Harian Metro: Arena |
Posted: 01 Nov 2011 02:13 PM PDT "TIDAK ada ganjaran sama ada bonus atau insentif lain daripada kerajaan negeri," kata Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang bagaikan kecewa dengan kegagalan skuad Penyu menjulang Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu. Ahmad yang juga peminat setia bola sepak berkata, kejayaan Terengganu menempah tiket ke final dianggap sebagai kejayaan besar dan ia sememangnya patut diberi imbuhan.
Mengulas keputusan Irfan Bakti Abu Salim mengundur diri daripada menjadi jurulatih Terengganu, Ahmad akui terkejut kerana tidak menyangka keputusan itu dibuat selepas kecemerlangannya membawa skuad Penyu ke pentas akhir Piala Malaysia 2011.
"Kita tidak tahu apa berlaku dan saya tidak mendapat maklumat jelas mengenai perkara itu, saya akan tanya pengurusan PBSNT nanti.
|
Posted: 01 Nov 2011 02:09 PM PDT SELANGOR pasti memburu piala dalam saingan Liga Malaysia musim depan bagi memartabatkan semula kedudukan gergasi Lembah Klang itu agar kembali berada dalam status elit. Apatah lagi dengan kegagalan Merah Kuning untuk menggenggam sebarang piala yang dipertandingkan musim ini walaupun membariskan sejumlah pemain tempatan yang berstatus bintang. K Devan pula disingkirkan selaku ketua jurulatih sebelum saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia tamat dengan penolongnya, P Maniam mengambil alih tugas sehingga membimbing Selangor mara ke separuh akhir.
Situasi sebaliknya berlaku kepada Selangor musim ini apabila gagal mempertahankan Piala Sultan Ahmad Shah dan Liga Super apabila sekadar menduduki tempat ketiga serta kekecewaan dalam saingan Piala FA dan Piala Malaysia. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan