Kosmo Online - Sukan |
Posted: Malaysia benam Indonesia
Skuad bawah 23 tahun (B23) Malaysia bangkit daripada ketinggalan seawal minit kelima untuk membenam Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 pada perlawanan akhir acara bola sepak Sukan Sea 2011 yang panas dan mendebarkan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam tadi. Sorakan dan provokasi yang dilaungkan lebih 100,000 penyokong fanatik skuad Garuda di stadium itu tidak sedikit pun melemahkan semangat anak buah jurulatih Ong Kim Swee, Kapten pasukan Malaysia. Badrol Bakthiar menjadi wira Harimau Muda selepas menjaringkan sepakan penalti terakhir dalam perlawanan tersebut yang meremukkan hati berjuta-juta rakyat Indonesia. Full content generated by Get Full RSS. | |
Posted: Indonesia 'berpesta'PARA penonton Indonesia berkumpul di luar Stadium Gelora Bung Karno untuk membeli tiket perlawanan menentang Malaysia malam tadi. JAKARTA - Bagai satu pesta.Itu gambaran yang dapat diperkatakan tentang kebanjiran ribuan penyokong Indonesia beberapa jam sebelum aksi final acara bola sepak Sukan SEA 2011 yang menemukan Harimau Muda dengan Garuda Muda di Stadium Gelora Bung Karno malam tadi. Seawal jam 7 pagi (waktu tempatan), penyokong Indonesia mula berkampung di stadium tersebut. Ada yang mahu membeli tiket dan ada yang sudah berlegar-legar di sekitar stadium. Tidak ketinggalan, peniaga-peniaga kecil yang mula menjual pelbagai aneka barangan seperti jersi, topi, bendera dan alatan bunyian. Situasi itu hampir sama dengan apa yang berlaku ketika Indonesia menentang Harimau Muda dalam aksi terakhir peringkat Kumpulan A pada 17 November lalu. Rata-rata penyokong Indonesia yang ditemui terlalu ghairah untuk menyaksikan Harimau Muda tumbang di gelanggang keramat itu. Kekalahan 0-1 di peringkat kumpulan sebelum ini, selain kegagalan skuad senior Indonesia menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 selepas tumbang kepada Malaysia, makin membangkitkan keghairahan mereka. Bagi mereka, aksi final malam ini bukan sahaja medan mengembalikan maruah mereka yang tercalar, malah menjadi pentas terbaik buat skuad Garuda Muda membalas dendam kekalahan yang dialami mereka dan skuad senior Indonesia. Biarpun pihak penganjur telah menaikkan harga tiket dua kali ganda daripada harga asal, para penyokong Indonesia mula menyerbu kaunter tiket di stadium tersebut sejak semalam bagi mengelak daripada terlepas menyaksikan aksi yang dijangka penuh dramatik itu. Difahamkan, harga tiket kelas VVIP, VIP Barat, dan VIP Timur naik 100 peratus. Bagi kelas VVIP, harga tiket baharu ialah Rp1,000,000 (sebelumnya Rp500,000), VIP Barat Rp750,000 (sebelumnya Rp350,000), VIP Timur Rp500,000 (sebelumnya Rp250,000). Bagi kategori 1, harga tiket kini dijual dengan Rp200,000 (sebelumnya Rp150,000), manakala kategori 2, 3 dan 4 kekal dengan harga asal iaitu masing-masing Rp100,000, Rp50,000 dan Rp25,000. Di sebalik harga tiket yang naik mendadak, penyokong Indonesia tetap menyerbu setiap lokasi penjualan tiket - Stadium Gelora Bung Karno dan pejabat Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI). Namun sesuatu yang mengejutkan apabila ada segelintir penyokong fanatik Indonesia yang sanggup membakar kaunter tiket di stadium kelmarin kerana kecewa tidak dapat membeli tiket final. Ketika diminta mengulas insiden tersebut, pengurus jualan tiket Inasoc, Agus Mauro berkata, kejadian itu berlaku kerana tiket yang dijual kelmarin sudah habis. "Kejadian ini berlaku mungkin kerana skuad Indonesia telah lama tidak memenangi pingat emas (acara bola sepak Sukan SEA). Jadi penyokong terlalu ghairah untuk hadir memberi sokongan kepada pasukan. "Lebih-lebih lagi Indonesia akan beraksi di final menentang Malaysia, ini sudah pasti memberikan impak yang luas biasa," jelas Agus semalam. Agus menjelaskan, pada awalnya pihaknya menyediakan 70,000 keping tiket bagi aksi final tersebut. Namun, disebabkan kejadian membakar kaunter tiket kelmarin, pihaknya telah menambah 1,000 keping tiket lagi. "Kami telah berusaha untuk memuaskan hati semua pihak dan tidak mahu kejadian buruk berlaku. Kami tidak mampu menghalang hajat penyokong untuk hadir ke stadium, tetapi kapasiti stadium juga harus diambil kira," jelasnya. Full content generated by Get Full RSS. | |
Posted: Henjutan emas pelumbaAHMAD SHABERY (tengah) mengucapkan tahniah kepada Hafiz (kanan) dan Ahmad Fakrullah (kiri) selepas masing-masing memenangi pingat emas dan gangsa dalam acara basikal trek bagi kategori Omnium lelaki semalam. JAKARTA - Henjutan bertenaga barisan pelumba basikal trek negara seakan-akan sukar untuk dibendung pencabar mereka pada temasya Sukan SEA 2011. Selepas meraih tiga pingat emas hanya dalam tempoh dua hari acara basikal dipertandingkan di Velodrom Rawamangun, empat lagi emas berjaya diperoleh skuad lumba basikal trek negara semalam Tumpuan sudah pasti terarah kepada ratu trek negara - Fatehah Mustapa yang memenangi dua pingat emas, masing-masing dalam acara pecut individu dan berpasukan bersama Ju Pha Som Net. Ia merupakan pingat emas ketiga Fatehah selepas dia memenangi pingat emas dalam acara 500 meter ujian masa individu. Pada saingan hari terakhir acara basikal trek semalam, Muhamad Hafiz Mohd. Sufian memenangi acara Omnium lelaki manakala Muhd. Idros Yunos menjuarai kategori pecut individu lelaki. Dua lagi pelumba lelaki negara - Mohd. Fattah Amri Zaid masing-masing memenangi pingat perak acara pecut individu lelaki dan Muhamad Adiq Husainie Othman (30 kilometer perlumbaan mata). Ahmad Fakhrullah Alias juga tidak pulang dengan tangan kosong apabila meraih gangsa acara Omnium lelaki. Terdahulu, Hafiz mengesahkan pingat emas menjadi miliknya selepas mengungguli kategori Omnium lelaki dengan memenangi tiga daripada lima disiplin yang dipertandingkan. Tiga disiplin tersebut ialah Flying Lap, Elimination dan Scratch, manakala dalam 4,000 meter kejar mengejar, dia menduduki tempat ketiga dan perlumbaan mata (keempat). Hafiz berkata, dia mahu mendedikasikan kejayaannya itu kepada isterinya yang bakal menyambut anak sulung mereka pada awal Januari depan. "Kejayaan saya hari ini (semalam) mungkin rezeki isteri dan bakal anak sulung saya yang dijangka lahir sekitar awal tahun depan," kata Hafiz sejurus ditemui selepas menamatkan perlumbaan semalam. Hafiz mengakui, dia tidak menjangka penampilan pertamanya dalam acara Omnium pada temasya Sukan SEA kali ini akan menghadirkan gemilang bagi dirinya. "Sebelum ini, saya hanya menyertai acara pecut, 1 kilometer dan keirin. Namun selepas meraih dua kemenangan awal, saya semakin bersemangat untuk menang pada disiplin terakhir," jelasnya. Kelmarin gandingan Muhd. Adiq Husainie Othman, Amir Mustafa Rusli, Mohd. Akmal Amrun dan Mohd. Harrif Saleh mengungguli saingan 4,000 meter kejar mengejar berpasukan lelaki. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan