Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Kinta Ekspres II'

Posted: 05 Oct 2011 04:54 PM PDT

Sukan

Safee tekad ulangi ledakan Ravindran 19 tahun lalu

PENYERANG sensasi negara, Safee Sali akur dia berada pada tahap prestasi terbaik mengulangi kejayaan P Ravindran untuk menggegar gawang Australia pada aksi persahabatan antarabangsa di Canberra, esok.

Ketika Malaysia menewaskan Australia 1-0 pada final Piala Kemerdekaan Indonesia di Jakarta pada 1992, Ravindran yang digelar 'Kinta Ekspres' menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-70 hasil hantaran ketua pasukan, Zainal Abidin Hassan. Ia pertemuan terakhir kedua-dua pasukan dengan Malaysia hanya menang sekali itu tetapi tewas semua lima aksi terdahulu iaitu 0-1 (1965), 0-3 (1965), 0-1 (1967), 0-4 (1967) dan 0-5 (1982).

Esok, harapan untuk menggegar gawang Socceroos dikawal Adam Federici atau Nathan Coe pasti diletak di atas bahu Safee, 27, yang menjaringkan dua gol ketika bertemu Liverpool serta tiga gol pada aksi timbal balik kelayakan Piala Dunia menentang Singapura, Julai lalu.

"Sudah tentu saya mahu bantu pasukan memberi satu persembahan terbaik. Seboleh-bolehnya kami mahu cipta kejutan ke atas Australia dan secara peribadi saya cuba untuk menjaringkan gol."


Tiada lagi masalah berpuak: Welbeck

Posted: 05 Oct 2011 04:52 PM PDT

Sukan

Danny Welbeck

Danny Welbeck

MENJELANG pertembungan England menentang Montenegro dalam kelayakan Euro 2012, esok, pemain muda, Danny Welbeck percaya semangat sepasukan di kalangan rakan skuad The Three Lions makin tinggi.

Penyerang Manchester United itu tampil bersuara isu 'berpuak-puak' dalam pasukan tidak wujud lagi dan ini harus satu perkhabaran melegakan buat pengurus, Fabio Capello.

Bekas bintang England, Paul Scholes mendedahkan dalam autobiografi, baru-baru ini bahawa pemain sebelum ini hanya duduk dan berbual sesama rakan kelab dan jarang bergaul dengan pemain lain. "Saya tidak merasai suasana seperti itu dan harap-harap tidak," kata Welbeck.
"Saya kawan baik Andy Carroll (Liverpool) dan bercakap dengannya. Saya tidak berasa apa-apa sifat membenci kelab berkenaan. Begitu juga dengan Micah Richards, mereka semua baik."

Selain pertemuan England-Montenegro, pasukan lain yang menjadi tumpuan adalah Jerman yang bakal menentang Turki dalam saingan Kumpulan A di gelanggang lawan, juara dunia, Sepanyol menentang Republik Czech dalam Kumpulan I dan Perancis bertemu Albania. – Agensi


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan