Harian Metro: Arena |
Posted: 03 Nov 2011 02:56 PM PDT SESUKAR mana sekalipun peluang skuad bawah 23 tahun negara untuk mempertahankan pingat emas acara bola sepak di Sukan Sea Indonesia, mereka tidak mempunyai pilihan selain memastikan 'ibu segala emas' itu dibawa pulang ke tanah air. Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong berkata, skuad negara yang dibimbing jurulatih Ong Kim Swee diharap dapat mengulangi pencapaian ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal di Laos dua tahun lalu, sekali gus membantu sasaran kutipan 40 hingga 45 pingat emas pada temasya dwi tahunan itu kali ini.
"Di atas kertas, Kim Swee mempunyai skuad yang bagus kerana ada pemain yang beraksi dua tahun lalu masih bersama seperti Baddrol Bakhtiar, Asraruddin Putra Omar dan Mahali Jasuli.
Menurut Zolkples, selaku juara bertahan, pemain negara tidak perlu gentar dengan situasi sukar itu sebaliknya membuktikan segala pelaburan diberikan kerajaan dalam membentuk pasukan itu berbaloi.
Di sebalik keyakinan itu, beliau mengingatkan agar barisan pemain muda dapat mengawal emosi di hari perlawanan.
|
Penguasaan Sekolah Sukan Bukit Jalil berterusan Posted: 03 Nov 2011 02:56 PM PDT JUARA tahun lalu Sekolah Sukan Bukit Jalil, terus unggul dengan mengekalkan kejuaraan Pesta Bola Jaring Antarabangsa Universiti Sains Malaysia-Penang 2011 menerusi wakilnya BJSS Arawanas yang menewaskan Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail, SSTMI A. Diperkuat hampir kesemua pemain kebangsaan, BJSS Arawanas tidak menghadapi banyak masalah ketika menewaskan SSTMI A, 16-7. SSBJ juga turut menjuarai kategori Bawah 18 tahun apabila BJSS Sharks bersaing sengit sebelum berjaya menewaskan satu lagi wakilnya, BJSS Piranha dengan kiraan 9-5. Bagi kategori lelaki juara milik pasukan Cobra Alpha setelah berjaya menumpaskan juara bertahan pasukan Royale dengan mata 12-10.
Bagi kategori IPT, juara lelaki milik Universiti Malaya diikuti naib johan pasukan Universiti Kebangsaan Malaysia. Kategori Wanita Universiti Sains Malaysia (USM) dimenangi pasukan USM KK B dan kedua pasukanTrident Girl manakala Kategori Lelaki, USM dimenangi pasukan Daimond USM KK dan naib johan pasukan, Real Steel. Kejohanan kali ke-21 ini disertai 134 pasukan berlangsung di Stadium USM dari 22 hingga 23 Oktober lalu, disempurnakan oleh isteri Yang Dipertua Negeri, Toh Puan Majimor Shariff yang menyampaikan hadiah kepada pemenang. Pertandingan itu dikendalikan sepenuhnya oleh Mahasiswa USM dengan sokongan Pusat Sukan dan Reksreasi USM bertujuan memberi peluang kepada pelajar menimba pengalaman mengendalikan kejohanan sukan bertaraf antarabangsa. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan