Berita Harian: Sukan |
Posted: 16 Nov 2011 04:16 PM PST Sukan Ken Nee raih emas ke-15, Sam Chong dapat penawar dukaEPISOD Yeoh Ken Nee dan seorang lelaki berusia 49 tahun iaitu Sam Chong yang masih bersemangat memerah keringat memenangi lagi koleksi pingat emas peribadi di Sukan SEA menjadi satu tarikan di Palembang, semalam pada hari yang menyaksikan kontinjen negara mengutip keseluruhan enam emas pada hari keenam temasya. Selain Ken Yee yang memenangi acara 3 meter papan anjal individu dan Sam Chong, snuker beregu lelaki bersama Thor Chuan Leong, penyumbang lain adalah Pandelela Rinong (terjun), Jacqueline Sijore- Zandra Aziela Ibrahim Hakimi dan Alex Liew-Adrian Ang (beregu bowling) serta Siow Yi Ting (renang). Jumlah dituai, semalam menjadikan keseluruhan kutipan emas kontinjen ketika ini kepada 28 emas. Selain enam emas, kontinjen negara juga mengutip dua perak dan lapan gangsa.Bagi Ken Yee, emas dimenangi itu adalah angka ke-15 sejak dia menyertai temasya ini pada 1995 selepas mula aktif pada usia 10 tahun. "Cukuplah dengan 15 emas. Saya sekarang boleh tersenyum bangga mengundurkan diri," kata atlit berusia 28 tahun itu yang bakal bersara selepas Sukan Olimpik 2012. Penampilan Sam Chong selepas 10 tahun jelas berbaloi buat mencari penawar duka selepas kali terakhir beraksi di Kuala Lumpur pada 2001 yang berakhir dengan nota kegagalan. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komennoorazizahmahmud@yahoo.com syabas..malaysia boleh. Mohamad Sani bin Ramli tahniah diatas kajayaan yang diraih,semoga ianya menjadi pendorong kapada mereka yang muda. HAZIB BABA ALI PRESTASI SUKAN NEGARA BERADA DI KEDUDUKAN MEMBANGGAKAN APABILA SKUAD HOKI DAN BADMINTON REMAJA DUNIA DIMENANGI OLEH MALAYSIA.HARAPAN KITA AGAR SKUAD BOLA SEPAK SUKAN SEA MAMPU PULA MEMPERTAHANKAN KEJUARAAN PADA KALI INI. Mzz Ariff Tahniah buat wira2 Malaysia. Terima kasih atas jasa anda. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 16 Nov 2011 03:10 PM PST Sukan Menteri mahu jawapan mengapa kuartet 4x400m balik sebelum naik podiumKESATUAN Olahraga Malaysia (KOM) harus memberi penjelasan mengenai kontroversi kuartet 4x400 meter lelaki negara yang pulang hampa tanpa menghadiri majlis penyampaian hadiah di Palembang. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang menghambur pujian ke atas empat jaguh negara pada ketika sama menafikan kejadian itu berpunca daripada kemelut dalaman KOM. "Saya rasa ia disebabkan soal kelemahan pentadbiran atau terlepas pandang," katanya di Putrajaya, semalam."Tidak pasti sama ada kuartet berkenaan dianaktirikan atau pun berlaku terlepas pandang di sana. KOM harus memberi penjelasan kenapa ia berlaku dan bagaimana ia tidak akan berlaku pada masa akan datang". Kelmarin, kuartet 4x400m lelaki yang membuat kejutan meraih pingat emas Isnin lalu pulang tanpa menaiki podium untuk menerima pingat emas dimenangi. Sementara itu, Timbalan Presiden KOM, Karim Ibrahim berkata masalah menukar tiket penerbangan adalah punca kenapa S Kannathasan, P Vuvaraj, Schzuan Ahmad Rosely dan Mohd Yunus La Salleh tidak dapat menerima pingat masing-masing.
Dia juga menambah isu tidak puas hati dilontarkan Noraseela Khalid, semalam terhadap layanan kelas ketiga KOM tidak berasas. Noraseela dan atlit lain dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan hasutan pihak lain yang sengaja menjadikan mereka senjata dalam usaha menjayakan agenda mereka menjatuhkan KOM. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan