Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Terkam Si Garuda!

Posted: 20 Nov 2011 12:25 PM PST

SKUAD Harimau Muda bimbingan jurulatih Ong Kim Swee bersemangat tinggi dan sudah bersedia mempertahankan pingat emas acara bola sepak temasya Sukan SEA XXVI menjelang perlawanan akhir bertemu Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam ini.

SKUAD Harimau Muda bimbingan jurulatih Ong Kim Swee bersemangat tinggi dan sudah bersedia mempertahankan pingat emas acara bola sepak temasya Sukan SEA XXVI menjelang perlawanan akhir bertemu Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam ini.

KONTINJEN Malaysia terus mengumpul enam lagi pingat emas semalam untuk mencecah ke angka 53 tatkala skuad Harimau Muda terus memusat fokus untuk berentap memastikan 'ibu segala pingat' dalam final bola sepak di Stadium Gelora Bung Karno, malam ini.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

malaysia jati

ayoh Malaysia gayangkan indonesia semula...buktikan lagu negaraku masih berkumandang dengan 22 keping pingat emas malam ini...taniah Ong Kim Swee & HARIMAU MUDA..."KOYAKAN SAYAP GARUDA ANGKUH".

azrie

kami rakyat malaysia akan terus d blakang kamu semua! ayuh benamkan pasukan tuan rumah tersebut dgn jaringan gol yg banyak..tutup mulut semua penyokong mereka

RASADZMN

MSIA JUMPA LAWAN YG KUAT IA PASTI KUAT, TP JUMPA YG LEMAH IA LEMAH PELIKLAH

juan

teruskan usaha untuk ganyang pasukan INDONESIA
untuk maruah negara dan rakyat MALAYSIA

Dell

Ayuh Harimau, baham Sang garuda...

kuda kepang

harap squad kite xnaik kereta perisai...sediakan la heli lagi selamat..boikot jer indonesia dari sukan sea..thailand pun bengang gak dgn indon ni..kalau susah cjk kita serumpun..byk la dia punyer rumpun..ayam sayur la..perasan garuda.

Danan Hj. Masalleh

setiap pemain pasukan harimau muda harus memiliki semangat sukan yg tinggi, jgn takut kepada penyukong2 garuda mereka ini hanya kacau daun aje apa yg penting pemain2 harimau muda jgn biarkan pemain2 garuda menguasai bola jgn bgi peluang mereka bawa bola ke gawang kita setiap pemain kena sekat setiap pemain garuda Insya ALLAH MALAYSIA mlm ni akan menang..........

alyazahralinda

selamat berjuang kepada pemain-pemain bola sepak harimau muda malaysia malam ini menentang pasukan indonesia.chayo2...:)

Jeruk Maman

Kalau tengok perlawanan Indonesia lwn Vietnam hari tu memang sukar malaysia nak tewaskan Indon. Apa apapun Malaysia perlu turunkan yang terbaik bagi membenam ego penyokong Indon tu.

annacomel

macam bukan sukan sahaja pelawanan bola ni... macam nak perang pulak.. ish ish ish...

mohd yusof

Ayuh harimau muda... kami doakan kejayaan adalah milik malaysia....

irfan

bermain dengan semangat tinggi bro,jangan ckp je..buktikan di tengah padang,kami menyokong anda!selamat maju jaya...malaysia bisa!!!!

DINO

Teruskan perjuangan,persetankan ganguan penonton.Malaysia boleh.

pejal

ayuuh.. harimau malaya trus mengaummm

abdul jalil jaapar

sya harap pasukan harimau muda lebih semngt berjuang habis2an buktikn kpd mereka ini harimau mlaysia pantang d cabar...mari harimau bahan garuda habiskn semua sorakan garuda padan muka d orng...garuda penakut berani dlm kmpung je...aku gerammmmmmmmmmmmmmm ni

fazrein bunkface

buat terbaik malaysia !!!!!!!!!!

Krol

Kita pasti BOLEH....tiada yg mustahil andai semangat berpasukan diutamakan dan tidak mudah menyerah kalah sehingga wisel penamat...jgn fikir kalah atau menang fikirlah utk berjuang demi maruah negara....selamat berjuang Doa kami snetiasa bersma kalian....

MUHAMMAD YUSRAN MAHMUD

Semoga berjaya Selamanya Harimau Malaya

isha

berjuang habis habisan...menang kalah adat permainan...kami bangga dengan kesungguhan HARIMAU MUDA...MALAYSIA BOLEH!!!

Hazib Baba Ali

Apabila Malaysia menjaringkan gol bersorak semua penonton tv di rumah mengingatkan kembali kegemilangan Malaysia suatu masa dahulu.

shah

malaysia 2,indon 0....Malaysian the BESTTTTTTTTT

kennedy

Biar garuda sekali lagi patah sayapnya. Tutup mulut celupar penyokong Indon. Malaysia Boleh, kita menang..........GBK akan menjadi medan tangisan rakyat Indon.

Amir Mahmod Bin Senin

Saya mendoakan agar Malaysia mampu mempertahankan emas dalam acara bolasepak...anggaplah layanan buruk rakyat indonesia sebagai pembakar semangat untuk bermain lebik dan dapat menumpaskan mereka dikandang mereka sendiri...Ayuh Harimau,Keluarkan kuku mu,asahkan taring mu dan tunjukkan belang Mu....Go go go Malaysia Tanah tumpah darah ku.

mac

TERKAM SI GARUDA KURANG AJAR ITU........

nazarul

Syabas kepada skuad b0la sepak harimau muda kerana dapat menempah tiket ke final,terus maju ke hadapan demi melakar sejarah yg paling berharga...sya dan semua rakyat MALAYSIA akn terus menyokong skuad harimau muda..bangkit harimau muda,baham garuda.!!!!

amy

Moga beroleh kemenangan berjaya.....

2-1

ly ahya

aku berdoa dan berharap Malaysia akan menang malam ini...jangan terlalu yakin...sebab bukan kesebelasan pemain yang kamu hadapi tetapi puluhan ribu...selamat berjaya...Malaysia Boleh..

Full content generated by Get Full RSS.

Cukup mengecewakan: Kim Swee

Posted: 20 Nov 2011 12:19 PM PST

Sukan

KIM Swee sekadar menjadi 'penonton' ketika Malaysia menentang Myanmar, kelmarin.

KIM Swee sekadar menjadi 'penonton' ketika Malaysia menentang Myanmar, kelmarin.

FOKUS dan tenang – itu perwatakan jurulatih skuad bawah 23 kebangsaan, Ong Kim Swee pada sidang media selepas perlawanan sepanjang kempen mempertahankan emas bola sepak Sukan SEA di Jakarta.

Namun selepas perlawanan separuh akhir bertemu Myanmar kelmarin, Kim Swee tampak sedikit terganggu dan kecewa walaupun anak buahnya menang 1-0 dan menempah tempat ke final bertemu tuan rumah, hari ini.

"Mengecewakan!" kata Kim Swee berkenaan hukuman dikenakan jawatankuasa pertandingan yang melarangnya masuk ke padang walaupun perlawanan sudah berakhir. "Mereka sudah menghukum saya untuk hanya melihat dari bangku penonton, itu saya boleh terima.

"Tetapi jika selepas perlawanan pun saya tidak boleh ke padang, saya perlu tahu sebabnya. Apakah kesalahan saya terlalu berat sehingga dihukum sedemikian rupa?"

Kim Swee yang pertama kali diarahkan keluar padang sepanjang kariernya sebagai jurulatih ketika perlawanan menentang Indonesia Khamis lalu, digantung satu perlawanan kerana membantah keputusan pengadil.

"Saya hanya memberitahu penjaga garisan, terjahan ke atas Syahrul Azwari Ibrahim terlalu keras, dan tiba-tiba pengadil (Fahad Al-Kassar dari Emiriyah Arab Bersatu) datang ke arah saya dan mengarahkan saya keluar padang.
"Saya dapat menerima keputusan pengadil itu dan juga susulan penggantungan satu perlawanan yang cuba menghalang saya daripada memberi arahan terus kepada pemain, tetapi tidak boleh masuk ke padang selepas perlawanan, saya tidak faham," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan