Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Magis Hai-O

Posted: 29 Oct 2011 04:22 PM PDT

Sukan

Hairuddin meraikan gol jaringannya pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 di Stadium Shah Alam.

Hairuddin meraikan gol jaringannya pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 di Stadium Shah Alam.

Jaringan kemenangan di final beri NS kejuaraan kali ketiga

JARINGAN emas Hairuddin Omar membuktikan ia sudah cukup untuk membantu Negeri Sembilan menundukkan Terengganu 2-1 di pentas final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam tadi, sekali gus memastikan kejuaraan Piala Malaysia 2011 milik skuad Hobin Jang Hobin.

Selepas S Kunanlan memadam kelebihan awal Terengganu menerusi gol pembukaan Ashaari Shamsudin, Hai-O tampil menyambut hantaran lintang kapten Shukor Adan dengan sepakan libas menarik untuk menewaskan penjaga gol Terengganu, Sharbinee Alawee pada minit ke-85.

Selain dipilih selaku Pemain Terbaik Final, penyerang 32 tahun itu turut memenangi anugerah Kasut Emas apabila jaringan di final itu memberikannya gol peribadi kelapan dalam saingan tertua bola sepak negara. Lagi berita dapatkan akhbar Berita Minggu hari ini.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full content generated by Get Full RSS.

Hatrik Van Persie benam Chelsea

Posted: 29 Oct 2011 04:17 PM PDT

Sukan

ARSENAL mempamer kebangkitan menakjubkan apabila menundukkan Chelsea 5-3 hasil hatrik Robin Van Persie tatkala Manchester United bertungkus lumus sebelum pulang dengan kemenangan 1-0 hasil gol Javier Hernandez di gelanggang Everton.

Namun aksi Van Persie di Stamford Bridge lebih menarik tumpuan apabila selepas Gunners ketinggalan dengan gol Frank Lampard, barisan Arsene Wenger mengutip kemenangan kelima liga apabila Van Persie memadam jaringan awal itu sebelum Andre Santos mengikat jaringan John Terry pada minit ke-49.

Barisan Arsene Wenger mendahului menerusi Theo Walcott tetapi Juan Mata menghidupkan seketika peluang skuad Andre Villas-Boas pada minit ke-80 sebelum Van Persie tampil dengan dua gol pembunuh pada minit ke-85 dan 90.
Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan