Berita Harian: Sukan |
Posted: 03 Nov 2011 09:24 AM PDT KHAIRUL Fahmi Che Mat memohon kepada peminat bola sepak segera menghentikan kritikan ke atasnya kerana mahu memberi fokus 100 peratus membantu Harimau Muda mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Jakarta. "Peminat boleh kritik tapi bagilah kritikan yang boleh membina semangat. Jika mahu terus mengkritik biarlah ia berkaitan prestasi di dalam padang. "Bagi saya semua ini harus ditolak ke tepi. Saya tidak mahu terlalu memikirkan mengenai soal lain dan hanya mahu fokus kepada Sukan SEA saja," kata penjaga gol skuad negara itu, semalam selepas dipalit kontroversi baru membabitkan soal peribadinya, baru-baru ini. Malaysia membuka tirai perlawanan Kumpulan A menentang pasukan tetangga, Singapura, Isnin ini. Ketika sama dia tidak menganggap ia satu masalah baru dengan pelantikan Baddrol Bakhtiar selaku kapten pasukan ke Sukan SEA. "Tidak ada sebarang masalah," kata Apek yang menerima apa saja keputusan jurulatih, Ong Kim Swee. "Bagi saya siapa dipilih kapten tak penting. Apa perlu dilakukan adalah beri komitmen penuh dan saya ajak rakan lain memberi kerjasama kepada Baddrol untuk pulang membawa pingat emas sekali lagi." Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenemma kesian nye anak mak ni...kekeke Taico Tai Mafla Merah kadang2 kritikan yang diberi blh membuatkan orang menjadi tertekan..n sbagai seorang pemain bola/atlet, myb dia akan hlg fokus diatas padang bila sntiasa dibelenggu dgn keadaan seperti ini..bila pemain kalah,kita juga yang marah, sedangkan kita adalah salah satu faktor membuatkan mutu pemain itu down.. p/s : jgn tau kritik saje..cermin diri dulu sbelum kritik orang..ko 2 tau main ke??? john jgn abaikan soal agama, main bola tu kedunian sja.. bertaubat wahai fahmi, pintu taubat sentiasa terbuka.. barulah semangat masa main bola nanti. moga malaysia berjaya.. Juli Gunawan Jom kita buat bermacam dalih alasan agar jadi alasan apa bila harimau sakit tak mampu mempertahankan pinggat mas... Brongkos korang kritik2 2 jd korang igt korang bgs sgt la? manusia tdk lari daripada bt kesilapan. apa lg apek ni yg sudah bergelar bintang bola sepak negara mstla org suma lihat pada kesilapan yg dia laku kn...tp korang tak perlu la kritik berabis dia ni...cuba korang d tmpt apek ni...pikir2kn la sndiri... huda aii.xleh plak kne kritik..hbs tu bia jelah..klo nak jdk trbaik kne trbaik dr sume aspek jgn kat pdg je.. Saya SAPER SUH BUAT HAL... ctiey kritikan memnbina jati diri..supaya jadi manusia....terima yang negatif untuk menjadikannya positif... apai orang kepada pengkritik apek...korang ingat korang tu bagus sangat ke???apek pun manusia,ada masa salah ada masa betul..jangan nak kritik orang je tahu kalau diri pun tak betul.hampehh!!!!! azhar Jauhkan diri anda dari golongan betina. Betina itu hanya menyusahkan dan membawa aib untuk kamu. Carilah perempuan yang baik baik yang layak untuk mu yang membawa kebahagian dunia dan akhirat. Jauhkan diri dari betina betina yang akan merosakkan masa depanmu. Sayangilah diri kamu apek, sebelum masyarakat membenci mu. mynor teruskan perjuangan harimau malaya di sukan sea nanti.kami akan tetap memberi sokongan tanpa berbelah bahagi,buktikan harimau malaya boleh berjaya... Amod Jangan hiraukan komen orang itu angaplah ia sebagai satu cabaran. Tumpukan perhatian kepada game di Indonesia. Rizal Allah bagi rezeki dan Allah juga akan tarik rezeki tersebut, bersyukurlah dan ingatlah Allah. chicanos berilah dia peluang aku awak yang buat diri awak di kritik.. masa berseronok x fikir plak nak bg komitmen pada bola sepak... fikiran sempit betul... Na O Mei Kmi kritik sbb kmi betul2 terkejut dgn PERUBAHAN Apek. Smjk kontrovesi dgn si DT tu Apek semakin berubah & smgt lbh merundum...Kritikan kmi yg laser2 tu spya Apek sedar akn kesalahan yg telah di laluinya itu. Tk membina lgsung semenjak berkasih dgn si DT tu. Lbh menjerumus ke jln yg tidak elok. Kucing Malaya Selamat berjuang peemain2 Malaysia.. Harumkan nama negara.. Kami senantiasa dia belakang anda tidak henti2 memberikan sokongan tidak berbelah bahagi.. Selamat Berjaya!! NASHIBAH RIDHUAN ya lah jgn lh kita kritik khairul mengikut emosi..beliau juga ada perasaan..sebalik nya bagi lh semangat kepada khairul utk memperjuangkan bolA sepak bagi pasukan malaysia kita. zakaria putih soal agama adalah lebih penting drp soal atas padang.anda patut bersyukur sbb ada orang nak tegor soal peribadi yg tak elok.kalau takde org tegor anda akan terus hanyut.bila nasi dah jadi bubur tak perlulah nak ditegor lagi,..dah terlambat. uncle K Fahmi...pls jaga tingkah laku diluar sana....awak masih muda dan mempunyai pontensi untuk lebih maju dan berjaya lagi...jangan sia-siakan bakat yang ada.Pilihlah kawan atau sesiapa saja yang boleh memberi kebaikan kepada anda dan jangan salah memilih kawan....JANGAN HANYA IKUT NAFSU SAHAJA.... kg laut warriors berilah semangat & sokongan kepada skuad sukan sea dalam misi mempertahankan pingat emas. good luck, mie putrajaya apek apek, kalau dah tak nak kena kritik pilih la tempat yang sesuai sebelum pergi,ni kalau dah bargambar dengan perempuan macam tu, takkan masyarakat nak cakap apek seorang yang alim, baik, anak mak, anak bapak...fikir-fikir la sendiri...jaga air muka mak bapak anda dikampung. yushail Tunjukkan kesungguhan kamu di Indonesia nanti, dan jauhi aktiviti yang boleh menjerumus kearah kemungkaran hambran Dosa sendiri tanggung .....apik jangab fikir Mareo kempis Hentikan terus sexsuality merdeka,langsung tak masuk akal.Mereka yang menganjurkan program ini mungkin terlibat dengan gejala maksiat ini. Ramai yg mempersoalkan, adakah keluarga mereka juga mengamalkan gejala sex bebas, bapak mereka, emak mereka, adik dan abang mereka juga terlibat dalam gejala jahanam ini. Sebab itu keluarga mereka tidak membantah macam setuju je.Sebelum bala seperti SUNAMI melanda Malaysia baik hentikan terus sampai keliang lahat. salina samin biarkn khairul fahmiberi fokus pada sukan sea..belajar dari kesilapan lalu lebih penting.. syakir gomo harimau malaya gomo lional aidid betul kata apex jangan kritik dia,nanti dia hilang fokus kalahlah kita di sukan sea 2011 mohamad yusof saya minta khairul fahmi cepat sedar diatas apa yang berlaku, sesungguhnya kejadian itu akan merosakan imej apek sendiri.sedarLAH!!! kita orang islam benda haram terutamaNYA arak jangan sekali kita dekati.tambah2 lagi peminat akan memandang rendah kepada kita ... inikah imej orang kelantan yang sentiasa di war2kan mempunyai pegangan agama yang kuat.saya sebagai orang kelantan, kita amat sedih ... apek yang kita banggakan kerana telah selamatkan maruah negara dari diaibkan oleh JEPUN tempoh hari , mudah sekali terjebat dengan masalah sosial yang keterlaluan...tolong apek!!! SELAMATKAN DIRI ANDA DARI PERKARA KARUT MARUT ,TUMPUKANKAN PADA SUKAN KEGEMARAN KAMU KERANA DISINILAH BERMULANYA ...JANGAN KAMU MENGHANCURKAN.DENGAN HARAPAN KAMU BERFIKIR!!! biskut_cotek Apek,
Ju|ia Klu xnak d kritik,jga la perangai tu.Sebgai ISLAM dh tau tmpt tu ada ARAK..npe nak p jg.Dah2 ngn pompuan2 yg SEKSI lak.TERUK BEBNOR... hadzri dollah Saya doakan dia terus berjaya _ nasihat saya jauhi diri dari melakukan perkara yang salah disisi agama |
Posted: 03 Nov 2011 09:19 AM PDT Sukan Ramalan pungutan emas tak sekata cetus persoalanSASARAN konservatif atau realistik? Itulah persoalan yang timbul apabila Majlis Sukan Negara (MSN) mensasarkan kontinjen negara yang akan beraksi pada Sukan SEA XXVI di Jakarta dan Palembang yang disingkap tirainya secara rasmi 11 November ini sekadar mampu memenangi antara 40 hingga 45 pingat emas. Jumlah diumumkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara semalam itu jelas tidak jauh berbeza dengan jumlah kutipan diperoleh dua tahun lalu di Laos apabila membawa pulang 40 emas. Lebih mencetuskan persoalan, sasaran itu lebih rendah daripada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang sebelum ini lebih berani dengan ramalan di antara 50 hingga 60 emas dan pengurus pasukan pula menyifatkan atlit mampu membawa pulang 60 emas.Dan dengan jumlah atlit seramai 872 orang dan penyertaan dalam 39 jenis sukan kali ini berbanding 498 orang dan 24 sukan di Laos, adakah sasaran yang ditetapkan MSN itu boleh diterima? Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong bagaimanapun menafikan pihaknya mengambil langkah selamat dengan mengumumkan sasaran 40 hingga 45 emas itu, sebaliknya menegaskan ia realistik selepas mengambil kira pelbagai faktor. "Selain kita kehilangan beberapa atlit yang cedera dan bersara yang menjejaskan pungutan emas, kita juga perlu mengambil kira prestasi atlit semasa, selain beberapa acara yang sebelum ini mampu menyumbang emas tetapi tidak dipertandingkan kali ini.
Apapun, 'ahli nujum' mana yang membuat ramalan yang tepat hanya akan terjawab sebaik temasya dwitahunan itu ditutup tirainya 22 November ini. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan