Kosmo Online - Sukan |
Posted: 'Jangan rasa gundah-gulana'Oleh LUQMAN HAKIM AB. RAHIM
KEKUATAN mental jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei kembali menjadi buah mulut para peminat sukan tanah air. Ia gara-gara kekalahan Chong Wei kepada kepada musuh tradisinya, Lin Dan pada aksi final Kejohanan Badminton Dunia di Arena Tertutup Wembley, London Ahad lalu. Berdepan Lin Dan, Chong Wei yang juga pemain No. 1 dunia sekali lagi gagal menyaingi ketangkasan bintang China itu dalam pertarungan tiga set yang memakan masa 82 minit. Pada suatu ketika, Chong Wei dilihat mampu menumbangkan Lin Dan, namun dia tidak berjaya menamatkan perlawanan meskipun sudah berada pada mata akhir di set ketiga. Meskipun Chong Wei dua kali berada pada kedudukan mata akhir iaitu 20-19, 21-20, nasib ternyata tidak menyebelahi anak kelahiran Pulau Pinang itu. Justeru, ada pihak yang beranggapan bahawa jaguh perseorangan negara itu sekali lagi dibayangi dengan kekuatan mental Lin Dan yang kini memiliki rekod kemenangan 16-8 ke atasnya. Sungguhpun demikian, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (gambar kecil) menolak tanggapan tersebut kerana menganggap kekuatan mental Chong Wei sudah cukup kuat apabila mampu melangkah ke pentas final. Katanya, melangkah ke final dengan mengalahkan juara bertahan, Chen Jin pada aksi separuh akhir sudah membuktikan betapa Chong Wei berada pada landasan yang tepat untuk memenangi kejuaraan dunia. "Tetapi jangan lupa, dalam setiap permainan, apa-apa saja boleh berlaku, dengan sistem perkiraan tersebut, jurang mata yang besar bukan suatu yang boleh beri kelebihan kepada pemain. "Saya tidak rasa Chong Wei ada masalah dalam kekuatan mental kerana dia sudah buktikan dia kuat dengan mengalahkan pemain yang hebat sebelum ini dan memenangi banyak kejohanan," kata Ahmad Shabery ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Kementerian Belia dan Sukan di Institut Kema- hiran Belia Negara, Dusun Tua kelmarin. Ahmad Shabery menyifatkan kekalahan Chong Wei bukan sesuatu yang memalu- kan kerana jaguh negara itu sudah menampilkan aksi terbaik dan menunjukkan peningkatan yang matang dalam permainan. Katanya, Chong Wei menunjukkan peningkatan yang besar berbanding dengan rekod sebelum ini yang menun- jukkan Chong Wei mudah ditewaskan oleh musuh utama- nya itu. Menurutnya lagi, tumpuan Chong Wei sekarang adalah untuk membawa pulang pingat emas pertama negara pada temasya Sukan Olimpik 2012 di London. "Tiada sebab untuk merasa gundah-gulana kerana yang penting tumpuan kepada Sukan Olimpik tahun depan. Memasuki pentas akhir sudah dikirakan pencapaian terbaik untuk Chong Wei. "Saya penuh yakin Chong Wei tidak akan patah semangat dan teruskan perjuangan. Yang penting adalah membawa pulang emas Sukan Olimpik," tambahnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. | |
Skuad hoki mula pamer kematangan Posted: Skuad hoki mula pamer kematanganJURULATIH skuad hoki negara, Tai Beng Hai menyifatkan lima siri perlawanan ujian dengan Jepun baru-baru ini banyak memberi gambaran positif tentang keupayaan sebenar anak- anak buahnya. Dalam lima siri ujian tersebut, Malaysia kalah 1-2 pada dua perlawanan pertama yang dijalankan ketika pemain menjalani ibadah puasa. Begitupun, skuad negara bangkit mencatat kemenangan 4-1 dan 3-2 dalam dua pertemuan berikutnya sebelum seri 2-2 pada aksi terakhir Ahad lalu. Siri ujian dengan pasukan yang menghuni ranking ke-16 dunia itu adalah antara persiapan awal Malaysia dalam menghadapi kempen Kelayakan Olimpik 2012 awal tahun depan. Ia juga platform terbaik bagi Beng Hai mencuba gandingan baharu sebelum menyertai Trofi Juara-Juara Asia 2011 di Ordos, China bermula 3 hingga 12 September depan. "Dalam lima siri ujian ini, saya telah mencuba seberapa banyak mungkin kombinasi pemain, terutamanya di barisan serangan," kata Beng Hai. "Saya lihat ada beberapa kombinasi percubaan ini berjaya membuahkan hasil, namun masih ada juga yang masih perlu diperbaiki lagi. "Apa pun, bagi saya perlawanan ujian ini telah berjaya menunjukkan potensi sebenar yang ada dalam pasukan ini. Cuma perlu berusaha meningkatkan lagi corak permainan apabila turun pada Trofi Juara-Juara Asia bulan depan," tambahnya lagi. Dalam Trofi Juara-Juara Asia yang kali pertama diperkenalkan itu, Malaysia akan berdepan cabaran pasukan gergasi rantau ini seperti juara Sukan Asia, Pakistan, Korea Selatan, India, China dan Jepun. Kejohanan itu dilihat medan terbaik untuk Beng Hai menilai keupayaan sebenar skuad bimbingannya dalam kalangan pasukan-pasukan yang berada di ranking lebih baik daripada Malaysia (no. 15 dunia). "Pada perlawanan terakhir Ahad lalu, saya masukkan pemain-pemain muda ketika kita mendahului 2-0 kerana saya mahu memberi mereka lebih peluang beraksi. "Saya juga mahu merehatkan pemain-pemain utama kita daripada mengalami kecederaan. "Kita perlu memastikan pemain utama cergas bukan sahaja untuk kejohanan di China ini, malah juga Caba- ran Juara-Juara (November) dan juga kelayakan Olimpik tahun depan," jelas Beng Hai. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. | |
Australia halangan utama Malaysia Posted: Australia halangan utama MalaysiaOleh WAN FAKHRUL BAKAR MAIZAL (kanan) berdepan tugas sukar bagi membentuk skuad terbaik menjelang Pusingan Kelayakan Zon ASEAN Kejuaraan Futsal Asia 2012 pada Disember depan. MALAYSIA diundi dalam Kumpulan B bersama Australia, Vietnam dan Kemboja bagi Pusingan Kelayakan Zon ASEAN Kejuaraan Futsal Asia 2012 di Bangkok, Thailand dari 26 November hingga 1 Disember depan. Manakala Kumpulan A pula menam- pilkan tuan rumah, Thailand, Indonesia, Filipina dan Myanmar. Dua pasukan teratas setiap kumpu- lan akan mara ke separuh akhir dengan hanya tiga pasukan terbaik akan layak ke pusingan akhir di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dari 12 hingga 22 Mei tahun depan. Pada Pusingan Kelayakan Zon ASEAN edisi sebelum ini yang berlangsung di Jakarta, Indonesia pada Februari 2010, Malaysia gagal ke pusingan akhir setelah tewas 3-6 kepada Vietnam pada aksi penentuan tempat ketiga. Namun jurulatih skuad futsal kebangsaan, Maizal Hairi Marzuki tidak menganggap laluan Malaysia kali ini terlalu sukar dan yakin anak-anak buahnya mampu menyaingi kekuatan Australia dan Vietnam. "Pada kelayakan sebelum ini, kami sama kumpulan dengan Vietnam, Kemboja dan Filipina. Kali ini kami diundi sekali lagi bersama Vietnam dan Kemboja serta Australia. "Rasanya saingan Kumpulan B ini tidak berapa sukar kerana Vietnam sama tahap dengan kita dan Australia mampu kita cabar walaupun sudah lama tidak bertemu mereka. "Cuma yang menjadi masalah, kita kekurangan aksi di kejohanan antara- bangsa selama lebih setahun dan kini dalam proses membina pasukan dengan menyenaraikan ramai muka baharu. "Apa pun diharap penyertaan pada satu kejohanan jemputan di Vietnam pada September, aksi persahabatan di Bangkok pada Oktober dan saingan Sukan SEA pada November depan mampu memberi momentum kepada pasukan. "Jadi, saya tagih komitmen pemain untuk bersungguh-sungguh layak ke pusingan akhir kali ini," kata Maizal se- lepas majlis undian semalam. Seramai 24 pelatih kini sedang menjalani latihan pusat di Kompleks Sukan Triways, Padang Jawa, Shah Alam se- jak 7 Ogos lalu sebagai persiapan untuk mempertahankan pingat perak Sukan SEA pada November depan. Maizal mengekalkan lapan pemain lama - Mohd. Fairuz Mohd. Noor, Akh- mall Abdullah, Qaiser Heshaam Abdul Kadir, Muizzudin Haris, Ruzaley Abd Aziz, Safar Muhamad, Firdaus Razali dan Khairul Ridzuan Harif. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan