Berita Harian: Sukan |
Posted: 28 Oct 2011 03:35 PM PDT Sukan SUASANA final pastinya berbeza dan menentang lawan masing-masing untuk kemuncak saingan final Piala Malaysia 2011 di Stadium Shah Alam malam ini, kepakaran taktikal dua jurulatih, Azraai Khor Abdullah dan Irfan Bakti Abu Salim bakal menentukan siapa lebih berhak untuk menjulang trofi berprestij itu.Namun andai rekod kejayaan menjadi pengukur, tidak syak lagi pengendali Negeri Sembilan itu jauh mengatasi rakan sejawatnya di Terengganu. Berbanding Irfan Bakti yang baru pertama kali menjejak kaki ke final piala keramat itu sepanjang kerjayanya Sabtu ini, Azraai yang genap 59 tahun hari ini, sudah empat kali 'beraksi' dalam tempoh tujuh tahun. Dan dua daripadanya, Azraai mengemudi Kedah menjulang piala keagungan itu pada 2007 dan 2008 selepas gagal pada penampilan pertama 2004, tetapi Sabtu ini dia berpeluang mengucupnya buat kali ketiga bersama Negeri Sembilan.Malah, Azraai menjadi satu-satunya jurulatih yang berjaya melakar sejarah memenangi kejuaraan treble Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia dua kali berturut-turut bersama Kedah pada 2007 dan 2008 hingga dinobatkan Jurulatih Terbaik. Namun, bekas pemain Kedah dan kebangsaan itu tidak mahu bermegah dengan rekod pencapaian lampau kerana berpendapat, ia tidak memainkan peranan penting selain sekadar angka dan catatan dalam lipatan sejarah. Rekod dan pencapaian lalu tidak harus dijadikan ukuran dalam menentukan siapa yang berhak menjuarai Piala Malaysia Sabtu ini, tetapi saya akui selaku jurulatih, rekod dan pencapaian penting dalam menentukan seseorang jurulatih itu berjaya atau tidak. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenahmad lutfi go n9 goo ambo sokong demo mohd sharif syabas,krn bawa pskn anda ke final. doa saya smoga pskn bimbingan juara. Mohd Napsan Tambisan Kedua-dua pasukan mempunyai peluang untuk dinobatkan sebagai johan 2011 Piala Malaysia,pada komen saya siapa yang mempunyai peluang yang paling cepat dan pentas dibahagian serangan sama ada Negeri Sembilan atau Terengganu itulahlah akan menjadi juara piala Malaysia 2011..Saya ramal dan saya pilih Terengganu untuk menjadi juara 2011 piala Malaysia kerana mempunyai penyerang yang pentas dan berkemahiran mencipta ruang dan peluang..hahaha Helmy Shamsuddin Perlu ada ruang untuk soal jawab agama. muni sebaik mana pn seseoarng jurulatif tapi pemain yang menentukan semua corak permainan. atas kertas x sama dgn ats padang. mark semarak darul iman..sokongan sepanjang zaman...
JJ, sabah bg sy perlwnn ini 50-50 wlupn atas kertas jauh berbeza.game bergantung kepada kepakaran pengendali membaca permainan dan mengatur strategi yang sesuai utk berdepan pihak lawan.. jom kt tengo mlam ni siapa yg gah menjulang piala paling berprestij dlm b.sepak tempatan... chewee tgannu mmg best.2 gol dlm gemgamam.lebih insyaalah.tganu mmg layak untuk mng abah.. Rekod2,andaian & ramalan bukan lagi menjadi pengukur pasukan mana yg akan menjuarai final Piala M'sia mlm ini..kedua-dua pasukan mantap,ada kelebihan & kekuatan masing2 berpeluang utk menang..yg penting strategi jurulatih,kebijaksanaan & ketahanan pemain beraksi 90 minit di final di depan puluhan ribu kedua penyokong..pamirkan aksi menarik & berkualiti..selamat berjuang..! shakarudin1010@gmail.com saya bersetuju dengan azraai .Saya yakin ns akan menang malam ni roslan lan perlawanan malam ni nampak seimbang, tapi Terangganu konsisten dari segi permainan,kalu N.sembilan pula,byk melengah2kan masa apabila sudah menjaringkan gol awal...tak profesional langsung..apa pun tahniah kpd kedua-dua pasukan,walaupun mercun melatoooop lg malam ni... addam yusuff dengan penampilan dua pasukan dalam piala malaysia pada malam ini.....seharusnya diambil perhatian pencapaian tahap mutu pemain-pemain bolasepak negara kita dan bukan hnya sekadar jumlah penonton bahkan kutipan tiket semata-mata. seharusnya ia menjadi pentas untuk melihat tahap pencapaian pemain-pemain kita sendiri. bukan sekadar jaguh di pentas stadium kita .( jaguh kampung) . kita perlukan ramai pelapis untuk skuad kebangsaan . majulah sukan untuk negara Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 28 Oct 2011 03:29 PM PDT [unable to retrieve full-text content]PARK Ji-Sung yakin Manchester United mampu bangkit daripada kekalahan memalukan kepada Manchester City minggu lalu apabila berkunjung ke Goodison Park bertemu Everton, hari ini. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan