Harian Metro: Arena |
Posted: 26 Sep 2011 10:38 AM PDT "PELIK betul apabila atlet yang mengikut arahan mahu digugurkan sedangkan yang ingkar tidak dikenakan sebarang tindakan." Demikian luahan kekesalan salah seorang Ahli Majlis Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), S Rajasegram yang kesal dengan tindakan terbaru KOM mahu menggantikan tiga daripada lima pelari kuartet 4x100 meter wanita sedia ada iaitu Siti Fatimah Mohammad, Siti Zubaidah Adabi dan Yee Yi Ling dengan dua pelari baru.
Namun apa yang mencetuskan rasa tidak puas hati Rajasegram ialah mengapa tiga pelari yang mengikut arahan dengan berlatih bersama jurulatih, Tan Kok Lim dan bukan lagi di bawah kendalian Harun Rasheed Othman seperti yang dipersetujui pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) antara KOM dan Majlis Sukan Negara (MSN), bulan lalu mahu disingkirkan.
"Tidakkah situasi ini sesuatu yang amat pelik? Kenapa perkara seperti ini boleh berlaku sedangkan tiga pelari ini mengikut keputusan yang diputuskan pada mesyuarat JKK baru-baru ini.
"Presiden KOM (Datuk Seri Shahidan Kassim) yang bawa cadangan itu dalam mesyuarat JKK dan kini presiden pula yang setuju untuk gugurkan mereka bertiga," kata Rajasegram yang juga Setiausaha Persatuan Olahraga Amatur Johor (POAJ).
|
Posted: 26 Sep 2011 10:34 AM PDT SELEPAS diibaratkan mati hidup semula, pemain tengah Selangor, Mohd Safiq Rahim tidak mahu kebangkitan saat akhir gergasi merah itu hanya 'hangat-hangat tahi ayam'. Baginya, pemain Selangor kembali mendapat keyakinan hasil kemenangan ke atas Polis, 4-1 Sabtu lalu untuk meneruskan kempen meraih tempat ke suku akhir Piala Malaysia sekali gus menyalakan impian misi 33 yang dicanang sejak awal lagi.
Malah pasukan lawan yang dibimbing Razip Ismail itu berjaya mengikat mereka dengan keputusan 0-0 pada perlawanan pertama 13 September lalu.
Sebelum mencatat kemenangan ke atas Polis, peluang Selangor sebelum itu tampak sukar selepas hanya mencatat satu kemenangan manakala seri sekali dan kalah dua kali. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan