Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Muktamad

Posted: 23 Dec 2011 05:23 PM PST

Sukan

FAM nasihat negeri, kelab daftar import baru April ini

"MEMANG tiada ruang untuk sebarang rayuan kerana semua syarat ini sudah lama ditetapkan. Tunggu sajalah pendaftaran kedua, April depan untuk ambil import baru."

Itu kenyataan jelas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad mengenai isu sembilan pemain import yang gagal melepasi syarat beraksi pada Liga Malaysia (Liga-M) 2012. Apapun, keputusan itu tetap dianggap 'keras' oleh beberapa persatuan negeri dan kelab, semalam yang sebaliknya mahu membuat rayuan walaupun garis panduan sudah pun tertera jelas.

Antara gabungan yang belum puas hati itu adalah Johor FC gara-gara kehilangan dua import dari Brazil manakala Terengganu, satu juga dari Brazil. Anehnya, Perlis pula 'menambah keliru keadaan' apabila mengumumkan dua pemain yang tiada langsung dalam senarai pendaftaran.

Perkara 20 pada Garis Panduan Pengambilan Pemain Import Liga-M yang terdapat di laman web FAM sejak Oktober lalu juga menyebut andai terdapat pertikaian mengenai garis panduan ini, keputusan Jawatankuasa Pemeriksaan, Pemantauan dan Ketelusan FAM adalah muktamad.

Justeru Azzuddin berharap ia dijadikan pengajaran buat persatuan negeri dan kelab supaya pengurusan mereka lebih teliti dan berhati-hati pada masa akan datang.
"Syarat-syarat ini mereka sudah sedia maklum sejak kita umum untuk benarkan kemasukan pemain import, Julai lalu. Jika mereka bertindak awal sebelum tarikh tutup pendaftaran (8 Disember lalu), pasti tiada masalah.

"Ini tarikh sudah tutup, masih nak buat rayuan. Selagi FAM tak tegas, sampai bila-bila masalah ini akan berulang," kata Azzuddin ketika dihubungi, semalam.

Syarat pengambilan pemain import ditetapkan FAM, jika kelab terakhir dari Amerika Latin, Afrika dan Eropah, mestilah Divisyen 1 atau 2, manakala bagi Asia, mestilah Divisyen 1.

Tujuh pemain yang gagal itu ialah Tito Fernando Da Silva Pinto, Tiago Lima Leal (Johor FC), Bianchi Parades Santiago (FELDA United), Marquen Nuquen Goncalves (N Sembilan), Helmi Loussaief (PKNS FC), Richard Offiong (Johor) dan Sergey Ivanov (Pahang).

Menurut pencarian Internet di laman wikipedia, mereka ini hanya beraksi di Divisyen 3 hingga 6 bagi liga di Brazil, Itali, Greece dan England.

Manakala dua permohonan ditarik balik iaitu Tercio Nunes Machado (Terengganu) dan Oladimeji Mathew Talabi (NS Betaria) selepas gagal ujian perubatan kerana Hepatitis B, menjadikan hanya 26 pemain diisytihar lulus.

Full content generated by Get Full RSS.

Saya perlu senjata baru: Chong Wei

Posted: 23 Dec 2011 05:18 PM PST

Sukan

Lee Chong Wei

Lee Chong Wei

'Enam jurulatih China sentiasa pantau aksi saya'

SELEPAS mendedahkan hajat berguru semula dengan sifunya, Datuk Misbun Sidek, Lee Chong Wei menegaskan dia memerlukan 'senjata baru' yang lebih ampuh bagi mempertajamkan corak dan gaya permainan tatkala digamit misi penting di Sukan Olimpik yang berbaki tujuh bulan lagi.

Jaguh perseorangan itu yang berjaya mengekalkan kedudukan pemain nombor satu dunia selama empat tahun berkata, 'senjata baru' itu penting kerana corak serta gaya permainan ditampilkan kini statik dan mudah dibaca lawan terutama dua pencabar dari Tembok Besar China, Lin Dan dan Chen Long. "Saya harap jurulatih (Rashid Sidek, Tey Seu Bock dan Hendrawan) boleh berbincang membantu saya mencari 'senjata baru'. Mungkin ia boleh membantu saya mempelbagaikan corak permainan dan pukulan menghadapi setiap lawan.

"Lagipun, saya dapati China bukan hanya ada seorang jurulatih yang sentiasa memantau dan memerhatikan saya, tetapi mereka mempunyai enam jurulatih serta memiliki tiga hingga empat orang bagi menganalisis corak permainan saya setiap kali beraksi," katanya.

Sementara itu, Seu Bock menegaskan dia sudah memberi beberapa petua kepada anaknya didiknya bagi memantapkan corak permainannya dan berjanji berbincang dengan Rashid dan Hendrawan bagi mencipta 'senjata baru' yang lebih ampuh bagi membolehkan dia mudah memerangkap dan menumbangkan lawan.

"Saya juga ada meminta bantuan Misbun dan dia ada meminta supaya rakaman permainan Chong Wei diberikan kepadanya bagi membolehkan dia menganalisis sebelum memberi pandangan serta cadangan," katanya.
Ketika ditanya sama ada dia berkecil hati di sebalik kenyataan mengejut Chong Wei yang mahu menagih semula khidmat Misbun untuk membimbingnya semula, Seu Bock menegaskan dia sedikit pun tidak berkecil hati.

"Saya juga menegaskan tidak gagal selaku jurulatih kerana saya sudah membuktikan kemampuan apabila membimbingnya mara dalam 11 final daripada 14 kejohanan sepanjang musim ini. Ini satu pencapaian hebat dan belum ada pemain pernah melakukannya.

"Namun, saya bersikap terbuka dengan mengalu-alukan sesiapa untuk membantu Chong Wei termasuk Misbun. Lagipun, Chong Wei adalah pertaruhan utama kita di London 2012 nanti," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan