Kosmo Online - Sukan |
Posted: Bisa Messi
BINTANG Argentina, Lionel Messi hanya memerlukan 34 gol sahaja lagi untuk muncul selaku penjaring terbanyak kelab gergasi Sepanyol, Barcelona. Awal pagi semalam, Messi membuktikan ketajaman sentuhan penyudahnya apabila meledak hatrik bagi membantu Barcelona melakar kemenangan 4-0 ke atas Viktoria Plzen pada aksi Kumpulan H kempen Liga Juara-Juara. Hatrik tersebut membolehkan Messi kini merekodkan 202 gol dalam 286 penampilannya bersama Barcelona. "Messi pasti mampu untuk memintas rekod (Cesar) Rodriguez untuk menjadi pemain paling banyak menjaringkan gol buat Barcelona. "Saya percaya ia bakal menjadi kenyataan dalam musim ini juga, usianya baru menjangkau 24 tahun," kata jurulatih Barcelona, Pep Guardiola. Rodriguez yang juga bekas penyerang antarabangsa Sepanyol, masih memegang rekod sebagai penjaring terbanyak Barcelona dengan 235 gol yang dilakukannya pada musim 1942 hingga 1955. Full content generated by Get Full RSS. | |
Posted: KOM buat langkah drastikOleh TAUFEK RAZAK DALAM apa yang boleh disifatkan sebagai satu langkah drastik dan mengejutkan, Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) kelmarin bertindak menggugurkan nama lebih 30 atlet olahraga ke Sukan SEA Indonesia di saat-saat akhir. Full content generated by Get Full RSS. | |
Atlet negara guna kasut Harimau Malaya Posted: Atlet negara guna kasut Harimau MalayaPRESIDEN MOM, Tunku Tan Sri Imran Tuanku Jaafar (tengah) bergambar bersama wakil-wakil penaja kontinjen Malaysia di Wisma MOM, Kuala Lumpur semalam. KONTINJEN Malaysia ke temasya Sukan SEA di Indonesia dari 11 hingga 22 November ini akan dibekalkan dengan kasut khas bercirikan Harimau Malaya untuk acara pembukaan dan penutupan. Kasut yang berwarna oren dan hitam itu adalah hasil sumbangan Bata yang sedondon dengan warna pakaian yang akan digunakan atlet negara pada acara perbarisan itu nanti. Pengurus Kanan Bata (Marketing) Sdn. Bhd., Datuk James Selvaraj berkata, kasut itu dicipta khas pihaknya khusus untuk barisan atlet negara yang beraksi pada temasya Sukan SEA kali ini. "Kita akan bekalkan 2,000 pasang kasut kepada kontinjen negara yang dicipta dalam dua warna berbeza iaitu oren dan hitam. "Kasut ini masih tiada lagi dalam pasaran dan dibuat istimewa untuk atlet negara memakainya pada acara pembukaan dan penutupan nanti," katanya. Beliau menjelaskan, pihaknya membelanjakan RM100,000 untuk menaja kasut istimewa tersebut sebelum dijual di pasaran terbuka. "Anda boleh lihat nanti bagaimana segaknya kontinjen negara memakainya kerana sama warna dengan baju rasmi atlet kita," jelasnya. Acara pembukaan dan penutup Sukan SEA 2011 akan berlangsung di Kompleks Sukan Jakabaring di Palembang pada 11 dan 22 November. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan