Sukan
Kini tumpuan saya pastikan Selangor ke suku akhir, finalWAJIB menang. Hanya itu yang menjadi fokus pemain tengah Selangor, Safiq Rahim serta rakan-rakan apabila turun menentang Kuala Lumpur pada aksi terakhir Kumpulan D di Stadium Shah Alam, malam ini.
Seri atau tewas hanya akan menyaksikan Misi 33 Gergasi Merah Kuning berkubur sambil terpaksa merelakan seteru Lembah Kelang, Kuala Lumpur mengiringi T-Team ke suku akhir Piala Malaysia, 10 dan 14 Oktober depan.
Kami kini dalam situasi cukup positif selepas kemenangan 4-1 ke atas Polis, Sabtu lalu. Harap segala-galanya menjadi apabila berdepan Kuala Lumpur. Saya yakin tetapi tidaklah terbawa-bawa, kata Safiq ketika dihubungi, semalam. Kapten skuad kebangsaan yang tidak disenaraikan Datuk K Rajagobal untuk aksi persahabatan menentang Australia, 7 Oktober depan itu turut berkata tumpuannya kini hanyalah untuk menjulang trofi Piala Malaysia buat kali pertama bagi dirinya.
Apabila tidak dipanggil menyertai kem skuad kebangsaan kali ini, pastinya tumpuan penuh akan saya berikan untuk memastikan Selangor mara ke suku akhir, dan kalau boleh hingga ke final.
Saya sanggup bersabar untuk menjalani ujian percubaan di Cardiff City kerana mahu fokus terhadap Piala Malaysia. Jika diikutkan perancangan, saya akan ke Cardiff penghujung Oktober depan, jelas Safiq.
Ditanya mengenai formasi 4-3-3 yang diterapkan jurulatih baru, P Maniam, pemain 24 tahun itu berkata, dia seronok dengan peranannya selaku pemain tengah menyerang bersama Azidan Sarudin untuk membantu penyerang tunggal, Amri Yahyah.
Formasi baru ini tampak menjadi ketika bertemu Polis. Tapi masih banyak perlu dipertajamkan lagi. Tetapi saya sendiri mula menemui keyakinan selepas menjaringkan gol sulung dalam Piala Malaysia, Sabtu lalu, katanya.
Komen Anda
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen
Khairul Azlan
kl leh menang dan seri serta layak ke suku akhir
MUHAMMAD ASRUL BIN ABDULLAH
semoga selangor layak ke suku akhir... sbg anak jati sel,..sy doakan kejayaan mlm ni.
safiq.. kuatkan semangkat dan bukti kpd Dato Rajagobal.. anda still pemain terbaik Negara
Yusoff
Go Red Giant!!!Berjuang hingga ke tiupan wisel penamat dengan semangat juang tinggi untuk kemenangan, Selangor BOLEH!
ABD SHUKOR
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA...UCAPAN INI DITUJUKAN KPD SAYA..SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..
0 ulasan:
Catat Ulasan