Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Tebus duka kakak

Posted: 13 Nov 2011 09:30 PM PST

JANJI kepada kakaknya, Jamalliah Jamaludin dipenuhi Shaharudin yang tampil sebagai pemenang pingat emas pertama skuad karate negara pada temasya Sukan Sea di Stadium Tenis Senayan, Jakarta, semalam.

Shaharudin, 23, berasa terluka menyaksikan kakaknya tumbang pada separuh akhir acara kumite lebih 68kg kelmarin dan kehadirannya di arena tidak mengecewakan apabila dia menebus kegagalan itu dengan pingat emas yang ditunggu-tunggu dalam acara bawah 75kg.


"Saya terlalu gembira dan berasa bangga memenangi pingat emas pertama saya pada temasya Sukan Sea. Selepas kakak saya kalah semalam (kelmarin), saya beritahunya saya akan turun untuk merebut pingat emas.

"Kejayaan ini adalah untuk keluarga saya dan buat negara," kata Shaharudin, yang merangkul pingat gangsa di Korat (2007) dan Vientiane (2009). Dia turut memenangi pingat perak acara berpasukan daripada kedua-dua temasya itu.


Kejayaan Shaharudin adalah kerana dia patuh dan mengikuti setiap perancangan permainan diatur jurulatihnya, P Arivalagan.


"Saya masuk ke arena dengan azam kuat untuk melakukan yang terbaik. Saya mengikut arahan dan taktik yang diberikan jurulatih dan saya bangga kerana ia dilakukan dengan sempurna dan menjadi.

Shaharudin menundukkan peserta Vietnam, Nguyen Minh Phung 5-2 pada pertarungan akhir untuk memenangi pingat emas pertamanya pada penampilan ketiganya di Sukan Sea, emas pertama karate dan pertama kontinjen negara dari Jakarta.


Terdahulu, dia mengalahkan peserta Thailand, Sonwut Muntaen 9-1 apabila pengadil memberhentikan pertarungan ketika berbaki satu minit 37 saat sebelum memastikan tempatnya ke perlawanan akhir dengan mengalahkan atlet Filipina, Badil Michael 5-2.

"Saya sudah pernah bertemu atlet Vietnam itu, yang memenangi pingat gangsa pada Kejohanan Asia tahun ini, tiga atau empat kali sebelum ini dan tidak pernah kalah dengannya.


"Saya berjaya membaca pergerakannya dengan baik dan saya tahu di mana untuk mendapat mata. Mata yang didapatinya adalah apabila dia cuba untuk menyepak pinggang saya tapi terkena tangan.


"Tapi saya sudah mendahului 5-0 ketika itu dan dengan baki 40 saat jadi ia tidak menjadi masalah buat saya," kata Shaharudin.

Full content generated by Get Full RSS.

Tekad Baddrol

Posted: 13 Nov 2011 07:41 AM PST

JARINGAN dua gol ketika membantu Malaysia menewaskan Kemboja 4-1 semalam belum cukup memuaskan hati penyerang, Baddrol Bakhtiar.

Sebaliknya dia bertekad untuk terus meledak dalam pertemuan terakhir Kumpulan A Sukan Sea Indonesia menentang tuan rumah, Khamis ini.


Baddrol yang memikul tugas sebagai kapten bagi penampilan keduanya selepas bersama skuad juara bawah 23 tahun negara di Laos dua tahun lalu berkata, semua pemain harus fokus dan konsisten dalam aksi penentuan kumpulan bagi memastikan slot ke separuh akhir dalam genggaman.

"Saya anggap tugas sebagai kapten ini sebagai satu cabaran dan tidak pernah berasa tertekan. "Setakat ini saya belum berpuas hati sebaliknya pasang tekad bersama rakan sepasukan untuk terus memberi tumpuan kepada perlawanan menentang Indonesia," katanya yang ditemui selepas tamat perlawanan.


Baddrol, menggegar gawang Kemboja yang dikawal Sou Yaty menerusi rembatan dari jarak 35 pada minit ke-35 sebelum menambah jaringan empat minit kemudian hasil sepakan penalti.


Malaysia turut meraih gol hasil percubaan Izzaq Faris Ramlan (m-8) dan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (m-90).

Manakala Kemboja berjaya membolosi gawang negara di m-59 menerusi serangan pantas, Chhin Chhoeun.


Baddrol yang kini mengumpul tiga gol selepas mencipta nama selaku penjaring ketika skuad kendalian Ong Kim Swee menang 2-1 ke atas Thailand mahu semua pemain mengelakkan daripada melakukan kesilapan dalam aksi seterusnya.

"Setiap pemain ada melakukan kesilapan, jadi kami perlu jadikan ia satu pengajaran dan tidak mengulanginya lagi," katanya sebagai mengulas jaringan yang dihasilkan Kemboja.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan