Utusan Online - Sukan |
Emas Olimpik mampu sembuh luka Posted: Emas Olimpik mampu sembuh lukaOleh Norzie Mohd. Khasbi kekecewaan jelas di wajah Lee Chong Wei sejurus tiba di KLIA, semalam setelah kalah kepada Lin Dan pada Kejohanan Dunia di London, kelmarin. – UTUSAN/Zulkarnain Mohd. Saidin KUALA LUMPUR - Biarpun kekecewaan pada kejohanan Dunia akan mengambil masa untuk sembuh, jaguh No. 1 dunia Datuk Lee Chong Wei mahu memandang ke depan dengan melancarkan misi memburu pingat emas Sukan Olimpik 2012, sebaik tiba di tanah air semalam. Mengakui amat kecewa kerana melepaskan peluang keemasan untuk menghadiahkan gelaran Dunia pertama buat Malaysia, Chong Wei menegaskan, dia cuba untuk tidak terbawa-bawa dengan kekalahan terbaru kepada bintang China, Lin Dan sebaliknya kembali ke gelanggang secepat mungkin dan menyiapkan diri untuk berdepan tugas yang lebih besar tahun depan. Gagal merangkul gelaran dunia pada 2011, belum menutup peluang Chong Wei untuk berusaha memenanginya dalam percubaan ketujuh pada 2013. Tegas Chong Wei, dia tidak boleh membenarkan kekalahan di Arena Wembley, London kelmarin, menganggu fokusnya untuk melakar kegemilangan di gelanggang yang sama tahun depan kerana dalam kariernya tiada kejuaraan lain yang lebih besar untuk direbut, kecuali emas Olimpik. "Memang saya amat kecewa dengan diri sendiri kerana saya sudah terlalu hampir untuk menang, tetapi gagal menamatkan permainan. Saya sudah memberikan yang terbaik semalam (kelmarin) dan saya rasa ia antara perlawanan terbaik antara saya dengan Lin Dan. "Adalah amat penting buat saya untuk segera menerima hakikat kekalahan itu. Saya kena melihat masa depan, segera bangkit dan kembali memulakan persiapan kerana ada tugas lebih besar yang menanti saya selepas ini, iaitu Sukan Olimpik tahun depan. "Sekarang ini, saya sangat letih, saya mahu berehat seminggu sebelum kembali ke gelanggang latihan. Sebaik mula berlatih, saya mahu pastikan saya sudah melupakan perkara pahit, dan terus bersikap positif. Saya akan bekerjasama rapat dengan ISN (Institut Sukan Negara), MSN (Majlis Sukan Negara) serta BAM (Persatuan Badminton Malaysia) untuk merangka strategi baru menghadapi Olimpik,'' ujar Chong Wei, ketika tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), Sepang semalam. Menurut Chong Wei, jurang permainan dengan Lin Dan kini tidak lagi timbul, kerana mereka memiliki keupayaan setanding. Perkara yang perlu diberi tumpuan cuma menguatkan mental, apatah lagi pemain China sentiasa memiliki kelebihan apabila beraksi pada kejohanan besar. Katanya, cabaran utama yang bakal dihadapi pada Sukan Olimpik tahun depan bukan sekadar Lin Dan, tetapi pemain-pemain utama negara itu yang lain seperti Chen Jin, Chen Long dan Bao Chunlai, yang mampu menyokong satu sama lain, terutama ketika undian dilakukan, berbanding beliau yang bersendirian memikul cabaran. "China ada empat pemain pada Kejohanan Dunia dan mereka boleh saling membantu. Saya jangkakan perkara yang sama akan berlaku pada Sukan Olimpik nanti, sebab itu saya kena mengatur strategi yang betul untuk berdepan cabaran-cabaran ini. "Apabila bersendirian, ia memang memberi tekanan tambahan buat saya tetapi yang paling utama sebenarnya adalah masalah sparring (rakan sepelatih). Pemain-pemain China mempunyai sparring yang lebih berkualiti dibanding saya, namun selama ini saya masih boleh bermain baik dengan apa yang saya ada sekarang, harap saya boleh kekalkan keadaan itu,'' katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Posted: MSN setuju bayar gaji HarunOleh FERZALFIE FAUZI KUALA LUMPUR - Majlis Sukan Negara (MSN) bersetuju membayar tunggakan gaji ketua jurulatih olahraga kebangsaan, Harun Rasheed sebanyak RM20,000 selepas perkara itu dipersetujui pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) bersama Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) semalam. Tunggakan gaji tersebut adalah dari Januari hingga Mei lalu, selepas Harun dikatakan 'menghilangkan diri' sebaik sahaja beberapa atlet olahraga dilaporkan melarikan diri daripada menjalani ujian doping di Institut Sukan Negara (ISN). Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong berkata, kegagalan MSN melunaskan gaji disebabkan Harun tidak menandatangani kontrak baru pada Mei lalu kerana dia 'menghilangkan' diri. "Ketika itu kami tidak sempat untuk menandatangani kontrak bersamanya kerana dia menghilangkan diri, bagaimanapun selepas mesyuarat sebentar tadi semuanya selesai dan MSN akan membayar tunggakan tersebut," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat semalam. Sebelum ini, Harun meminta MSN supaya membayar gajinya yang tertunggak. Dia yang mengambil sikap berdiam diri, terpaksa berkhidmat sebagai jurulatih tanpa dibayar gaji selama lapan bulan sejak Januari lepas dan jumlah tunggakan kini mencecah RM32,000. "MSN akan memastikan bayaran ini dibuat selewat-lewatnya minggu depan dan dia akan menyambung tugasnya seperti biasa sebagai ketua jurulatih olahraga serta mempersiapkan atlet untuk Sukan SEA November ini. "Hasil persetujuan bersama MSN dan KOAM dalam mesyuarat hari ini, tugas Harun juga tidak hanya tertumpu kepada atlet tertentu sahaja. "Tugasnya perlu menyeluruh dan jurulatih, Tan Kok Lim akan mengambil alih melatih kuartet 4x100 wanita," katanya. Zolkples berkata, mesyuarat tersebut juga membincang dengan panjang lebar dan setuju untuk membenarkan atlet olahraga mengadakan fasa terakhir latihan di Kompleks Sukan Ranau, Sabah. "Bagaimanapun perkara ini akan dinilai semula sama ada kompleks tersebut bersedia untuk dijadikan fasa latihan terakhir sebelum Sukan SEA. "Namun kami juga telah bersetuju untuk menggunakan gelanggang pertandingan di sana sebagai tempat latihan. "Selain itu terdapat beberapa atlet akan mengadakan latihan di luar negara termasuk Noraseela Khalid di Afrika Selatan, Lee Hup Wei di Jerman, Tan Boon Lim di Kunming manakala skuad 4x100 meter wanita, yang dibarisi Siti Fatimah Mohamad, Siti Zubaidah Adabi, Yee Li Leng Nurul Sarah Abd. Kadir dan Nor Jannah Hafiszah Jamaludin juga akan menjalani latihan di luar negara," katanya. Lokasi latihan bagi kuartet 4x100m wanita belum pasti sama ada di Bulgaria atau Afrika Selatan, bergantung kepada keputusan KOAM, berikutan masa sudah semakin suntuk. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan