Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Penentuan hidup mati Selangor

Posted:

Penentuan hidup mati Selangor

Penentuan hidup mati Selangor

Oleh AIZAWATI AHMAD
sukan@utusan.com.my


MOHD. Amri Yahyah digalas tugas mengemudi rakan sepasukan untuk memastikan Selangor meraih tiga mata penuh apabila menentang Kuala Lumpur di Stadium Shah Alam hari ini.


KUALA LUMPUR - Di atas kertas, Selangor sepatutnya tiada masalah untuk menewaskan skuad ibu kota, Kuala Lumpur pada perlawanan terakhir Kumpulan D bagi mengisi slot suku akhir Piala Malaysia, hari ini.

Namun, peneraju baru Red Giants, P. Maniam enggan mendabik dada bagi menghadapi perlawanan getir di Stadium Shah Alam, kerana menyedari Selangor amat memerlukan kemenangan.

Apa yang mencemaskan, jika seri hari ini, ia membuka laluan buat Kuala Lumpur ke suku akhir.

Maniam berkata, skuad bimbingan Razip Ismail, Kuala Lumpur bukan pasukan yang mudah untuk dikalahkan.

"Kuala Lumpur memiliki barisan pemain yang bagus. Begitupun saya yakin selepas kami mencatat kemenangan selesa 4-1 ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM), semalam (kelmarin), keyakinan para pemain berada pada tahap tertinggi," katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, tumpuan para pemain juga berada pada tahap terbaik dan masing-masing bersemangat untuk mencatat kemenangan bagi memastikan Selangor layak ke pusingan seterusnya.

"Apa yang penting adalah kemahuan untuk bermain dengan bersungguh-sungguh, semangat itu kena ada dalam diri para pemain," ujarnya.

Selangor berada pada kedudukan genting apabila menghuni tangga ketiga Kumpulan D dengan 7 mata di belakang Kuala Lumpur (9 mata) dan T-Team yang sudah mengesahkan slot suku akhir.

Maniam, yang menggantikan K. Devan berkata, pemain tonggak seperti Safiq Rahim, Amirul Hadi Zainal dan ketua pasukan, Amri Yahya membuktikan kesungguhan ketika menentang PDRM tempoh hari.

Malah, katanya, pemain lain seperti Bunyamin Omar dan Azidan Sarudin turut memberikan persembahan terbaik buat pasukan.

Mengulas mengenai barisan kemungkinan menentang Kuala Lumpur, Maniam menjelaskan, dia tidak akan melakukan perubahan besar dalam pasukannya dan dijangka mengekalkan kesebelasan yang sama ketika menentang PDRM.

"Saya tidak bimbang mengenai perancangan Selangor menentang Kuala Lumpur esok kerana kami memiliki banyak pilihan," jelasnya.

Sathia bimbing ATM

Posted:

Sathia bimbing ATM

Sathia bimbing ATM

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my


B. Sathianathan menyerahkan dokumen perjanjian kepada Zulkifeli Mohd. Zin pada majlis menandatangani kontrak sebagai jurulatih ATM di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR - Bekas jurulatih kebangsaan dan Kelantan, B. Sathianathan menyertai pasukan berstatus Liga Perdana, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan azam menjulang skuad barunya itu.

Dengan dibantu tiga penolong jurulatih iaitu Kamaruddin Mohd. Nor, Shahrin Majid dan Abdul Hamid Ramli, Sathianathan berkata, dia mengintai sekurang-kurangnya tiga pemain berstatus pemain skuad kebangsaan bagi menguatkan cabaran ATM, yang menduduki tempat ketujuh Liga Perdana musim ini.

Sathia berkata, keputusannya menyertai ATM adalah atas faktor keluarga, selain kagum dengan misi jangka panjang ATM untuk muncul antara pasukan terbaik dalam bola sepak tempatan.

"Selama ini saya kerap berjauhan dengan keluarga (di Subang). Tahun ini anak saya akan menduduki peperiksaan, selain itu saya juga baru berkahwin.

"Apabila ATM menyatakan minat terhadap saya, saya berbincang dengan Presiden KAFA (Persatuan Bola Sepak Kelantan), Tan Sri Annuar Musa.

"Saya menerima cabaran melatih ATM kerana saya memang sukakan cabaran.

"Misi saya mahu membawa kejuaraan Liga Perdana musim depan buat ATM selain melangkah sejauh yang boleh dalam Piala Malaysia dan Piala FA, " katanya pada Majlis Tandatangan Kontrak Jurulatih Bola Sepak ATM Musim 2012 di Wisma Pertahanan, semalam.

Hadir sama ialah Presiden Bola Sepak ATM, Tan Sri Jeneral Zulkifeli Mohd. Zin.

Sathia mengesahkan dia berjaya menyambar seorang pemain import dari benua Amerika Selatan, namun enggan mendedahkan identiti pemain berkenaan.

Dia juga mengesahkan sedang merisik tiga pemain yang beraksi bersama skuad Harimau Malaya.

"Seorang lagi pemain import akan saya putuskan selepas mengkaji kelemahan dalam pasukan ATM, ia mungkin pemain pertahanan atau tengah, itu saya belum pasti," katanya.

Beliau juga menegaskan tidak akan mengambil pemain Kelantan.

"Perkara ini saya bincang dengan Tan Sri (Annuar Musa) sebelum ke ATM, melainkan saya mengambil pemain mereka secara pinjaman terutama skuad Piala Presiden, " ujarnya.

ATM akan menggunakan Stadium Majlis Bandar Raya Petaling Jaya (MBPJ) sebagai gelanggang tuan rumah pada musim hadapan selepas beberapa musim beraksi di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan