Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Tetap waspada

Posted: 05 Oct 2011 10:01 AM PDT

PENJAGA gawang Australia, Adam Federici mengingatkan rakan sepasukan supaya tidak memperlekehkan keupayaan Harimau Malaya meskipun di atas kertas jurang antara kedua-dua pasukan amat ketara.

Australia, naib juara Piala Asia tahun ini menduduki ranking ke-19 dunia manakala Malaysia yang dibimbing Datuk K Rajagobal pula terperosok di tangga ke-147 dunia.


Biarpun Malaysia kembali mencipta nama di rantau Asia Tenggara dengan menjuarai Piala Suzuki AFF Disember lalu, kehebatan Harimau Malaya itu belum cukup untuk menghadirkan gerun kepada Socceroos.

Namun bagi Federici yang beraksi bersama kelab Liga Kejuaraan, Reading, biarpun tidak terlalu mengenali penggempur utama Malaysia, Mohd Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha, dia tetap waspada dalam aksi persahabatan antarabangsa di Canberra esok.


"Semua pasukan kebangsaan yang anda temui adalah bagus, pemain-pemain mereka cergas dan bersemangat untuk menentang kami dan saya tidak boleh memandang mudah," katanya dalam kenyataan yang disiarkan The Canberra Times semalam.


Peluang Federici, 26, untuk menambah cap kelimanya terbentang luas selepas tonggak utama, Mark Schwarzer tidak dapat beraksi akibat kecederaan belakang.

Malah dia dikatakan calon pilihan setakat ini memandangkan jurulatih Socceroos, Holger Osieck hanya memanggil dua penjaga gol termasuk Nathan Coe dalam skuad 19 pemain.


Biarpun belum pasti kedudukannya dalam kesebelasan utama, Federici menyatakan sudah cukup bersedia untuk diturunkan dan bekerjasama dengan tonggak pertahanan yang juga kapten, Lucas Neill.

"Saya sudah lama bersama pemain-pemain dalam skuad kebangsaan dan tidak ada banyak bezanya bagi saya. Masing-masing sudah tahu permainan antara satu sama lain," katanya.


Ini peluang terbaik untuk Australia membalas dendam kekalahan 0-1 di tangan Malaysia pada pertemuan terakhir di Kejohanan Ulang Tahun Jakarta 1992.


Bagaimanapun dalam enam pertemuan setakat ini, Socceroos lebih unggul dengan lima kemenangan berbanding Harimau Malaya.

Perak janji aksi terbaik

Posted: 05 Oct 2011 09:10 AM PDT

JURULATIH Perak, Norizan Bakar menganggap pertemuan suku akhir Piala Malaysia 2011 dengan Selangor hanya satu permainan biasa untuk anak buahnya.

"Tiada apa-apa keistimewaan. Ia hanya satu perlawanan yang perlu kami hadapi. Secara kebetulan lawannya adalah Selangor.


"Tiada sebarang latihan atau persiapan khas. Yang penting kami perlu bermain sebaik mungkin jika ingin menang," katanya.

Norizan berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pertemuan suku akhir dengan skuad gergasi itu pada 10 dan 14 Oktober ini yang kini mencetus keghairahan di kalangan peminat Seladang.


Walaupun bangga dengan pencapaian pemain, jurulatih itu berkata, tidak ada sebab buat Perak mendabik dada kerana belum memenangi apa-apa piala.


Malah jurulatih itu turut tidak mahu memperbesar-besarkan kejutan yang dilakukan anak buahnya yang berjaya muncul juara kumpulan serta mengekalkan rekod tanpa kalah dalam Kumpulan A.

Walaupun tidak diberi sebarang harapan di awal saingan berikutan penggantungan lima tonggak pasukan, pemain Perak menafikan ramalan pengkritik dengan mempamerkan aksi bertenaga dalam enam perlawanan.


"Saya bersyukur dengan keputusan yang dicapai. Selain usaha pasukan, kita tidak boleh lupa akan ketentuan takdir.

"Namun tugas kami masih banyak. Malah laluan juga masih berliku. Pemain perlu bekerja keras. Mereka perlu memberi tumpuan sepenuhnya pada perlawanan ini," katanya.


Mengenai harapannya, Norizan tidak mahu membuat sebarang ramalan terhadap perlawanan itu kerana perlu membuat perhitungan perlawanan demi perlawanan.


"Satu demi satu perlawanan. Selepas tamat persaingan pertama, ada perlawanan kedua. Ia tidak sama kerana situasinya berbeza," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan