Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Idam senjata baru

Posted: 23 Dec 2011 09:01 AM PST

AKSI Lin Dan yang bertambah kuat dan keyakinan Chen Long yang semakin kukuh membuatkan pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei mahukan senjata baru dalam permainannya untuk menangani dua pemain terbaik China itu.

"Saya perlu berlatih corak permainan baru menggunakan senjata yang belum pernah diketahui musuh saya (Lin Dan dan Chen Long)," katanya.


"Saya harap jurulatih Tey Seu Bock, Rashid Sidek dan Hendrawan dapat berbincang mencari idea mencipta taktik permainan yang boleh mengejutkan dua pemain China itu." Chong Wei bagaimanapun tidak menganggap latihan yang dijalaninya selama ini tidak berkesan sebaliknya mendedahkan China mempunyai banyak kelebihan menyelidik permainannya.

"China ada enam jurulatih yang fokus pada permainan saya, mereka membuat analisis sedangkan penganalisis perlawanan kita hanya seorang.


"Saya harap masuk kejohanan pertama tahun depan, saya akan dapat menggunakan corak permainan baru. Saya tidak akan berputus asa." Dalam pada itu, Seu Bock yang ditemui berkata beliau sudah mendedahkan Chong Wei dengan pelbagai corak permainan tetapi sedia duduk berbincang bersama Rashid dan Hendrawan untuk mencari senjata terbaik buat Chong Wei.


"Sebenarnya setiap kejohanan kita gunakan corak permainan yang berbeza tapi saya akan cuba mencari lagi apa yang boleh menambah baik dan menajamkan permainan Chong Wei," kata Seu Bock.

Ketika ditanya kesediaan Chong Wei menerima latihan daripada bekas jurulatih Datuk Misbun Sidek, beliau berkata pihaknya mengalu-alukan jika jurulatih itu sedia untuk membantu.


"Saya alu-alukan kehadiran Misbun jika beliau sedia membantu. Malah selama ini juga saya sering berhubungan dengannya cuma kebelakangan ini kesempatan saya agak kurang.

"Chong Wei sendiri pernah menemui jurulatih itu beberapa kali untuk mendapatkan pandangan. Jika lebih ramai yang sedia membantu, saya rasa misi Olimpik kita akan tercapai."



Full content generated by Get Full RSS.

Safee terjejas

Posted: 23 Dec 2011 08:10 AM PST

PENYERANG sensasi negara Safee Sali yang bermain dengan kelab Pelita Jaya dari Indonesia, mungkin tidak boleh mewakili skuad Harimau Malaya selepas badan induk bola sepak dunia (Fifa) mengharamkan kejohanan Liga Super Indonesia (ISL).

Menurut portal berita akhbar Republika, surat pengharaman ISL oleh Fifa itu ditujukan kepada Ketua Umum Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Djohar Arifin Husin yang menyatakan ISL adalah liga yang tidak diakui badan dunia itu.


Menurut kandungan surat itu, Fifa menerusi surat yang ditandatangani Setiausaha Agungnya, Jerome Valcke dan Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Alex Soosay menetapkan status haram kepada semua pemain, pegawai dan pengadil yang terbabit dengan ISL.

"Pemain yang bermain di ISL juga akan dikenakan pembekuan status perpindahan. Ini bermakna pemain tidak boleh bermain di liga atau kejohanan di negara yang juga anggota Fifa. "Pemain seperti Safee juga terancam, tidak boleh bermain di luar ISL," menurut portal itu.


Safee sebelum ini berkata sekiranya kelab Pelita Jaya yang diwakilinya terbabit dengan penggantungan Fifa, beliau akan cuba mencari peluang bermain di negara lain dan dalam masa yang sama mahu bermain untuk pasukan kebangsaan Malaysia. Bagaimanapun, Fifa memberikan tarikh akhir 20 Mac depan kepada Indonesia untuk menyelesaikan segala polemik yang berkaitan dengan arena bola sepak di republik itu atau berdepan tindakan penggantungan atau pengharaman.


ISL adalah kejohanan kelab bola sepak profesional Indonesia tetapi tidak bernaung di bawah badan induk bola sepak negara itu, PSSI. - Bernama



Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan