kata Kim Swee ketika dihubungi Kosmo! di Slovakia semalam.

Honved mendahului 3-0 pada babak pertama menerusi sepakan penalti Ivancsies Gelleri minit ke-9, gol sendiri Mahali Jasuli (31) dan Lukas Zelenka (45).

Wan Zack Haikal Wan Nor menjaringkan gol tunggal skuad negara pada minit ke-54 sebelum Honved meledak gol keempat menerusi Cirino Danies (61).

Biarpun mempertaruhkan enam pemain kebangsaan dalam kesebelasan utama, Kim Swee tidak dapat menurunkan dua tonggak utamanya, Gary Steven Robbat dan Irfan Fazail akibat kecederaan.

"Tiga lagi perlawanan selepas ini akan saya pergunakan untuk menilai strategi serta kesungguhan dan keinginan beberapa pemain sebelum membuat penentuan kesebelasan menentang Jepun (21 September).

"Masa agak singkat walaupun kita mempunyai masa sebulan lebih lagi yang mana saya mahu menumpukan kepada strategi dan bukan lagi individu," jelas Kim Swee.

Dalam misi seterusnya, skuad Olimpik negara akan menentang tiga lagi kelab Liga 1 Slovakia iaitu Dolny Kubin (16 Ogos), Nitra (23 Ogos) dan Levice (26 Ogos).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Dilema Perak berakhir

Posted:

Dilema Perak berakhir

Dilema Perak berakhir

Oleh KAMARUDDIN ISMAIL
sukan@kosmo.com.my


Pemain yang dipinjam oleh Perak (dari kanan ) Mohd. Hafiszuan Salehuddin (Perlis), Mohd. Failee Mohd. Ghazli (USM) dan Muhammad Rafiuddin Roddin (Harimau Muda A) bagi menghadapi kempen Piala Malaysia 2011.


PERAK lega dengan kehadiran tiga pemain pinjaman bagi mengisi kekosongan lima pemain yang digantung oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi menghadapi kempen Piala Malaysia bermula 6 September depan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Zainol Fadzi Paharudin memberitahu, penjaring terbanyak pasukan Universiti Sains Malaysia (USM), Mohd. Failee Mohd. Ghazli adalah antara pemain yang di- pinjam bagi memantapkan skuad Seladang.

Zainol berkata Mohd. Failee akan digandingkan dengan Mohd. Shafiq Jamal dalam usaha memperkemaskan jentera serangan dengan ketiadaan penjaring terbanyak, Akmal Rizal Ahmad Rakhli.

Perak menerima tamparan hebat apabila Akmal Rizal bersama-sama ketua pasukan, Shahrulnizam Mustapha; penjaga gol, Mohd. Nasril Nurdin; pemain tengah, Mohd. Syazwan Roslan dan pemain pertahanan, Azmeer Yusoff digantung tujuh perlawanan.

Kelima-lima pemain itu digantung gara-gara terlibat dalam in- siden mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah kepada pengadil perlawanan, Mohd. Sabri Mat Lazim dalam perlawanan Liga Super antara Perak dengan Sabah di Stadium TLDM, Lumut pada 19 Mei lalu.

Penyerang lincah USM itu telah menjaringkan 11 gol dalam kempen Liga Perdana yang berakhir pada bulan Jun lalu.

Selain Mohd. Failee, Perak turut meminjam pemain tengah Perlis, Mohd. Hafiszuan Salehuddin dan pertahanan Harimau Muda, Muhammad Rafiuddin Roddin.

Zainol berkata, ketiga-tiga pemain yang dipinjam itu diharapkan mampu mempertajamkan barisan serangan yang semakin hilang bisanya di penghujung Liga Super lalu.

"Perak perlukan barisan serangan yang lebih berbisa bagi me- nyaingi Sabah dan Kedah," jelas Zainol.

Perak berada dalam Kumpulan A bersama-sama Sabah, Kedah dan Johor dalam saingan Piala Malaysia nanti.

Presiden Pafa itu memberitahu bahawa pemilihan ketiga-tiga pemain berkenaan dilakukan ketua jurulatih, Norizan Bakar bersama-sama beberapa pembantunya pada akhir bulan lalu.

"Seramai lapan pemain telah hadir dalam sesi pemilihan tersebut dan Mohd. Failee, Mohd. Hafiszuan dan Muhammad Rafiuddin menjadi pilihan Perak," kata Zainol.

"Perak berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan oleh ketiga-tiga pemain berkenaan dalam sesi pemilihan pada penghujung Julai lalu."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Basikal yakin bawa pulang pingat

Posted:

Basikal yakin bawa pulang pingat

Basikal yakin bawa pulang pingat


AZIZULHASNI tidak beraksi di Shenzhen tetapi skuad basikal tetap yakin membawa pulang pingat tanpa kehadirannya.


SHENZHEN - Pasukan lumba basikal negara tetap yakin untuk membawa pulang se- butir pingat tanpa mengira warna pada temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2011 di Shenzhen, China.

Pengurus pasukan, Mohd. Zufri Yazid berkata, sasaran pingat tetap ada meskipun tanpa kehadiran jaguh pecut negara, Mohd. Azizulhasni Awang yang menarik diri pada saat- saat akhir.

"Pada awalnya, sasaran pingat dalam acara lumba basikal diletakkan kepada Azizulhasni," kata Zufri yang ditemui di Perkampungan Sukan Universiade 2011 semalam.

"Begitupun, saya rasa tanpa Azizulhasni pun kita masih mampu untuk menyumbang sebutir pingat tanpa sebarang warna pada penampilan kali ini."

Zufri berkata, sasaran pingat negara disandarkan kepada pelumba elit, Mohammad Akmal Amrun, Muhammad Rauf Nur Misbah dan Kimbeley Yap dalam acara trek pada Jumaat ini.

Selain beraksi dalam dua acara trek iaitu persuit individu dan perlumbaan mata, ketiga-tiga pelumba ini juga menyertai acara lebuh raya.

Menurut Zufri, para pelumba negara dijangka tidak menghadapi sebarang masalah untuk menyertai acara trek kerana mereka telah menjalani latihan intensif di Chiang Mai, Thailand sebelum ini.

Bagaimanapun, para pelumba mungkin menghadapi sedikit masalah dalam acara lebuh raya kerana setakat ini mereka belum ber- peluang menguji laluan sebenar sejauh 160 kilometer yang akan bermula pada 15 Ogos ini.

"Kami baru sampai di sini (Shenzhen) pagi semalam (kelmarin). Setakat ini kami hanya menjalani latihan ringan dan rancangan untuk menguji laluan sebenar dalam acara lebuh raya tidak dapat dilakukan kerana hujan pagi ini (semalam).

"Tetapi saya sempat meninjau laluan itu dan yakin pelumba negara mampu melakukan sesuatu kerana laluan itu sedikit beralun. Ada beberapa peringkat pendakian tetapi tidak begitu mencabar.

"Saya harap, Akmal mampu menyumbang pingat buat kontinjen negara, terutamanya dalam acara perlumbaan mata yang dianggap sebagai kekuatannya."

Zufri berkata, selepas tamat temasya ini, pada pelumba akan meneruskan latihan di Chiang Mai sebagai persiapan untuk menghadapi temasya Sukan SEA di Indonesia pada akhir tahun ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan