Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Minta maaf Datuk Seri

Posted:

Minta maaf Datuk Seri

Minta maaf Datuk Seri

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - ''Saya minta maaf kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said kerana membuat keputusan berhijrah tanpa memaklumkan kepada beliau terlebih dahulu.

''Beliau memang seorang peminat bola sepak dan saya cukup terharu dengan sokongan yang beliau berikan sepanjang saya menjadi jurulatih, namun keputusan meninggalkan Terengganu tidak boleh dielakkan lagi," luahan Irfan Bakti (gambar) ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Ahmad kelmarin berkata, beliau mengharapkan jurulatih itu berfikir dua kali sebelum meninggalkan skuad Terengganu.

Malah, Ahmad sedia berbincang dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dan Irfan untuk mendapatkan kepastian kerana beliau sebelum ini dimaklumkan tawaran kontrak selama dua musim ada ditawarkan kepada jurulatih berusia 60 tahun itu.

Irfan dianggap sebagai seorang jurulatih berpengalaman di negara ini kerana pernah membimbing beberapa pasukan seperti Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Telekom Melaka Perlis dan kelab Indonesia, Persipura serta Terengganu.

Bukan mahu bersikap tidak mengenang budi, jurulatih yang berasal dari Kelantan itu menganggap dia tidak mahu menimbulkan masalah di kemudian hari jika masih membimbing Terengganu walaupun enggan menyatakan punca sebenar meninggalkan skuad Penyu itu.

''Menteri ada berjumpa dengan saya sebelum ini dan bercakap perkara itu (kontrak), tetapi atas sebab tertentu iaitu perkara yang saya sifatkan terlalu peribadi, saya tidak dapat meneruskan apa yang dimahukan oleh MB (Ahmad Said), saya benar-benar minta maaf.

''Terus-terang saya cukup hormati MB (Ahmad Said) di samping tidak melupakan penyokong setia yang tidak putus-putus memberikan rangsangan kepada saya sepanjang dua musim di Terengganu," jelasnya.

Irfan memberitahu, dia yang sebenarnya telah menghubungi Selangor menawarkan khidmat membimbing skuad Merah Kuning dan bukannya tawaran datang dari pasukan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

''Sudah lama saya minat hendak menjadi jurulatih Selangor dan ini mungkin peluang terbaik saya ke sana," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Yong-sung sasar emas Olimpik buat Koo-Tan

Posted:

Yong-sung sasar emas Olimpik buat Koo-Tan

Yong-sung sasar emas Olimpik buat Koo-Tan

Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my


Yoo Yong-sung (dua dari kiri) yang melaporkan diri, semalam bertemu dengan pemain-pemain badminton negara yang menjalani latihan di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.


KUALA LUMPUR - Kehadiran bekas pakar beregu Korea Selatan, Yoo Yong-sung sebagai jurulatih baru beregu kebangsaan diramal bakal memberi impak besar kepada pasangan Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong.

Ini kerana misi utama Yong-sung adalah untuk membantu pasangan utama negara itu mendapatkan pingat emas di Sukan Olimpik 2012 sekali gus mampu menjadi penawar buat peminat sukan badminton.

Yong-sung berkata, sasaran tersebut mampu direalisasikan seandainya kedua-dua pemain terbabit dapat memberikan komitmen sepenuhnya selain dapat memperbaiki kelemahan yang ada.

"Setakat ini saya belum lagi melihat aksi mereka sepenuhnya dan saya akan menilai perkara tersebut melalui rakaman video serta merancang sesuatu kepada mereka untuk mempertingkatkan dua pemain tersebut.

"Saya akan cuba pastikan mereka ini mampu bermain dengan lebih baik di tahap tertinggi dan mengunakan pengalaman yang ada pada saya untuk mencapai sasaran tersebut," katanya kepada pemberita pada hari pertamanya melapor diri sebagai jurulatih beregu negara di Stadium Juara, semalam.

Sejak kebelakangan ini beregu dari Korea Selatan dilihat sering menjadi penghalang kepada kemaraan pasangan negara Kien Keat serta Boon Heong dan terbaru mereka tewas kepada gandingan Kwon Yi-goo-Cho Gun-woo pada Terbuka Denmark.

Malah, kehadiran Yong-sung juga seakan-akan menjadi penawar kepada masalah tersebut apabila bersetuju untuk mempertaruhkan ramuan dari Korea bagi diaplikasikan oleh pasangan utama negara itu.

"Saya mempunyai pengalaman melatih Lee Yong Dae dan kini dia telah pun menjadi pemain bintang dalam beregu Korea Selatan.

"Ini juga sedikit sebanyak akan memberikan saya idea untuk melatih pemain di sini dan saya akan tekankan kepada mereka corak permainan pantas dalam perlawanan," jelas Yong-sung.

Untuk rekod jurulatih dari Korea Selatan itu pernah memperoleh pingat perak dalam Sukan Olimpik Sydney pada tahun 2000 dan Athens pada 2004 dalam acara beregu bersama pasangannya Lee Dong-soo.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan